My Social Link

Tuesday, May 8, 2012

ULANGKAJI SAMBIL BER'FACEBOOK'

لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

"kita berkenalan dalam muka buka...." itulah permulaan lagu yang dialunkan oleh artis youtube Najwa Latif. betapa berpengaruhnya facebook dalam dunia hari ini amat sinonim dengan dunia remaja yang masih di bangku persekolahan. Atas dasar kecenderungan remaja terhadap facebook ini maka satu inisiatif cuba saya wujudkan iaitu ulangkaji mata pelajaran menggunakan facebook.

PELAKSANAAN;

1.Masa dan tarikh : Setiap kali cuti persekolahan, tarikh dan masa ditetapkan sebelum cuti atas persetujuan 
                               ramai pelajar. (1 jam sahaja)
2.Sasaran             : Pelajar tingkatan 4 dan 5 SMSLD yang mempunyai akaun facebook
3.Guru Terlibat     : Ustaz Yusri Yusoff dan Ustazah Suriana Sidik
4.Fokus Ulangkaji: Tajuk-tajuk penting tingkatan 4 dan 5 (sukatan SPM)
5.Kaedah U.Kaji :  Guru menyatakan 1 isu terhadap sesuautu topik dan dijawab beramai-ramai oleh pelajar
                              Sekiranya jawapan tepat dan tiada soalan berbangkit maka isu kedua dikemukakan.

                              Isu = Soalan-soalan yang dibincangkan segera
                              Tugasan = Soalan yang perlu dijawab dan dihantar ke email guru
6.Alamat FB        : PICEM SMSLD

DIHARAPKAN INOVASI INI MENDAPAT SOKONGAN DARI PELBAGAI PIHAK

Maklumat Penting Untuk Pelajar Tingkatan 4 dan 5 - Mid Year Exam

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Hari ini 8 Mei 2012 masuk hari kedua pelajar SMSLD menduduki peperiksaan  pertengahan tahun. Bersedia atau tidak takwim harus berjalan sebagaimana yang dirancang. Peperiksaan kali ini sedikit berbeza banding tahun lepas, jika 2011 semua soalan setiap tingkatan diselaraskan oleh SBP. Namun kali ini tidak, semua guru diminta untuk menyediakan sendiri soalan kepada kelas yang diajarnya.Begitu juga dengan mata pelajaran Pendidikan Islam. 

Khamis ini 10 Mei 2012 adalah peperiksaan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan 4 dan 5. Rasanya ada baiknya sekali lagi saya ingatkan kepada pelajar untuk bersedia dan ikuti panduan-paduan yang akan dituliskan di sini. Biarpun ada makluman disampaikan di dalam kelas sebelum ini namun mungkin ada antara mereka yang sudah lupa. Maklumlah tahun ini adalah peperiksaan pertama yang menggunakan soalan berformatkan SPM yang sebenar dan sama sekalu tidak sama dengan 2 soalan ujian sebelum ini.

PANDUAN UTAMA SOALAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 - TING. 4 DAN 5

1. Terdapat kertas 1 ( 2 jam ) dan kertas 2 (1 jam 40 min)
       Kertas 1 = Bahagian A - (1 - 20 Soalan Objektif)
                                                      - (21 - 40 Soalan isi tempat kosong)
                  Bahagian B - (soalan esei / struktur - wajib jawab 3 soalan (soalan 1 dan 2 wajib 
                                       dan pilih salah satu soalan 3 atau 4)
                                       Soalan 1 - Aqidah (20 markah) = wajib
                                       Soalan 2 - Ibadat  (20 markah) = wajib
                                       Soalan 3 - Tamadun, Tokoh, Adab (20 markah) = pilihan
                                       Soalan 4 - Tamadun, Tokoh, Adab (20 markah) = pilihan

                 Kertas 2 = 5 soalan wajib jawab semua
                                       Soalan 1 - Ayat dan Hadis Kefahaman, hafazan
                                       Soalan 2 - Ayat dan Hadis Kefahaman, hafazan
                                       Soalan 3 - Ayat dan Hadis Kefahaman, hafazan 
                                       Soalan 4 - Ayat Kefahaman, Tajwid dan Jawi
                                       Soalan 5 - Ayat Kefahaman, Tajwid dan Jawi

2. Jawab mengikut kefahaman kata tugas
               1 jawapan 1 markah = senaraikan / tuliskan / nyatakan
               1 jawapan 2 markah = terangkan / jelaskan / huraikan / apakah / pandangan /  
                                                                    cadangkan / bincangkan 

3. Tuliskan muqadimah jawapan 
4. Langkau pada jawapan tulisan jawi dan tajwid
5. Tuliskan ayat hukum tajwid dengan sempurna / jangan separuh sahaja 
6. Sekiranya buntu menghurai jawapan gunakan salah satu daripada
    WHAT / WHY / WHEN / WHERE / HOW

SELAMAT MENJAWAB