My Social Link

Wednesday, March 17, 2010

Nilai Di Sebalik Kejayaan



Minggu lalu semua calon SPM 2009 telah melihat bagaimana hasil usaha mereka yang telah dilakukan sepanjang tahun 2009. Ada yang gembira hingga menitiskan airmata bila melihat banyaknya deretan A di dada slip keputusan mereka, dan ada juga yang berduka bila mana tidak banyak deretan A yang tercetak pada kertas tersebut. Tahniah dan syabas bagi yang berjaya dan tingkatkan usaha lagi bagi yang kurang berjaya...redhalah dengan kemampuan kita dan sesungguhnya apa yang kita terima adalah ujian dari Allah yang maha kuasa.

Di sini penulis rasa terpanggil untuk mengulas isu kejayaan yang diperolehi oleh pelajar samada dalam peperiksaan PMR, SPM atau STPM tahun lalu atau tahun-tahun sebelumnya. Sesungguhnya kejayaan akademik seseorang boleh kita lihat pada kertas, samada berjaya atau sebaliknya yang sekaligus menampakkan usaha yang dilakukan sepanjang tahun. Namun bagaimana kita hendak mengukur kejayaan hakiki diri seseorang itu, terlalu abstrak dan sukar untuk dimengertikan. Apa gunanya kalau dalam peperiksaan kita boleh dapat cemerlang, gemilang dan terbilang sedangkan feel perangai atau akhlak macam firaun dan malaun kecil.. tidak sembahyang, tidak puasa, mencuri, tidak menutup aurat dan sebagainya lagi... di manakah nilai kejayaan itu yang seharusnya membawa mereka ke arah yang lebih baik pada masa akan datang.

Pengalaman penulis sebagai guru agama hampir 10 tahun kadang-kadang sedih apabila melihat kejayaan pelajar hanya di bangku sekolah sahaja. Mereka boleh berakhlak baik, tutur kata yang sopan, pakaian elok mengikut syariat di kawasan sekolah namun bila keluar dari sekolah semua perkara ini bagaikan sudah hilang dalam diri mereka lebih-lebih lagi bila bergaul dengan rakan yang pelbagai gaya, rupa, budaya dan agama. Sedikit sebanyak mereka akan terpengaruh bila dalam diri tidak kuat bekal dan nilai agama yang sepatutnya. Tambahan lagi pada usia begini memang mereka selalu jadi 'pak turut'. Kata Imam al-Ghazali RH "usia remaja ni bagaikan seorang unta yang diikat tali, bila ditarik ke kanan kananla ia pergi dan bila ditarik ke kiri kirilah ia pergi".

Baik atau buruk diri seseorang itu tetap akan menjadi bualan orang, yang baik dipuji disanjung dan dihormati sekalipun tidak diminta sedemikian tapi yang buruk dikutuk dikeji dan dihina, bahkan ada yang menyalahkan ilmu agama dan orang yang mengajar agama. Kerana perangai dan akhlak memang ada kaitan langsung dengan agama.. orang tidak salahkan guru biologi, guru kimia, guru fizik atau guru muzik jika ahklak anak didik mereka rosak dan teruk.. sebaliknya guru agama individu pertama akan dituding jari.

Tulisan ini bukanlah hendak mengata mana-mana pihak, tapi sekadar renungan buat tatapan pelajar dan bagi diri saya sendiri yang mengajar ilmu agama kepada mereka. Mendidik pelajar itu bukan sekadar mencemerlangkan mereka dalam peperiksaan semata-mata tapi lebih kepada menjadikan pelajar itu seorang yang tahu siapa dirinya di sisi keluarga, di sisi guru, di sisi masyarakat dan di sisi Allah swt. Kalau mereka tahu siapa diri mereka insyaAllah mereka akan berjaya di dunia dan akhirat... dan inilah kejayaan yang hakiki.

Nasihat buat rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang sudah merebak ke seluruh dunia ini, jadikanlah agama sebagai asas utama dalam hidup kita, sekalipun kita berjaya mendapat Degree, Master mahupun Phd nanum belum tentu kita menerima kitab amalan nanti dengan tangan kanan. Renungi kata-kata Imam al-Ghazali RH " mengajar ilmu agama kepada mereka yang tiada akhlak seperti memberikan cahaya kepada seorang yang buta", "Jikalau ingin melihat akhlak dan budi seseorang itu maka kita lihatlah dengan siapa dia berkawan, kalau baik kawannya maka baiklah ia, tapi kalau sebaliknya maka diapun sebaliknya".

