My Social Link

Friday, June 18, 2010

Benarlah Cinta Itu Buta - Sains Membuktikannya

"Mengapa kamu memakai cincin perkahwinan kamu di jari yang salah?"
"Oh.. kerana aku berkahwin dengan orang yang salah"
Lawak barat

Cinta itu buta, pepatah yang seringkali diucapkan oleh segenap manusia, baik dari para artis, penyajak apatah lagi oleh mereka yang bercinta, setelah sekian lama ianya menjadi misteri, saintis Andreas Bartels and Semir Zeki dari Wellcome Department of Imaging Neuroscience, University College London membuktikan ungkapan tersebut. Dengan menggunakan sistem imbasan "Functional Magnetic Resonance Imaging" (fMRI), apa yang berlaku didalam otak manusia akibat "cinta" itu dapat dikaji dan difahami dengan lebih mendalam lagi.

Dengan menggunakan teknik fMRI ini, mereka mendapati kawasan tertentu otak menjadi aktif yang mana ini yang membuatkan cinta memberi kesan yang hebat kepada manusia. Mereka juga mendapati "cinta" juga menyebabkan aktiviti dibahagian tertentu otak terhenti dan menyebabkan kita tidak nampak akan kepincangan atau keburukan pada seseorang yang kita cintai itu, inilah yang dikatakan "buta".

Kertas saintifik mereka itu membuat kajian cinta antara ibu dan anak dan juga antara lelaki dan wanita, kedua2nya menunjukkan keputusan yg hampir serupa. Baik ibu dan anak mahupun pasangan kekasih, manusia akan menjadi "buta" disebabkan oleh cinta. Menurut pandangan saintis, cinta adalah sesuatu yg "terbina" didalam diri manusia itu sendiri untuk memastikan manusia terus kekal dimuka bumi baik dari segi berkembang biak mahupun untuk menjaga anak2 tersebut. Bayangkan apa terjadi jika kita serta merta boleh nampak akan kepincangan orang yg dicintai? Maka ramai yg tidak akan berkahwin, si anak pula akan mati kerana siibu tidak mahu bergelumang dengan kepayahan menjaganya.

Kedua2 saintis tersebut mengambil data imbasan otak dari 22 ibu yg melihat gambar anak2 mereka dan juga anak2 wanita lain yang rapat dengannya, Mereka juga mengambil imbasan otak dari sukarelawan lain dan mengambil data imbasan otak ketika mereka melihat gambar pasangan, kawan baik dan juga kenalan.

Data dari imbasan otak itu menunjukkan bahawa, bg kedua2 jenis hubungan (ibu anak dan kekasih) bahagian otak yg dikaitkan dengan "mendapat ganjaran" menjadi aktif. Ianya sama juga ketika keadaan kita mendapat ganjaran lain seperti makanan, minuman, mengambil dadah dan juga mendapat ganjaran wang atau duit. Jadi "cinta" itu juga boleh dilabelkan sebagai dadah, cuma ianya dadah semulajadi wujud didalam diri manusia itu sendiri.

Bahagian otak yg menjadi tidak aktif (switch-off) pula adalah kawasan2 tertentu di prefrontal cortex (frontal lobe), yang mana ianya adalah bahagian otak yg membuat penilaian sosial terhadap seseorang itu, apa yg dipanggil "critical sosial assessment". Begitu juga dengan kawasan otak yang ada hubungannya dengan emosi negatif seperti kekasaran, ketakutan dan juga merancang. Dalam erti kata lain, esmosi cinta itu bukan sahaja membuatkan manusia itu "buta" dan tidak nampak kekurangan/kepincangan atau keburukan terhadap insan yang dicintai itu, malah emosi2 negatif terhadap pasangan juga tidak wujud disebabkan oleh emosi cinta itu. Akan tetapi apabila emosi cinta itu sudah berkurangan, bahagian otak yg membuat penilaian sosial itu tadi akan menjadi aktif semula.

