My Social Link

Thursday, April 9, 2020

JOM BELAJAR P, ISLAM BERSAMA SAYA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Jom manfaatkan cuti PKP ini sebaiknya dengan pembelajaran secara maya sebagaimana dalam gambar berikut;


Kita belajar format Pendidikan Islam SPM dan sedikit kaedah dan tips menjawab soalan selama satu jam. Boleh juga klik pada link berikut http://bit.ly/DCeclass2020


Ok terima kasih semua.

Tuesday, October 9, 2018

Salam dari Ustaz Yusri

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar, MasyaAllah rupa-rupanya dah berbulan bulan bulan bulan tidak menjengah melihat dan mengarang di laman blog ana ni. Busy yang teramatlah katakan..."alah alasan je semua tu..padahal malas"... Abaikan monolog tak guna tu.

Salam SPM buat anak-anak semua. Mesti tengah gemuruh, gementar takut sekarang ni kan? maklumlah peperiksaan dah tak lama tu macam-macam perasaan datang mentetamu dalam diri. Lagi stress bila terkenang harapan ibu ayah, para guru dan rakan-rakan yang membukit dan menggunung tu...boleh demam dibuatnya. Almaklum ...semua nakkan cemerlang semua A.

Baiklah.. dalam coretan kali ini ana nak ucapkan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang sudi menjemput saya untuk berkongsi tips menjawab Pendidikan Islam SPM. InsyaAllah berbekalkan sedikit pengalaman sebagai pelbagai panel dan penggubal berkaitan mata pelajaran diharap mampu memberi input dan manfaa berguna kepada rakan-rakan GPI khususnya kepada calon-calon SPM tahun ini. 

Terima kasih kepada sekolah:
1. SBPI Selandar, Melaka
2. SMK Dol Said, Melaka
3. SMK Munshi Abdullah, Melaka
4. SMK Alor Akar, Pahang
5. SMK Sri Pantai, Kuala Lumpur
6. SMK Bandar Baru Sentul
7. Sekolah Sains Sultan Alam Shah, Putrajaya
8. Sekolah Sains Perempuan Seremban, Negeri Sembilan
9. Sekolah Menengah Sains Sembrong, Johor
10. Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Johor.
11. SM Kebangsaan Seri Medan, Johor
12. Sekolah Menengah Sains Rembau, Negeri Sembilan.

Saya doakan anak2 SPM dari sekolah di atas dan sekolah saya sendiri mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM terutamanya mata pelajaran Pendidikan Islam..

Soalan percubaaan negeri2 akan saya masukkan dalam laman ini sedikit masa nanti insyaAllah.

Sekian, wassalam











Add caption
 








Wednesday, December 6, 2017

MyRPH 2018 - Dibuka Untuk Tempahan..


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Gerbang persekolahan 2018 akan menjelma tidak lama lagi. Bagaimana dengan persiapan kita sebagai guru untuk memulakan sesi PdPc yang serba mencabar di tahun 2018 nanti. Di hujung 2017 ini macam-macam perkara yang menyebabkan mood cuti panjang sedikit terkesan... SKPMg2 dan I-Think. Abaikan seketika Yb. Menteri KPM kita pun dan bagi respon yang baik tu tentangnya kedua-dua perkara tersebut.

Benarnya nak promote MyRPH untuk sekolah menengah ni.. macam tahun-tahun sebelumnya jugakla.. tapi tahun 2018 ni ada update untuk RPH tingkatan 2 KSSM. Kalau yang sebelum ni KSSM saya tinggalkan bahagian objektif dan guru perlu taip sendiri pada ruangan tersebut. Untuk yang baru tingkatan 2 ni saya akan buat sebagaimana MyRPH Pendidikan Islam tingkatan 1, 4 dan 5, lengkap semuanya hanya guru perlu pilih-pilih dari kandungan yang telah sedia saya siapkan sahaja. Dalam masa tak sampai 5 minit 1 RPH telahpun siap dan terus aje cetak.

Selain mata pelajaran Pendidikan Islam saya juga akan sediakan MyRPH yang lain seperti Sejarah, Geografi, Matematik, Sains, PSV, PJPK, RBT, P.Moral, Tasawur Islam, P. Syariat Islam, P. Al-Quran dan Sunnah, Kemahiran Khas Quran (KKQ)m Fizik, Biologi, dan Sivik. 


