My Social Link

Friday, August 30, 2013

Sekadar Perkongsian bahan SPM P.Islam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Sungguh pantas masa berlalu, sedar tidak sedar peperiksaan PMR dan SPM sebenar bakal menyusul tidak lama lagi. Di saat ini harapnya para calon sudahpun sedar dari lena yang leka dan jaga yang terpedaya. Jangan terlalu taksub dengan kata-kara Green Day "Wake Me Up When September Ends", kelam kabut dibuatnya nanti bila semuanya belum bersedia.

Bagi pelajar calon PMR dan SPM SEMSALD kita ada target tersendiri samada untuk sekolah mahupun untuk matapelajaran Pendidikan Islam. Mampukah calon PMR tahun ini mengulangi pencapaian calon PMR 2007 dan 2012 yang semuanya mendapat 100% A. Begitu juga dengan calon SPM mampukah anda menyaingi calon SPM 2007, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2011 yang semua mereka mendapat 100% A. Sebagai orang penting dalam mata pelajaran ini saya hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadaNya agar mendapat kejayaan yang lebih baik dari yang sebelumnya.

Di saat ini khususnya calon SPM sedang berentap berhadapan soalan-soalan peperiksaan percubaan, termasuk mata pelajaran Pendidikan Islam yang akan dijawab oleh mereka pada 2 September ini. Kecut hatiku berdebar jantungku untuk menghadapi tarikh tersebut yang sudah pasti pelajar dengan pelbagai corak wajah-wajah mereka menzahirkan kebersediaan tersendiri. Biarpun apapun wajah mereka apa yang diinginkan hanya A sahaja. Segala langkah sembah dan pelbagai jurus kekunci sudah dipasak dalam amalan mereka cuma menanti untuk bertarung sekalipun tanpa Taming Sari yang hanya dengan Stabilo dan Faster sahaja. Jika yang peperiksaan percubaan ini sudahku tagih ke'A'annya apatah lagi  yang sebenar pada 20 November nanti. Anway all the best to you all..SEMSALDians PMR & SPM candidates.

Buat pelajar lain diluar sana pun diharapkan yang terbaik untuk anda semua. Sebagai strategi dan panduan untuk peperiksaan Pendidikan Islam SPM nanti boleh lah muat turun bahan saya yang dimasukkan dalam Slideshare. Klik download untuk muat turun. Gunakan bahan ini bukan untuk tujuan komersial atau mencari keuntungan. Good Luck