Terdapat beberapa perbezaan antara kedua2 hubungan ini antaranya adalah, dalam hubungan kekasih, bahagian otak yg terlibat dalam rangsangan sex juga menjadi aktif, ini tidak didapati dalam imbasan hubungan ibu dan anak. Begitu juga pada bahagian otak yg mengenal pasti reaksi muka (facial expression) juga amat aktif dalam hubungan ibu dan anak. Penulis kertas saintifik itu membuat andaian, kebolehan untuk melihat reaksi perubahan pada muka anak penting untuk ibu mengetahui situasi anak.

Apakah implikasi kajian ini terhadap kehidupan manusia didunia ini? Adakah si"dia" yg kita cintai itu benar2 sesuai untuk kita? Bolehkah kita hanya percaya kepada perasaan cinta terhadap seseorang itu jika "cinta" tersebut membuat kita tidak nampak akan kekurangan atau keburukan seseorang yg digilai itu? Jika seseorang itu sedang mabuk bercinta akan tetapi ibu dan bapa tidak merestui atau menghalang perhubungan tersebut, ataupun mungkin ada rakan2 yang cuba menasihati agar tidak meneruskan hubungan dengan seseorang itu, ini adalah kerana mereka boleh nampak ketidak suaian si "dia", tetapi yg sedang mabuk bercinta tidak nampak dan memarahi ibu bapa dan rakan malah ada yang lari dari rumah kerananya. Ini kes yang kecil, bagaimana pula dengan kes sehingga meninggalkan agama yang sudah tidak menjadi suatu yg menghairankan lagi?

Bagaimana pula dengan cintakan dunia? Cintakan materialism, harta, rumah kereta dan kesenangan hidup didunia. Cintakan dunia berkait rapat dengan ganjaran serta merta yg boleh dirasai, dilihat, dipegang dan dialami secara nyata dan ini juga melibatkan bahagian otak yg sama (reward center). Walaupun lapuran saintifik ini tidak mengkhusus kepada cintakan materialistik, jika dikaitkan dengan "ganjaran" yg diperolehi dari nikmat dunia itu maka hipotesis saya, ia juga membuatkan kita tidak nampak akan keburukannya. Disebabkan itu manusia akan menghalalkan apa yang haram jika cintakan dunia itu menyelimuti pemikiran dan emosi mereka dan tidak lagi boleh nampak kerosakan besar yg dialami disebabkan perbuatan mereka itu tadi. Maka tidak hairanlah jika manusia menghalalkan riba apa yg Allah haramkan, tidak hairanlah mengapa manusia menghalalkan arak apabila Allah mengharamkannya. Jika dikaitkan kembali dengan cinta terhadap manusia, tidak hairanlah mengapa manusia menghalalkan pergaulan bebas apabila Allah mengharamkannya.

Masalah utama cintakan dunia ini sebenarnya adalah ianya tidak akan pernah cukup, contohnya apabila anda mendapat kereta baru, bukan main hebat menjaganya malah sanggup basuh setiap hari, selepas beberapa minggu komitmen anda mula luntur, tak lama selepas itu model baru pula keluar dijalanan dan anda akan mula befikiran untuk menukar kereta. Bagaimana pula dengan cinta ibu bapa dizaman ini dengan membiarkan anak dijaga oleh orang lain? Adakah cintakan wang, harta dan pangkat sudah melebihi cintakan si anak sedangkan fitrah wanita itu adalah untuk melahir,menjaga, mengasuh dan mendidik anak dan bukannya untuk bersaing dengan kaum lelaki? (Saya sedari ini soalan sensitif, maka tepuk dada, tanya iman dan aktifkan frontal lobe anda sebelum memberi komen).

Cintakan dunia juga amat bahaya kerana Allah telah berfirman didalam al Quran;

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya" Surah Hud 11:15

bermakna, disebabkan Pemurahnya Allah itu, apa yg kita inginkan boleh sahaja dikecapi jika kita berusaha walaupun tanpa mengira halal dan haram akan tetapi hanya apabila di akhirat kelak baru kita sedar siapa sebenarnya yang rugi.

"Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah" Surah Al Isra 17:18

Jadi apakah benteng kita terhadap "buta" didunia ini? Jawapannya teramat mudah, cintailah Allah kerana walaupun kita "buta" disebabkan perasaan dan emosi cinta itu, tiada cacat celanya pada Allah, Maha sempurna segalanya, malah selangkah kita rapatkan diri dengan Allah (dengan mencintai Allah) sepuluh langkah Allah SW akan menghampiri kita, dan ini adalah pendinding kita terhadap segala tipu muslihat didunia ini. Utamakanlah cinta kepada Allah terlebih dahulu sebelum yang lain, sudah janji Allah itu kebaikan dan kesenangan akan menyusul kemudiannya baik untuk didunia mahupun diakhirat.

Sebab itulah juga Nabi berpesan agar memilih agama sebagai kriteria utama untuk memilih pasangan lebih utama berbanding harta dan keturunan kerana itu sebenarnya jaminan keselamatan dunia dan akhirat, akan tetapi berapa ramaikah kita yg benar2 mengikut pesanan baginda? Mungkin disebabkan itulah banyak terjadinya perceraian apabila pasangan tidak boleh berkompromi selepas berkahwin setelah mula melihat keburukan atau kepincangan pasangan apabila emosi cinta yg sebelumnya itu berkobar2 mula menurun (bahagian otak untuk penilaian sosial kembali aktif). Dengan ego baik pada lelaki dan wanita, maka masing2 membuat haluan tersendiri dan anak menjadi mangsa. Sebab itu niat asal (nawaitu) untuk berkahwin itu amat penting, adakah kerana rupa, harta, kesenangan dunia atau untuk mendapat keredhaan Allah?

Benarlah cinta itu buta, sebab itu ramai yg teraba2. Meraba mencari kebahagiaan dengan pelbagai cara tanpa lagi memikirkan hukum halal haramnya, bolehkah kita mengharap kebahagiaan pada manusia jika kita "buta" akan kekurangan pada orang yg dicintai? Bolehkah kita mengharapkan dunia jika ianya tidak akan pernah cukup untuk memenuhi nikmat materialism itu? Sesungguhnya hanya pada Allah sahajalah kita boleh berharap untuk mendapat kebahagiaan didunia dan seterusnya diakhirat. Cintailah Allah kerana dari Dialah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali. Jadikanlah suruhan dan larangan2 Allah itu sebagai pedoman hidup, bukan memilih apa yg sesuai untuk dan menolak dengan apa yg tidak apabila akal pendek manusia tidak boleh melihat tujuan dan kebaikannya, lebih dasyat lagi apabila meng"hadhari"kan Islam untuk menyesuaikannya dengan kehidupan moden. Nauzubillah.

Tuesday, June 15, 2010

Analisis Terkini Mid Year 2010 P.Islam


Alhamdulillah semalam baru selesai menanda kertas P.Islam untuk exam Mid Year 2010 bagi kelas 5D, 5M dan 5Z. Banyak kupasan dan teguran yang bakal pelajar dengari nanti dalam kelas. Ternyata dari 71 pelajar yang saya ajar dari 3 kelas ini tiada seorang pun yang mendapat A+ yakni dengan markah 90 keatas. Soalan yang diberi adalah pada aras senang sebenarnya.

Saya tunjukkan jadual analisis ketiga-tiga kelas tersebut tanpa ada niat untuk menjatuhkan aib atau menaikkan nama mana-mana kelas. Apa yang penting semua pelajar harus mengambil iktibar dari peperiksaan pertengahan tahun ini, bukan untuk mata pelajaran P.Islam bahkan mata pelajaran yang lain juga.

Daripada hasil analisis secara terperinci yang akan ditunjukkan di dalam kelas nanti saya dapat mengenalpasti beberapa pelajar yang lemah bahagian-bahagian tertentu, dan tidak kurang juga ada pelajar yang mahir bahkan bagus dari pelbagai segi dalam menjawab soalan peperiksaan standard kualiti SPM. Ada yang baik dan bagus dari segi tulisan yang selesa dan senang dibaca, pengolahan dan penghuraian jawapan yang matang sesuai dengan kehendak kata tugas, mahir dalam mengenalpasti hukum-hukum tajwid dan mahir dalam menguasai penulisan jawi. Kesemua pelajar tersebut telah disenarai pendek untuk membantu saya menambahkan pemahaman pelajar-pelajar yang lain.