Perlu saya ingatkan bahawa mata pelajaran yang lengkap berserta pilihan standard pembelajaran / objektif  adalah bagi mata mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan 1,2,4 dan 5 serta semua mata pelajaran tingkatan 1 dan 2 KSSM sahaja. Selainya guru perlu taip sendiri objektif pengajarannya. Jangan salah faham ye.. so harga jedua-dua jenis ni juga berbeza. Jika ingin maklumat seterusnya boleh hubungi saya ustaz Yusri Yusoff (0192463942) ada whatsapp dan telegram juga.

Tuesday, September 19, 2017

Soalan Percubaan SPM P.Islam 2017 - Negeri-negeri Malaysia

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Salam debaran SPM 2017 untuk rakan2 dan anak2 pelajar sekalian. Seperti tahun2 sebelum ini dalam ruangan blog saya yang simple ini saya akan masukkan koleksi soalan2 percubaan SPM Pendidikan Islam negeri-negeri di Malaysia untuk dimuatturun dan diberikan kepada pelajar sebagai latih tubi.

Soalan percubaan SPM yang berjaya saya dapatkan ialah semua negeri kecuali Johor, P.Pinang, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur. Kebanyaan soalan2 adalah selaras setiap negeri kecuali beberapa negeri yang hanya selaras untuk  daerah atau beberapa buah sekolah sahaja. Disertakan juga soalan SBP dan MRSM yang sentiasa menjadi rujukan untuk setiap peperiksaan.

Saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada rakan2, pelajar dan pihak2 tertentu yang memberikan saya soalan2 percubaan ini untuk sama2 dikongsi dalam laman internet ini. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk semua. 

InsyaAllah dalam tempoh masa terdekat juga saya akan kongsikan hasil analisis tajuk2 dan topik2 yang menjadi tumpuan dalam setiap percubaan negeri2 tersebut. Ianya amat membantu guru dan pelajar untuk merancang strategi persiapan 14 November 2017 nanti --- hari peperiksaan Pendidikan Islam SPM 2017.


Terima kasih atas kunjungan anda dalam blog saya ini, dan selamat memuatturun untuk dimanfaatkan sebaiknya.

Assalamualaikum

Sunday, August 13, 2017

Easy RPH KSSM Tingkatan 2 - 2018 - Autoklik

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Tahun 2018 akan bermula KSSM bagi tingkatan 2 pula, sudah pasti buku teks baru akan digunakan sebagaimana tingkatan 1 tahun ini. InsyaAllah berbekalkan kudrat yang ada saya akan buka tempahan untuk RPH Tingkatan 2 pula bagi semua mata pelajaran. 

Bagi mereka yang pernah menempah Easy RPH sebelum ini, untuk tingkatan 2 nanti design dan layout adalah sama sebagaimana Easy RPH tingkatan 1, dan harga pun sama rm18 satu tingkatan.

Sekarang tapaknya dah siap tunggu kehadiran buku teks sahaja.. bila dah siap nanti saya akan letakkan sampelnya dalam blog ni.

Terima Kasih bagi mereka yang telah menenpah Easy RPH pelbagai mata pelajaran sebelum ini. Seingat saya lebih daripada 80 buah sekolah yang menempahnya. Terima kasih

Assalamualaikum wbt.

Hari ni rajin pulak jari nak menaip 12.8.2017

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Agak lama tidak mengemaskini blog ini. Hambatan masa dan tugasan semasa menyebabkan jari saya lemau sedikit untuk menekan huruf-huruf pada papan kekunci laptop. Tahun 2017 ini seperti tahun-tahun sebelumnya saya masih setia berusaha untuk memastikan anak-anak didik cemerlang dalam peperiksaan especially mata pelajaran Pendidikan Islam SPM di SEHEBAT ni.

Kesibukan di tahun yang harga minyak ditentukan seminggu sekali ni (tiada kaitan pun dengan entry ni) juga sama dengan tahun sebelumnya. Selain tugasan sebagai seorang GPI di SEHEBAT ni saya juga masih dijemput untuk berkongsi teknik-teknik menjawab Pendidikan Islam SPM di sekolah-sekolah menengah dalam daerah dan luar daerah, harian mahupun SBP. 

