My Social Link

Saturday, September 13, 2008

Aku yang bernama Yusri bin Yusoff, dilahirkan pada 23 November 1978 di Kampung Landak, P.Chepa Kota Bharu, Kelantan. Anak ke-4 daripada 8 orang adik beradik dari pasangan Bonda Kelthum Binti Yaacob dan Allahyarham Ayahanda Yusoff Bin Dollah.

Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Dato Hashim (1) pada tahun 1985 sehingga darjah 6, kemudian menyambung pendidikan di peringkat menengah di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Mardhiah Panchor, Kemumin K.Bharu, Kelantan dari tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5.

Selepas mendapat keputusan SPM yang sedikit baik tahun 1996 saya mendapat tawaran ke Universiti Teknologi Malaysia (Skudai) untuk mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam). Alhamdulilah selama 4 tahun di UTM saya berjaya menamatkan ijazah tersebut dengan CGPA 3.49 (0.01 lagi nak dapat Anugerah Emas).

3 Hari selepas Majlis Konvokesyen aku mendapat tawaran bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu, Sabah. Ooo.. jauh tu hujung negara... berbekalkan semangat dan dorongan orang tua, kaki ini melangkah jua ke sana menabur bakti untuk anak bangsa. ... bersambung ...