Tahniah bagi yang dapat A- dan A, dan usaha lagi bagi yang selain itu.. next exam is 'Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2010"... harap bersedia awal

Monday, June 14, 2010

Maksud Sebenar Kufur Nikmat dan Syarat Sah Sembelihan

Untuk pelajar SPM, berikut merupakan pembetulan 2 fakta penting yang wajib diketahui oleh semua guru dan calon-calon SPM - diambil dari web KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar Berita Harian bertarikh 5 Februari 2010 (BUKU TEKS AGAMA KELIRUKAN PELAJAR) oleh wartawan Suraya Roslan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berterima kasih kepada penulis dan juga kepada Encik Nokman Zakaria, Terengganu kerana keprihatinan beliau terhadap perkembangan dalam dunia pendidikan.

ULASAN BAHAGIAN BUKU TEKS

Bahagian Buku Teks (BBT), KPM mengambil maklum atas aduan yang telah timbulkan. BBT telah pun meneliti buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 (Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan 2002) dan BBT mengakui bahawa terdapat kesalahan fakta di dalam buku tersebut.

Bahagian ini memohon maaf kerana terdapat kesalahan fakta yang disebabkan kecuaian manusia. Bahagian ini akan membuat tindakan seterusnya untuk membetulkan maklumat di dalam buku tersebut.

Ulasan bagi isu yang dikemukakan adalah seperti berikut:

ISU 1: Halaman 75

KUFUR NIKMAT – mengingkari khalik atau Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk yang diciptanya.

PENJELASAN BAHAGIAN BUKU TEKS
Penjelasan maksud kufur nikmat dalam buku teks tersebut mengelirukan, maksud yang lebih tepat adalah:

Istilah kufur nikmat digunakan kepada orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah yang sepatutnya digunakan untuk mentaati Allah namun digunakan nikmat tersebut untuk melakukan dosa dan maksiat.



ISU 2: Halaman 134

SYARAT SAH PENYEMBELIHAN.
1. Islam
2. Tidak dalam ihram haji atau umrah.

PENJELASAN BAHAGIAN BUKU TEKS
Fakta yang betul untuk syarat sah penyembelihan hanya Islam (No.1), Syarat kedua tidak termasuk dalam syarat penyembelihan. Syarat kedua hendaklah dibatalkan.


Secara kesimpulannya Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4masih sah digunakan oleh murid-murid Tingkatan 4 dengan sedikit pembetulan.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Friday, June 11, 2010

Kenal Tak Siapa Ni

Untuk Renungan

Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk nih...

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla...dah lapar nih

Manusia - Hari ni nak pakai apa yerk?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yg menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun takde style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi...baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah
Syaitan - Baru pukul berapa....

Manusia - Eh, eh....tak boleh tengok nih, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh...best tu....

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang....

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah...

Manusia - Aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telh berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesunggunya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Monday, June 7, 2010

Sekadar Catatan

Emm cuti 3 minggu persekolahan ni memang panjang tapi aku dan keluarga hanya bertapa di Lahad Datu sahaja. Sesekali terasa juga ingin pulang ke kampung menjenguk orang tua macam rakan-rakan yang lain yang sudah seminggu bersama keluarga mereka. Tapi biarlah.. balik kampung hanya sekali setahun pun ok jugak... kami ada alasan yang tersendiri.

Pejam celik pejam celik hari ni dah masuk minggu kedua cuti persekolahan. Setakat ni tiadalah unsur-unsur keboringan yang ketara sebab ada juga aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan. Actually semalam baru balik dari Tawau.. bercuti-cuti Malaysia sambil memenuhi jemputan kenduri perkahwinan.

Kami sampai ke Tawau 4.6.10 lebih kurang jam 7 malam. Sepanjang perjalanan ke Tawau asyik dok bercerita pasal durian saja.. apatahlagi dalam kereta kami tu ada 3 'hantu durian' termasuk aku, makin rancaklah perbincangan kami. Sesampai saja di Tawau tiba-tiba rezeki pulak datang bergolak.. tapi tidaklah sebagaimana durian yang bergolek bila jatuh dari pokoknya. Kami diberi beberapa biji durian oleh seorang bapa pelajar... dengan niat tidak menolak terus kami sumbat dalam bonet kereta.. terima kasih..