Buat Pelajar : Terus Kejayaan Anda dalam Medan Perjuangan Hidup Yang Sebenar.

Sunday, March 14, 2010

Tahniah SPM 2009


11.3.10 satu tarikh yang ditunggu2 oleh semua calon SPM 2009. Penuh debaran dan pengharapan dalam hati mereka agar segala penat jerih mereka sepanjang berkampung di bumi SMSLD 5 tahun lalu bisa menuaikan hasil yang membanggakan. Guru2 pun turut merasai bahangnya itu untuk melihat jawapan teka-teki percaturan mereka setelah pelbagai rangka dan plan strategik digunapakai sepanjang tahun 2009.

Penulispun tidak terkecuali dalam percaturan ini. Tapi tumpuanku hanyalah untuk mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya dan semua subjek amnya. Semestinya aku mengharapkan kali ini keputusan P.I adalah yang terbaik dalam sejarah SPM SMSLD. Aku ada alasan yang kukuh mengapa harapanku terlalu tinggi pada SPM tahun lalu. Calon2 SPM itu lah sebenarnya yang pernah memecah rekod PMR dan subjek sekolah sebagai yang terbaik dengan mendapat 100% A dalam P.Islam PMR 2007, 2 tahun lalu.

Tujuan tulisan ini bukanlah untuk menunjuk kekuatan atau kehebatan mana2 pihak sebab semua yang hebat, baik dan bertuah itu adalah milik Allah semata2, kita hanya perancang dan pelakon utama dalam drama dan sandiwara dunia ini.

Pada hari tersebut aku macam tak nak ambik tahu pasal keputusan SPM yang keluar tu, apatah lagi masa tu tengah sibuk dengan MTQ Zon Segama di SM. Teknik L.Datu. Cerita pasal MTQ dulu lah kejap. Alhamdulillah sekolah kita berjaya mewakili zon ke peringkat daerah nanti pada 24.3.2010 dalam acara Hafazan (L/P), Tilawah (L/P) dan Syarahan (L). Tahniah !!!

Bila balik sekolah baru la tahu P.I tahun ni seperti tahun 2007 dan 2008, semuanya 100% A, syukur alhamdulilah tercapai juga hasrat sekalipun tidak semua A+ sekurang2nya ia adalah yang terbaik sejarah P.I SPM SMSLD. Tahniah pada calon SPM 2009 anda masih ingat kata2ku 3 hari sebelum hari exam p.islam "kalau kamu tidak dapat A dalam P.Islam SPM tahun ni maknanya A kamu semasa PMR 2007 dulu adalah palsu dan tipu semata-mata, buktikan A kamu adalah tulen dalam SPM kali ni".

Dan turut sama2 100% A ialah Bahasa Melayu.. tahniah pada Panitia Bahasa Melayu di bawah pimpinan kaliber cikgu Mazlihaneem Ramli dan ahli2nya termasuk yang sudah berpindah.. kekalkan kecemerlangan untuk tahun ini dan tahun2 seterusnya..

Menuju Sekolah Berprestasi Tinggi


Monday, March 1, 2010

Johan Perarakan M.Rasul Daerah L.Datu










Untuk tahun keseterusnya SM Sains Lahad Datu (Panitia dan Pesatuan Agama Islam) menjadi Johan perarakan dan sepanduk sempena sambutan Majlis Maulidur Rasul 1431 peringkat Lahad Datu. Sebenarnya yang mengikuti pertandingan hanyalah 2 sekolah menengah.. jadi biarpun sepanduk tidak cantik sekolah ini tetap mendapat nombor.

Khat pada sepanduk tu pula bukanlah hasil titik peluh kami yang sebenar. Ditempah dengan seorang sahabat, namun bila dinilai hasil tempahan itu rasanya macam ada hiasan-hiasan yang perlu ditambah. Justeru setelah berbincang dengan jawatankuasa Persatuan Agama Islam maka kami semua setuju untuk bergotong royong menambah apa-apa yang patut..actually dari segi warna dan hiasan corak. Malam sebelum perarakan kami semua bersengkang mata sehingga 3.50 pagi dibantu oleh jawatankuasa PAIS dan pelajar2 yang sukarela membantu.

Usaha kami berbaloi apabila diumumkan sebagai johan sepanduk peringkat daerah Lahad Datu.