My Social Link

Wednesday, June 1, 2016

Bekalan Cuti Untuk Neos SEHEBAT 2016

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Apa khabar anak-anak neos.. download link bawah ini untuk bekalan masa cuti.. he he selamat bercuti;

1. Soalan KBAT 27 Mei 2016
2. Soalan Hukum dan Alasan 

Soalan hukum dan alasan tu jawab santai2 jer.. KBAT mesti berformat sebagaimana yang diajarkan.

Selamat Bercuti....

Sekadar Coretan Biasa...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية


Harap semuanya dalam keadaan sihat.. dah lama jari ini tidak mengetik huruf-huruf di keyboard laptop ni. Maklumlah zaman android sekarang ni jari asyik 'berzikir' menunjah paparan handphone ke atas ke bawah kiri dan kanan. Tapi sebenarnya sibuk dengan pelbagai aktiviti dan program2 sekolah di samping jadual pribadi. 

Alhamdulillah buat pertama kalinya di semenanjung ini, saya dijemput memberikan sedikit perkongsian kemahiran menjawab soalan Pendidikan Islam SPM. Berbekalkan sedikit ilmu mendidikn anak2 di bawah bayu 14 tahun yang lalu dengan pencapaian yang agak baik di pelbagai peringkat termasuk kebangsaan, saya cuba kongsikan pengalaman ini dengan sekolah2 di semenajung pula. Biarpun rasa berat hati dan takut tapi atas nama ilmu yang wajib dkongsi saya terima jua jemputan mereka. Apatahlagi yang menjemput tu adalah rakan2 baik saya. Jauh pada sudut hati ilmu di dada amatlah sedikit jika nak dibandingkan dengan guru2 di sekolah yang menjemput, mereka dah hebat dalam pelbagai perkara.

21 Mei 2016 bermulalah pengalaman pertama memenuhi jemputan ceramah di SM Sains Kota Tinggi (SAKTI). Sekolah yang pernah mengungguli ranking pertama terbaik Pendidikan Islam SPM tu terletak dihujung bandar Kota Tinggi. Jarak dari Batu Pahat lebih kurang 200km dengan 2 jam perjalanan...jauh juga rupanya. Tapi jaraknya yang separuh tangki exora tu tidak membosankan perjalanan kerana isteri dan anak2 turut bersama menceriakan dan memeriahkan suasana serampang dua mata.. berceramah sambil bercuti. Alhamdulillah sesi bersama anak2 sakti dan pelajar sekolah berhampiran dapat dilaksanakan dengan baik. Hasil perbengkelan dan pembentangan mereka amat memuaskan, jawapan yang bernas dan berkualiti serta menepati kehendak soalan. Kerjasama mereka juga amat baik termasuk pada guru yang hadir. Sesi yang bermula seawal jam 8 pagi itu berakhir hingga 1 tengahari. Seusai program rasmi di Sakti kami sekeluarga mengambil peluang menikmati keindahan ciptaan Allah di Pantai Tanjung Balau. Tempat yang sering didengari akan kecantikan pantai dan kemeriahan suasananya selama ini kini berada di depan mata. Subnallah amat cantik dan unik kekuasaanMu ya Allah. Anak2lah yang paling seronok melihat suasana  yang tidak ada di taman perumahan. Riang gembira melompat dan berlari sebebasnya, adik dengan kipas berwarnanya.. manakala yang lain sibuk memilih rantai kunci yang pelbagai jenis dan warna... umminya pun turut mengambil kesempatan. 5.30 petang kami bertolak balik ke Batu Pahat dengan penatnya. Hu Hu Hu..

29 Mei 2016 sekali lagi saya dijemput memberikan perkongsian yang sama; Kemahiran Menjawab Soalan P.Islam SPM. Perjalanan sendirian ini mengambil masa 3 jam untuk sampai ke Ibu Negeri Negeri Sembilan ini. Kali ini ke sekolah yang baru 2 tahun beroperasi. Sekolah yang terletak di bandar Seremban ini mengekalkan bangunan Kolej Tunku Kursiah sebagai premisnya. Biarpun di dalam bangunan lama namun semangat baru mereka itu membuka mata sekolah-sekolah yang sudah lama beroperasi. SPM 2015 membuktikan peperiksaan pertama mereka telah mengalahkan sekolah-sekolah 'otai' dengan pencapaian yang membanggakan. Mendapat tempat kelima terbaik kebangsaan dalam SPM 2015 sempena HKSBP kali 43 di SBIKP baru-baru ini amat membanggakan sekolah baru ini. Terdetik dalam hati betapa takutnya diri ini untuk memberikan ceramah kepada pelajar2 sekolah yang sedang menempa nama terbaik peringkat kebangsaan ini. Namun semangat 200 pelajar srikandinya untuk menuntut ilmu ini membuatkan saya semakin bersemangat, apatahlagi displin yang ditunjukkan oleh mereka sepanjang sesi bengkel amat baik dan spectacular. Semasa sesi pembentangan mereka menzahirkan kekuatan mereka dengan kerjasama yang baik dalam kumpulan, jawapan yang berkualiti dan penerangan yang baik. Dalam hati terdetik "mungkinkah P.Islam 2016 ini juga mereka antara terbaik ?". "Tapi bagaimana dengan SEHEBAT dan SEMSALD?". Biarlah usaha yang menentukan, dengan harapan semua sekolah mencapai yang terbaik. Namun dalam hati saya mempunyai misi yang tersendiri untuk anak-anak SEHEBAT.  5.00 petang selesai ceramah saya terus pulang ke Batu Pahat.Mudah-mudahan ilmu yang dikongsi bermanfaat untuk semua..Tidaklah saya membanding-bandingkan mana-mana sekolah, kerana usaha setiap tahun adalah berbeza.. pencapaianpun berbeza.