My Social Link

Sunday, November 27, 2011

Ustazah Pilihan dan Solehah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

   Cuti sekolah telah seminggu bermula tentu sekali banyak aktiviti dan program keluarga telah dirancang dengan teliti bagi mengisi waktu yang banyak terluang bersama anak-anak khususnya bagi warga pendidik. Hari-hari yang dilalui di Bandaraya Kuala Lumpur ini yang masuk hari ke-3 banyak mengajakku menghabiskan masa bersama  mukabuku. Ketiadaan pengangkutan sendiri di sini sedikit membantutkan aktiviti untuk keluar bersama keluarga menikmati kekalutan dan kehuruharaan masyarakat kota.
   Bercerita mengenai mukabuku ni banyak sekali tulisan-tulisan dan catatan-catatan tentang sesuatu perkara / isu yang terpampang di dinding mukabuku rakan-rakan dan kenalan yang menarik perhatianku. Antaranya mengenai program realiti Ustazah Pilihan dan Solehah. Macam-macam pandangan dan ulasan mengenainya ada yang menyokong dan ada yang mengkritik.
   Bagi aku sememangnya ada pandangan yang tersendiri mengenainya. Ustazah Pilihan atau Solehah adalah satu nama yang direka oleh manusia sendiri, penilaiannya juga oleh manusia bila tepat kriterianya maka dinobatkan sebagai juara dan pemenang. Persoalannya adakah program itu bertepatan dengan nilai-nilai Islam yang menampilkan wajah-wajah peserta yang ditabarrujkan setiap minggu untuk dipertontonkan berjuta-juta manusia dalam negara ini. Para ulama' mazhab secara ijmak telah sepakati bahawa tabarruj / bersolek bagi seorang wanita adalah haram hukumnya melainkan kepada tatapan suami sahaja. Biarpun ada sedikit keharusan untuk mengenakannya namun tiada satupun sebab keharusan tersebut pada semua peserta rancangan realiti ini. Justeru bolehkan kita mengatakannya haram ?.
   Bagi saya progam ini adalah suatu usaha yang bagus yang disediakan oleh pihak astro kepada umum setelah beberapa tahun sebelum ini kita semua dihidangkan oleh pelbagai jenis program realiti yang menjadi punca pergaulan bebas dan pekara maksiat yang lain. Program realiti agama tersebut sekurang-kurangnya kita berjaya mempertontonkan kepada masyarakat satu contoh penampilan pribadi yang baik yang boleh dihayati oleh anak-anak muda zaman ini khususnya kaum hawa. Namun bukanlah dengan mencontohinya semata-mata tanpa mengambil kira pandangan-pandangan dan hujah-hujah ulama atau orang yang ahli dalam bidang agama. 
  Dalam situasi keluh kesah dan serba salah penetapan hukum ini seharusnya kita perlu teliti dengan sedalamnya status program realiti tersebut. Adakah dengan mengadakannya untuk mengurangkan pengaruh program realiti yang negatif memadai kita hukumkan sebagai harus dan menepati syariat Islam ?. Sedangkan dalam masa yang sama pelaksanaan program realiti kaum hawa itu terdapat unsur yang telah dipertikaikan pelbagai pihak. 
   Justeru kita mengharapkan golongan bijak pandai alim ulama khususnya pada mufti dapat melihat perkara ini secara jelas dari segi nas hukum, sebab, kesan serta hikmahnya dalam memberi contoh teladan terbaik kepada masyarakat khususnya kaum remaja yang berkecamuk ketidaktentuan mencari identiti diri yang boleh dihayati sebagai muslimah sejati.

sekian sekadar coretan, wassalam

Monday, November 21, 2011

Syukur Alhamdulillah P.I SPM 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

     Seorang jurulatih seperti Ong Kim Swee pasti tersenyum puas bila melihat pemain2 harapannya melemaskan Garuda di sangkar sendiri, seorang ibu yang setia berbakti pasti merasa bangga bila anak2nya menjadi insan yang pandai mengenang budi. Bagi aku seorang guru tidak dapat diterjemah apa yang dirasa bila melihat anak2 didik keluar bilik peperiksaan hari ini tersenyum menampakkan gigi selepas selesai menjawab soalan Pendidikan Islam SPM. Dari riak wajah mereka kulihat sebuah keyakinan tatkala melarikan pena melakarkan jawapan yang dicari.

  PadaMu Allah kupanjatkan syukur kerana dalam peperiksaan P.I SPM hari ini (21.11.11) mampu menyenyumkan anak2 didikku. Hampir keseluruhan soalan kertas 1 mahupun kertas 2 termasuk dalam perbincangan topik2 utama sebelum ini. 2 hari bercuti Sabtu dan Ahad digunakan sebaiknya untuk aktiviti final touch, bacaan ayat2 hafazan setiap kali selepas solat fardhu, tazkirah tajuk2 utama dan kuliah ringkas olehku selepas maghrib dan isyak telah terealisasi sebagai satu soalan persis bagai dijangka, antaranya;
1) Imam Syafei                                                                            2) Syeikh Tahir Jalaluddin
3) Imam Malik                                                                             4) Imam Abu Hanifah
5) Gadaian - maksud, perkara membatalkan, beza dengan gadaian konvensional
6) Saham                                                                                     7) Jenis Syirik dan sebab berlaku
8) Ajaran sesat                                                                            9) Prinsip Ahli Sunnah wal Jamaah
10) Korban dan Aqiqah                                                              11) Adab menziarahi jenazah
12) Faktor kegemilangan Umaiyah                                              13) Adab Menjaga Alam Sekitar

Bagi kertas 2 90% adalah sama yang dijangkak ;
1) Larangan persendakan agama, Hidayah Milih Allah, Ciri Mukmin Berjaya, nasihat luqman alhakim
2) ayat hafazan قل إن صلاتي.... 
3) tajwid - mencari nun mati

  Berdasarkan skop soalan semuanya dirasakan dapat dijawab dengan mudah oleh pelajar namun ku khuatir bagaimana dengan cara dan teknik penulisan mereka..adakah mereka mengaplikasi apa yang diajarkan selama ini. Jesteru aku tidak boleh berpuas dengan melihat senyuman mereka keluar bilik peperiksaan. Kebenarannya senyuman itu adakah aku mampu juga tersenyum kita tunggu sajalah keputusannya pertengahan Mac 2012..Harapnya dapat memberikan sejarah baru buat diriku dan sekolah dengan gred 0.25 sebagai sasaran atau sekadar mengulangi kejayaan tahun 2010. Sama2lah kita doakan. Amin

Wednesday, November 16, 2011

Fokus P.Islam SPM 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Berdebar aku menanti 21 Nov 2011 ini, tarikh menyaksikan pertarungan anak2 didikku khususnya untuk mata pelajaran Pendidikan Islam. Semangat sudah lama dinyala, senjata sudah lama diasah kini menunggu masa tibanya soalan untuk menguji kehebatan. Teknik dan kaedah menjawab telah sedia didedahkan satu persatu hingga soalan dapat dimanipulasikan sebagai jawapan, bagi pelajar smsld dan sekolah2 yang pernah saya beri ceramah jangan lupa  isitilah ;
 a) dalam soalan ada jawapan
 b) dalam jawapan ada jawapan
 c) jawapan ibu kepada anak
 d) formula - (negatif) dan + (positif) dalam soalan bah. A kertas 1
 e) penggunaan what, when, where, who, how untuk soalan terangkan, jelaskan, huraikan etc
 f)  ayat nasihat / larangan / pernyataan untuk soalan pengajaran - mesti letak subjek; seseorang / kita /  
     sebagai manusia etc
 g) lebihkan 2 jawapan pada setiap soalan sebagai jawapan standby - Ingat ! jawab jumlah yang diminta   
    dahulu dan tinggalkan 2 / 3 baris untuk jawapan standby semasa proses semakan / keluangan masa
 h) buatkan jadual bagi soalan perbandingan dan perbezaan - guna pembaris

Buat semua pengunjung blog ini yang ada kaitan dengan SPM tahun ini 2011 di sebelah kanan blog saya ini ada saya masukkan sedikit tajuk fokus p.islam kertas 1 dan 2 untuk penekanan. Semua itu hanya jangkaan semata2 tiada kena mengena dengan soalan sebenar 2011 nanti. Harapnya tekankan sikit kalau tak masuk jangan salahkan sesiapa.. sekadar untuk berkongsi. ok semoga kita / anda / anak didik anda berjaya semua dalam menjawab soalan Pendidikan Islam hari Isnin nanti. InysaAllah.

wassalam