My Social Link

Friday, July 30, 2010

Selamat Datang Calon PMR SPM L.Datu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Selamat datang ke Blog saya kepada pelajar-pelajar PMR dan SPM dari SMK Segama, SMK Agaseh, SMK Sepagaya, SMK Tungku, SM Teknik LD dan SMK Desa Kencana, juga buat ustaz ustazah dari sekolah tersebut.

Pelajar-pelajar dan para guru boleh memuat turun apa sahaja bahan-bahan di dalam blog saya ini, khususnya latihan-latihan dan soalan-soalan Pendidikan Islam PMR dan SPM. InsyaAllah dari semasa ke semasa saya akan kemaskini bahan-bahan tersebut berdasarkan sumber-sumber yang diperolehi, terutamannya soalan Percubaan PMR dan SPM dari setiap negeri.

Harapan saya, semoga semua bahan-bahan yang dimuaturun dapat digunakan sebaik mungkin dan saya amat-amat mengalu-alukan tuan puan ustaz ustazah sekalian dapat berkongsi bahan-bahan P.Islam PMR atau SPM untuk diletakkan di dalam blog ini.

Terima kasih atas kunjungan anda,

Yusri Yusoff

Sunday, July 11, 2010

Sukan SMSLD 2010







Salam semua.. finally dapat jugak sukan tahunan sekolah 2010 diadakan setelah beberapa tarikh cadangan sebelum ini tidak jadi. Apa yang pelik sejak bertahun lalu bila ada saja tarikh cadangan sukan sekolah untuk diadakan hujan lebat mula turun beberapa hari hinggakan tarikh cadangan tersebut ditunda ke tarikh-tarikh yang lain.

Ingat lagi aku pada tahun 2009 yang lalu, dari awal tahun dicadangkan beberapa tarikh untuk diadakan sukan, last-last November baru menjadi kenyataan.. lain dari sekolah-sekolah yang lain yang sukannya sudah diadakan dari awal tahun lagi. Tahun 2010 inipun sama cuma bukan November la... 6-10 Julai dipilih tarikh sukan sekolah. Semasa proses menyiapkan padang dan balapan untuk sukan ini cuaca kemain elok lagi panasnya, namun bila 2 hari sebelum bermula sukan hujan sudah mula turun akibatnya padang sudah menakungkan air yang pastinya menjejas prestasi pelajar-pelajar bersukan.

Sukan tetap sukan, hujan tetap hujan.. kali ini tetap diteruskan dan semangat pelajar yang membara sedikitpun tidak lentur dek kerana padang yang daif itu. Lari tetap lari emas, perak dan gangsa sentiasa diburui.

Anyway tahniah la kepada Kromium yang menjuarai sukan tahunan kali ni diikuti Helium, Barium dan Magnesium. Tahun depan pastikan yang lebih menarik untuk ditontoni.

wasalam