Tahun ini sempat saya berkongsi ilmu dengan anak-anak hebat SPM di beberapa buah sekolah iaitu;-
1) SMK Dato Sulaiman, Batu Pahat
2) SMK Dato Seth, Batu Pahat
3) SMK Tumpat, Tumpat 
4) SM Sains Perempuan Seremban
Moga kalian semua berjaya dengan cemerlang dalam P.Islam SPM tahun 2017 ni. Ceramah di sekolah sendiri SM Sains Batu Pahat tak yah cakap la.. hampir seminggu sekali... harapnya dapat hasil yang baik dan cemerlang juga.
Tahun ini juga ada beberapa jemputan ceramah lain.. especially untuk israk mikraj di:-
1) Surau Parit Hj. Dahlan
2) Pusat Giat Mara, Batu Pahat

Untuk tahun kedua saya juga masih terlibat dengan Bahagian Buku Teks dan Pentaksiran Diagnostik SBP sebagai ...... tuuuuuut... tuuuuuuuut kuli-kuli sahaja SYMP..

Masuk bulan 8 ni lagi la sibuk dengan program-program untuk persiapan peperiskaan percubaan PT3 dan SPM. Moga Allah berikan kekuatan untuk saya terus menabur bakti kepada anak bangsa yang hidup dengan syariat agama.

Friday, December 23, 2016

Jom Tempah Easy RPH - P.Islam, Sejarah, Geografi, PSV, PJK, PSK (Sek.Men)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Sesi persekolahan 2017 akan bermula dalam 2 minggu sahaja lagi. Aura persekolahan ini sudah mula terasa apabila selepas perayaan Krismas nanti maka pelbagai jenis mesyuarat pembukaan sekolah akan diadakan. 

Di sini saya ingin mempromosikan sedikit bahan yang mungkin bermanfaat dalam profesion seorang guru, apatahlagi ia menjadi perkara wajib ada setiap kali proses P&P berlangsung di dalam kelas atau luar kelas. Ketiadaannya akan didenda jika tersabit keslahan rm500 untuk satu hari berdasarkan surat pekekliling yang sedia ada dan sedang digunapakai.

Easy RPH (Rancangan Pengajaran Harian) itulah bahan yang saya maksudkan. Hanya sekadar klik dan pilih sahaja kandungan yang sedia ada berdasarkan kesesuaian pengajaran kemudian cetak. Elemen / item yang perlu dipilih sahaja ialah :
1. Tarikh/Hari
2. Tempat
3. Tema/Bahagian
4. Tajuk
5. Ringkasan Aktiviti - jika cadangan kandungan tidak bersesuaian/berkaitan, guru perlu taip sendiri.
6. Kemahiran Insaniah (SBP) / Nilai
7. Peta Pemikiran
8. Aras Pembelajaran
9. Mod / Kaedah Pembelajaran
10. Pentaksiran dan Penilaian
12. Aspirasi Murid PPPM
13. Kemahiran Abad-21
14. Bahan Bantu Mengajar
15. Rujukan/Sumber
16. KBAT

Manakala elemen/item yang perlu guru isi/taip/tulis sendiri oleh guru ialah:
1. Hasil Pembelajaran/Objektif
2. Nama tingkatan
3. Masa, dan
4. Refleksi

Emmm MUDAH DAN SENANGKAN.. dalam 1 minit 1 RPH siap. 

JOM tempah... RM15 untuk satu tingkatan atau RM50 semua tingkatan 1,2,3,4 dan 5.
InsyaAllah siap dalam masa 2 hari atau sebelumnya - 

Subjek sedia ditempah;

1. Pendidikan Islam (Tg. 1-5)
2. Geografi (Tg. 1-3)
3. Sejarah (Tg. 1-5)
4. PJK (Tg. 1-5)
5. PSV (Tg. 1-5)
6. PSK (T3)



Please contact : Us. Yusri Yusoff (0192463942)
1. Telegram  (Prefered) senang send dokumen
2. Whatsapp                                            


Sunday, November 13, 2016

15 Nov - Peperiksaan P.Islam SPM 2016

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Di saat jari ini menaip hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk calon-calon SPM menduduki peepriksaan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Dup dap dup dap .... debaran dirasakan diriku untuk menanti 15 haribulan nanti. Adakah strategi dan usaha yang dilakukan selama ini dapat menggembirakan pelajar pada hari tersebut?.. Adakah soalan yang dilatihtubikan selama ini akan bertemu dengan mereka?, Adakah teknik-teknik menjawab yang diajarkan kepada pelajar dapat ditulis sebaiknya semasa peperiksaan? dan... Adakah mereka mampu melakar sejarah pertama di sekolah ini sebagai mata pelajaran pertama mendapat semua A sebagaimana telahku lakarkan di sekolah lama selama 8 tahun berturut-turut.

Allah SWT Maha Berkuasa, padaNyalah segala-galanya. Kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukan. Harapnya segala usaha yang dilakukan selama ini dapat memberikan kejayaan yang sepatutnya kepada mereka. Mudah-mudahan soalan yang ditanya nanti adalah soalan yang biasa dijawab oleh mereka. Berikan kesihatan kepada mereka dengan kesihatan yang baik, kekuatan minda untuk berfikir dengan baik, keyakinan yang tinggi menjawab pelbagai jawapan dan pengetahuan yang luas dalam setiap persoalan. 

Bagi calon-calon SPM di luar sana juga didoakan yang terbaik untuk anda semua, khususnya pelajar sekolah yang pernah dilawati untuk berceramah iaitu di SM Sains Kota Tinggi, SM Sains Perempuan Seremban, SBPI Gombak, Sekolah Sains Sultan Alam Shah dan tidak lupa sekolah lama SM Sains Lahad Datu serta pelajar-pelajar maya daripada pelbagai negeri yang pernah menghubungi saya melalui Telegram atau WhatsApp. Good Luck semua. 

PAI SPM SEHEBAT 2016 100% A INSYAALLAH

  









Tuesday, October 18, 2016

Tak lama dah nak SPM 2016?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Rasanya debaran nak SPM ni makin kencang kot. Guru-guru di sekolah memang dari sebelum percubaan lagi dah bertungkus lumus sehabisnya dengan pelbagai program dan aktiviti untuk calon-calon SPM tahun ni cemerlang.   Para calon pulak mesti dok bz jawab soalan2 percubaan negeri2 kan... soalan MRSM dan SBP pun tidak terkecuali.. Buat la seikhlasnya insyaAllah dalam soalan2 percubaan negeri tu ada hikmah2 yang tersembunyi kot.. kat tak sama dengan SPM sebenarnya pun sekurang2nya sipi2 macam soalan sebenar pun jadilah. 

Alhamdulillah baru-baru ini berkesempatan menjadi panel dan fasilitator untuk program X-A Plus SBP yang berlangsung di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy KL. Peserta terlibat 100 orang sahaja daripada seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Namun untuk mata pelajaran Pendidikan Islam tidak sampai 15 orang pun untuk satu sesi. Takpe lah sedikit pun asalkan kita ada semangat nak bantu dorang untuk cemerlang dalam subjek agama ni.

Kat sini nak share sikit gambar2 aktiviti dorang semasa sesi bersama saya. Alhamdulillah semua seronok dan teruja setelah dibongkarkan rahsia kenapa pelajar jarang dapat markah penuh pada soalan2 tertentu. So kat sini juga saya nak share la sikit bahan yang digunakan dalam program ini. Bahan yang saya hasilkan ini lain daripada yang lain sikit sebab saya hanya fokuskan kepada soalan2 yang selalu pelajar kehilangan markah penuh disebabkan kesilapan teknikal mereka memahami kehendak soalan dan jawapan yang tidak tepat. 

Bersama ini juga saya sertakan satu template cadangan untuk pelajar menjawab soalan KBAT. Harap dapat membantu pelajar dan guru secara tidak langsung. 

Muatturun:


Wednesday, June 1, 2016

Bekalan Cuti Untuk Neos SEHEBAT 2016

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Apa khabar anak-anak neos.. download link bawah ini untuk bekalan masa cuti.. he he selamat bercuti;

1. Soalan KBAT 27 Mei 2016
2. Soalan Hukum dan Alasan 

Soalan hukum dan alasan tu jawab santai2 jer.. KBAT mesti berformat sebagaimana yang diajarkan.

Selamat Bercuti....

Sekadar Coretan Biasa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية


Harap semuanya dalam keadaan sihat.. dah lama jari ini tidak mengetik huruf-huruf di keyboard laptop ni. Maklumlah zaman android sekarang ni jari asyik 'berzikir' menunjah paparan handphone ke atas ke bawah kiri dan kanan. Tapi sebenarnya sibuk dengan pelbagai aktiviti dan program2 sekolah di samping jadual pribadi. 

Alhamdulillah buat pertama kalinya di semenanjung ini, saya dijemput memberikan sedikit perkongsian kemahiran menjawab soalan Pendidikan Islam SPM. Berbekalkan sedikit ilmu mendidikn anak2 di bawah bayu 14 tahun yang lalu dengan pencapaian yang agak baik di pelbagai peringkat termasuk kebangsaan, saya cuba kongsikan pengalaman ini dengan sekolah2 di semenajung pula. Biarpun rasa berat hati dan takut tapi atas nama ilmu yang wajib dkongsi saya terima jua jemputan mereka. Apatahlagi yang menjemput tu adalah rakan2 baik saya. Jauh pada sudut hati ilmu di dada amatlah sedikit jika nak dibandingkan dengan guru2 di sekolah yang menjemput, mereka dah hebat dalam pelbagai perkara.

21 Mei 2016 bermulalah pengalaman pertama memenuhi jemputan ceramah di SM Sains Kota Tinggi (SAKTI). Sekolah yang pernah mengungguli ranking pertama terbaik Pendidikan Islam SPM tu terletak dihujung bandar Kota Tinggi. Jarak dari Batu Pahat lebih kurang 200km dengan 2 jam perjalanan...jauh juga rupanya. Tapi jaraknya yang separuh tangki exora tu tidak membosankan perjalanan kerana isteri dan anak2 turut bersama menceriakan dan memeriahkan suasana serampang dua mata.. berceramah sambil bercuti. Alhamdulillah sesi bersama anak2 sakti dan pelajar sekolah berhampiran dapat dilaksanakan dengan baik. Hasil perbengkelan dan pembentangan mereka amat memuaskan, jawapan yang bernas dan berkualiti serta menepati kehendak soalan. Kerjasama mereka juga amat baik termasuk pada guru yang hadir. Sesi yang bermula seawal jam 8 pagi itu berakhir hingga 1 tengahari. Seusai program rasmi di Sakti kami sekeluarga mengambil peluang menikmati keindahan ciptaan Allah di Pantai Tanjung Balau. Tempat yang sering didengari akan kecantikan pantai dan kemeriahan suasananya selama ini kini berada di depan mata. Subnallah amat cantik dan unik kekuasaanMu ya Allah. Anak2lah yang paling seronok melihat suasana  yang tidak ada di taman perumahan. Riang gembira melompat dan berlari sebebasnya, adik dengan kipas berwarnanya.. manakala yang lain sibuk memilih rantai kunci yang pelbagai jenis dan warna... umminya pun turut mengambil kesempatan. 5.30 petang kami bertolak balik ke Batu Pahat dengan penatnya. Hu Hu Hu..

29 Mei 2016 sekali lagi saya dijemput memberikan perkongsian yang sama; Kemahiran Menjawab Soalan P.Islam SPM. Perjalanan sendirian ini mengambil masa 3 jam untuk sampai ke Ibu Negeri Negeri Sembilan ini. Kali ini ke sekolah yang baru 2 tahun beroperasi. Sekolah yang terletak di bandar Seremban ini mengekalkan bangunan Kolej Tunku Kursiah sebagai premisnya. Biarpun di dalam bangunan lama namun semangat baru mereka itu membuka mata sekolah-sekolah yang sudah lama beroperasi. SPM 2015 membuktikan peperiksaan pertama mereka telah mengalahkan sekolah-sekolah 'otai' dengan pencapaian yang membanggakan. Mendapat tempat kelima terbaik kebangsaan dalam SPM 2015 sempena HKSBP kali 43 di SBIKP baru-baru ini amat membanggakan sekolah baru ini. Terdetik dalam hati betapa takutnya diri ini untuk memberikan ceramah kepada pelajar2 sekolah yang sedang menempa nama terbaik peringkat kebangsaan ini. Namun semangat 200 pelajar srikandinya untuk menuntut ilmu ini membuatkan saya semakin bersemangat, apatahlagi displin yang ditunjukkan oleh mereka sepanjang sesi bengkel amat baik dan spectacular. Semasa sesi pembentangan mereka menzahirkan kekuatan mereka dengan kerjasama yang baik dalam kumpulan, jawapan yang berkualiti dan penerangan yang baik. Dalam hati terdetik "mungkinkah P.Islam 2016 ini juga mereka antara terbaik ?". "Tapi bagaimana dengan SEHEBAT dan SEMSALD?". Biarlah usaha yang menentukan, dengan harapan semua sekolah mencapai yang terbaik. Namun dalam hati saya mempunyai misi yang tersendiri untuk anak-anak SEHEBAT.  5.00 petang selesai ceramah saya terus pulang ke Batu Pahat.Mudah-mudahan ilmu yang dikongsi bermanfaat untuk semua..Tidaklah saya membanding-bandingkan mana-mana sekolah, kerana usaha setiap tahun adalah berbeza.. pencapaianpun berbeza.