My Social Link

Wednesday, March 6, 2013

CUTI LANJUTAN - BATAL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

ADALAH DIMAKLUMKAN CUTI LANJUTAN YANG DIPOSTKAN DALAM BLOG SEMSALD DAN FB WARGA SEMSALD SEBELUM INI ADALAH TERBATAL BERIKUTAN SURAT ARAHAN JPN UNTUK MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN BERMULA 7 MAC 2013 BAGI SEKOLAH DALAM DAERAH LAHAD DATU KECUALI SEKOLAH-SEKOLAH SEKITAR FELDA SAHABAT.

HARAP MAKLUM - SEGALA KESULITAN AMATLAH DIKESALI

SYMP

CUTI BERGANTI - GANTI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية



ADALAH DIMAKLUMKAN CUTI KHAS BERGANTI DILANJUTKAN DARI 7 MAC 2013 HINGGA TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KELAK SEBAGAI LANGKAH MENJAGA KESELAMATAN SEMUA PIHAK.

DIHARAPKAN PARA GURU DAN PELAJAR TETAP BERSABAR DAN TERUS BERDOA AGAR PENCEROBOHAN 'TENTERA SULU' INI SEGERA BERKAHIR DAN SESI PERSEKOLAHAN KEMBALI BERJALAN SEPERTI BIASA.

CUTI BERGANTI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية



Kerancakan sesi persekolahan SEMSALD pada 1 Mac 2013 sama seperti sekolah-sekolah lain di seluruh negara bermula dari awal Januari lagi. Namun dalam kesibukan kami mengatur pelbagai rencah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas termasuk penyusunan program-program yang diatur dengan rapi tiba-tiba terencat di pertengahan gara-gara penceroboh yang sudah mula menunjukkan taringnya di Kampung Tanduo, Tg. Labian.  2 anggota komando negara dari pasukan VAT 69 telah terkorban lantaran kebengisannya yang menidakkan rundingan.

Mendengar perkhabaran yang sungguh mencemaskan, dihujani panggilan telefon daripada ibu bapa yang tiada berkesudahan meminta keizinan anak mereka dibawa pulang,  langkah serta merta yang bijak diambil oleh Puan Pengetua Hajah Juriah Ahmad dengan memohon dengan pihak SBP agar diberi cuti berganti bermula 4-6 Mac 2013 sebagai langkah berjaga-jaga. Dan semua pelajar dibenarkan pulang selepas solat Jumaat (1.3.13) melainkan pelajar yang datang dari kawasan Felda Sahabat dan sekitarnya.

Sungguh tindakan yang diambil oleh pengetua adalah tepat kerana pada sebelah petangnnya satu maklumat pesanan ringkas daripada penolong pegawai PPDLD memaklumkan surat arahan serta merta daripada pejabat Ketua Pengarah Pelajaran KPM yang ditandatatangi Dato Seri Abdul Ghafar Mahmud meminta semua sekolah dalam pentadbiran PPDLD dibenarkan tutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan anak-anak pelajar dan para guru.

Diharapkan krisis pencerobohan ini tidaklah berlarutan. Sebagai sebuah sekolah yang sentiasa menjaga pencapaian akademik terbaik sehari tidak ada pembelajaran gelisah dirasakan oleh guru dan pelajar.
 

MODUL TILAWAH FORM 3 DAN 5 SEMPENA CUTI LABIAN TER'SULU'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Kepada para pelajar SEMSALD yang sedang bercuti sekarang tu jangan lalaikan diri dengan pelbagai perkara. Biarpun berhidangkan facebook berlaukkan twitter tapi ibadat korang semua jangan lupa. Yang wajib tetap wajib. Kalau di asrama korang semua boleh menjaganya dengan baik ibadat solat terutamanya mengapa tidak di rumah, begitu juga dengan amalan membaca Al-Quran setiap kali lepas maghrib berjemaah. Itu kekuatan kita ummat Islam.

Baiklah..direct to the point.. tengah berperang sekarang ni..berperang dengan selsema lah.. he he. Bagi para pelajar tingkatan 3 dan 5 muslim jangan lupa muat turun sedikit modul tilawah untuk dibuat sepanjang cuti yang entah sampai bila ni. Ini bukan bebanan ye tapi hadiah dan bekalan untuk kamu semua yang antaranya sudah dimabukkan dengan facebook menjadi reporter tak bertauliah especially pasal 'Opss Sulu atau Opss Daulat'.. kalau betul takpe jugak ini pulak khabar angin yang masing-masing nak tunjuk hero keyboard berlumba men'post'kan maklumat terkini..kononnya.

Sesudah selesai modul tu bolehlah dihantar kepada guru P.I yang mengajar dalam kelas nanti.. Boleh rujuk buku teks dan buku rujukan. Semoga cuti berganti ini bermanfaat untuk semua. 

wassalam.. p/s;  klik pada page DOWLOAD di atas untuk muatturun modul.

Monday, March 4, 2013

Ikim FM - Live Online Radio

Ikim FM - Live Online Radio السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية