السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية
Hari ini 8 Mei 2012 masuk hari kedua pelajar SMSLD menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Bersedia atau tidak takwim harus berjalan sebagaimana yang dirancang. Peperiksaan kali ini sedikit berbeza banding tahun lepas, jika 2011 semua soalan setiap tingkatan diselaraskan oleh SBP. Namun kali ini tidak, semua guru diminta untuk menyediakan sendiri soalan kepada kelas yang diajarnya.Begitu juga dengan mata pelajaran Pendidikan Islam.
Khamis ini 10 Mei 2012 adalah peperiksaan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan 4 dan 5. Rasanya ada baiknya sekali lagi saya ingatkan kepada pelajar untuk bersedia dan ikuti panduan-paduan yang akan dituliskan di sini. Biarpun ada makluman disampaikan di dalam kelas sebelum ini namun mungkin ada antara mereka yang sudah lupa. Maklumlah tahun ini adalah peperiksaan pertama yang menggunakan soalan berformatkan SPM yang sebenar dan sama sekalu tidak sama dengan 2 soalan ujian sebelum ini.
PANDUAN UTAMA SOALAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 - TING. 4 DAN 5
1. Terdapat kertas 1 ( 2 jam ) dan kertas 2 (1 jam 40 min)
Kertas 1 = Bahagian A - (1 - 20 Soalan Objektif)
- (21 - 40 Soalan isi tempat kosong)
Bahagian B - (soalan esei / struktur - wajib jawab 3 soalan (soalan 1 dan 2 wajib
dan pilih salah satu soalan 3 atau 4)
Soalan 1 - Aqidah (20 markah) = wajib
Soalan 2 - Ibadat (20 markah) = wajib
Soalan 3 - Tamadun, Tokoh, Adab (20 markah) = pilihan
Soalan 4 - Tamadun, Tokoh, Adab (20 markah) = pilihan
Kertas 2 = 5 soalan wajib jawab semua
Soalan 1 - Ayat dan Hadis Kefahaman, hafazan
Soalan 2 - Ayat dan Hadis Kefahaman, hafazan
Soalan 3 - Ayat dan Hadis Kefahaman, hafazan
Soalan 4 - Ayat Kefahaman, Tajwid dan Jawi
Soalan 5 - Ayat Kefahaman, Tajwid dan Jawi
2. Jawab mengikut kefahaman kata tugas
1 jawapan 1 markah = senaraikan / tuliskan / nyatakan
1 jawapan 2 markah = terangkan / jelaskan / huraikan / apakah / pandangan /
cadangkan / bincangkan
3. Tuliskan muqadimah jawapan
4. Langkau pada jawapan tulisan jawi dan tajwid
5. Tuliskan ayat hukum tajwid dengan sempurna / jangan separuh sahaja
6. Sekiranya buntu menghurai jawapan gunakan salah satu daripada
WHAT / WHY / WHEN / WHERE / HOW
WHAT / WHY / WHEN / WHERE / HOW
SELAMAT MENJAWAB
No comments:
Post a Comment