My Social Link

Tuesday, March 31, 2009

Johan

Setelah berlangsungnya MTQ Zon Tenggara di Tawau baru-baru ni, dari 5 peserta sekolah aku hanya sorang saja yang mendapat Johan. Johan - Hafazan Perempuan Menengah, hafazan lelaki naib johan, tilawah lelaki - ketiga, dan dua lagi tiada rezeki sebab orang lain lagi hebat.

MTQ Negeri Sabah akan berlangsung pada 16-19 April ni di Keningau. Kalau tiada aral melintang akupun akan ke sana sebagai guru pengiring dari Zon Tenggara. Pelajar dari sekolah aku yang ke peringkat ni Nurhaedah Buwathy, 2 tahun lepas pernah wakil Sabah ke peringkat Kebangsaan. So mungkin peringkat negeri ni aku harap dia boleh buat yang terbaik berbekalkan pengalamannya yang ada walaupun sedikit.

Sunday, March 15, 2009

MTQ 2009




6.3.09 baru2 ni sekolah aku mengikut pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran peringkatn Zon Segama. 4 kategori dihantar untuk bertanding iaitu Hafazan (L,P), Tilawah (L,P), Syarahan (L,P) dan Nasyid. Semua acara mendapat johan kecuali Syarahan (P), sekaligus layak ke peringkat Daerah Lahad Datu.

12.3.09 MTQ Daerah Lahad Datu dijalankan kesemua acara yang dihantar mendapat tempat sekurang2nya naib johan;'

1. Hafazan Lelaki - Johan
2. Hafazan Perempuan - Johan
3. Syarahan Lelaki - Johan
4. Tilawah Perempuan - Johan
5. Tilawah lelaki - Naib Johan



Ini bermakna peserta johan tersebut akan meneruskan cabaran ke peringkat Zon Tenggara (Bahagian Tawau) yang dijangka berlangsung pada 28 dan 29 Mac nanti. sekiranya menang peringkat ini perserta akan ke peringkat Negeri Sabah seterusnya peringkat Kebangsaan.



selamat maju jaya

Wednesday, March 11, 2009



Sambutan Maulidur Rasul 1430H L.Datu