Kerancakan sesi persekolahan SEMSALD pada 1 Mac 2013 sama seperti
sekolah-sekolah lain di seluruh negara bermula dari awal Januari lagi. Namun
dalam kesibukan kami mengatur pelbagai rencah pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas termasuk penyusunan program-program yang diatur dengan rapi
tiba-tiba terencat di pertengahan gara-gara penceroboh yang sudah mula
menunjukkan taringnya di Kampung Tanduo, Tg. Labian. 2 anggota komando
negara dari pasukan VAT 69 telah terkorban lantaran kebengisannya yang
menidakkan rundingan.
Mendengar perkhabaran yang sungguh mencemaskan,
dihujani panggilan telefon daripada ibu bapa yang tiada berkesudahan meminta
keizinan anak mereka dibawa pulang, langkah serta merta yang bijak
diambil oleh Puan Pengetua Hajah Juriah Ahmad dengan memohon dengan pihak SBP
agar diberi cuti berganti bermula 4-6 Mac 2013 sebagai langkah berjaga-jaga.
Dan semua pelajar dibenarkan pulang selepas solat Jumaat (1.3.13) melainkan
pelajar yang datang dari kawasan Felda Sahabat dan sekitarnya.
Sungguh tindakan yang diambil oleh pengetua
adalah tepat kerana pada sebelah petangnnya satu maklumat pesanan ringkas
daripada penolong pegawai PPDLD memaklumkan surat arahan serta merta daripada
pejabat Ketua Pengarah Pelajaran KPM yang ditandatatangi Dato Seri Abdul Ghafar
Mahmud meminta semua sekolah dalam pentadbiran PPDLD dibenarkan tutup sementara
sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan anak-anak pelajar dan para guru.
Diharapkan krisis pencerobohan ini tidaklah
berlarutan. Sebagai sebuah sekolah yang sentiasa menjaga pencapaian akademik
terbaik sehari tidak ada pembelajaran gelisah dirasakan oleh guru dan pelajar.
No comments:
Post a Comment