Kali ini kami menginap di Monaco Hotel untuk 2 malam. Biliknya oklah dengan harga dan sesuai untuk kami berempat. Tentantif pergerakan di Tawau kali ini ialah Parkwell (shopping baju coming baby.. 2 3 helai je), Wakaf Thai (sponsor makan tengahari oleh towkeynya yang juga junior UTM dulu), Utama Tomyam,Pizza Hut (orang mengidam nak makan..ikut je lah)dan tak lupa singgah ziarah di rumah-rumah kenalan sekitar bandar Tawau ni.

Memang ramai tul student SMSLD dari Tawau ni, pi Parkwell pun jumpa pi Pizza Hut pun jumpa.. tapi oklah diorang.. semua kenal gurunya boleh senyum dan datang bersalam lagi. Ada masa di Ramai-Ramai baru-baru ni berkebetulan di kaunter ada seorang aspuri.. usahkan nak menegur senyum pun tidak.. memang tidak patut.

6 hb kami balik dari Tawau jam 4 petang dan sampai di L.datu jam 6. kami rehat-rehat dulu sebelum ke majlis kenduri di dewan SMC jam 7.30 malam. Sana memang meriah.. acara makannya serentak.. 2 jam saja majlis tamat semuanya.. memang simple tapi sangat meriah.. Jam 9 lebih baru sampai rumah.. oo memang penat.

Hari ini 7hb pagi-pagi lagi keluar ke SAR PGA BN 17 sebab isteri ada urusan sama rakan-rakannya. Mood untuk marking paper 2 P.Islam belum lagi ada.. tunggulah sehari dua lagi.. bila siap akan dipapar jugak semua markah P.I dalam blog ni..

sekian coretan..

Saturday, June 5, 2010

Tugasan Form 5

Untuk fiver 2010 sila download 2 tugasan anda sepanjang cuti 2 minggu ini. Buat jangan tak buat.

Friday, June 4, 2010

Tahniah Kontinjen MTQ Sabah 2010

Salam,

Tumpang berbangga, tahniah kepada kontinjen MTQ Sabah ke peringkat kebangsaan yang berlangsung di UMT Terengganu. Ternyata tahun ini tidak seperti tahun lepas di Ipoh hanya pergi melancong dan cuti2 Malaysia saja..

Sebelum berlepas ke KL-Trgganu baru ni sempat aku meniupkan kata2 semangat untuk kontinjen Sabah terutamanya Umar dan Nasyraf yang juga wakil Sabah tahun lalu. Tahun ni tiada rezeki mengiringi mereka ke kebangsaan sekadar di Airport KK saja, tapi doa dan kata2 semangat mengiringi mereka.

Alhamdulilllah, Umar gangsa Tilawah menengah dan Nasyraf johan hafazan menengah... satu lagi si afiqah rasanya...juga gangsa hafazan rendah... so tahniahlah kepada peserta2 ini..dan juga guru pengiringnya Us. Rafi dan Ustzh Asmawati serta ketua kontinjen us. Yusof Ali.

Thursday, June 3, 2010

Tugasan Form 4

Salam buat anak2 didik form 4 terutamanya.. maaf kerana lambat upload tugasan masa cuti pertengahan tahun.

Fokus tugasan ni ialah bahagian ibadah tingkatan 4 sahaja. Biarpun ada tajuk2 yang belum dipelajari carikan kesemua maklumatnya dan isikan dalam petak jadual yang sepatutnya.

Pelajar-pelajar boleh memuatturun tugasan ini di sebelah kanan blog saya ni.

Khabarkan juga tugasan ni kepada kelas tingkatan 4 yang lain, dan bukan untuk 4 Mutiara sahaja.

Tarikh hantar ialah pada minggu pertama persekolahan selepas cuti ini.

Selamat membuat tugasan.. jangan bazirkan masa yang ada.