My Social Link

Tuesday, September 22, 2009

Salam Aidilfitri 1430H



Hari Aidil Fitri menjelma lagi. Tahun ke-4 kami sekeluarga beraya di perantauan. Biarpun berjauhan dengan kampung halaman serta sanak saudara, namun kegembiraan Aidilfitri tetap dirasai bersama rakan-rakan seperjuangan. Tahun ni kami berkonvoi raya seperti tahun-tahun sebelumnya tapi tidak semeriah tahun lepas. Aidilfitri kali ini ramai rakan-rakan semenanjung balik beraya di kampung, yang tinggal di flat ini kami, sensei dan cikgu Zainab.

Tidak dilupakan juga rakan-rakan semenanjung yang tidak balik di luar sana cikgu Redzuan, cikgu Sani dan cikgu Ashadi. Kami semua bagaikan satu keluarga beraya bersama-sama, saling berkunjung kunjungan.

Pada kesempatan Aidilfitri yang mulia tahun ini, kami sekeluarga Yusri bin Yusoff, Sarah Norasikin Abdullah, Nuur Syahmina Balqis dan Nuur Syakirah Humaira mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua saudara mara, rakan-rakan sahabat handai, pelajar-pelajar dan kenalan-kenalan yang mengenali kami sekeluarga.

من العائدين والفائزين وكل عام وانتم بخير
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tuesday, September 15, 2009

Malam Khatam Al-Quran dan Penutupan Ihya' Ramadhan 09







Syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya Malam Khatam al-Quran dan Penutupan Ihya' Ramadhan 2009 (Kali ke-6)malam tadi (14 Sept 2009) berjalan lancar dan sempurna.

Di kesempatan ini, Panitia Pendidikan Islam SMSLD ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa kerja Ihya' Ramadhan 2009 yang sanggup dan ikhlas memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan program Khatam Al-Quran dan Penutupan IHRAM 2009.

Juga terima kasih tidak terhingga kepada warga SMSLD, PIBG, Agensi-agensi dan syarikat swasta sekitar Lahad Datu yang sudi menghulurkan wang sumbangan aidilfitri untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah ini. Sesungguhnya keikhlasan sumbangan yang diberikan itulah saham sebenar seorang muslim yang akan diberi ganjaran oleh Allah di akhirat kelak, biarpun nilainya tidak seberapa namun ketulusan hati yang memberi itu adalah yang utama.

Antara pengisian program tersebut ialah bacaan al-Quran oleh Johan MTQ 2009 peringkat sekolah, persembahan khas bacaan Hafazan oleh wakil sabah 2007 dan 2009, penyampaian hadiah MTQ sekolah, persembahan nasyid sekolah (shoutul hikam, bacaan khatam al-Quran dan penyampaian angpau raya kepada 115 pelajar terpilih.

Sunday, September 6, 2009

Selamat Datang Pelajar SPM 2009


Dengan rasa penuh kelemahan dan kedaifan saya mengalu2kan kehadiran pengunjung2 ke blog saya ini, terutamanya pelajar2 SMSLD dan tidak lupa juga kepada pelajar2 ;-

SMK Tungku, Lahad Datu
SMK Silabukan, Lahad Datu
SMK Sepagaya, Lahad Datu
SMK Bukit Garam 1, Kinabatangan


Diharap blog ini dapat memberi maanfaat kepada pelajar semua, terutama bagi mereka yang mengambil SPM tahun ini. Koleksi2 soalan percubaan P.Islam setiap negeri I.Allah saya masukkan dalam blog ini.

Terima kasih atas sokongan anda.

Saturday, September 5, 2009

Ihya' Ramadhan (IHRAM-6)

Sempena kedatangan Ramadhan tahun ini, sekali lagi Panitia Pendidikan Islam menganjurkan program Ihya Ramadhan kali ke-6. Sepanjang bulan ini pelbagai aktiviti diadakan untuk meraikan bulan yang mulia ini.

Antara aktiviti Ihya' Ramadhan termasuklah;

1) Tazkiran Ramadhan - dalam perhimpunan pagi
2) Moreh - Mengikut rumah masing
3) Tadarus Al-Quran - Setiap petang 4.00 - 4.30 (mengikut rumah)
4) Bazar Ramadhan - Setiap petang 5.00 - 6.10
5) MTQ - Pertandingan Hafazan, Tilawah, Nasyid dan Syarahan
6) Ifthar Jama'ie - 11 September 2009
7) Malam Penutupan Ihya dan Malam Khatam Al-Quran - 14 September 2009

Bekas2 pelajar yang ada diluar sana jemputlah datang meraikan program ini di dataran KH.. ada bazar menjual lekor, dadih, roti john, nasi kuning, nasi lemak, roti canai, ais campur, kuetiaw goreng, mee goreng, pisang goreng, air kicau peng, air cocktail dam macam-macam lagi.