My Social Link

Sunday, June 28, 2009

Lama Tak Update

assalamualaikum for all my visitors..

Rasanya dah lama tak update blog ni almaklumlah sebulan dua ni memang sibuk sangat dengan program2 sekolah, daerah dan sebagainya. Selepas acara MTQ negeri Sabah baru ni antara event yang dilalui ialah Mesyuarat Penggubalan Item SBP untuk P.Islam di Hotel GoldCourse Klang, Latihan MTQ Berpusat di Kompleks Tabung Haji KK, MTQ Kebangsaan di INTIM Ipoh, Ceramah di SMK Tungku dan Silabukan, dan yang terakhir baru semalam (27.6.09) Karnival Usahawan Muda di sekolah. Semua program2 ni amat memenatkan yang kadang2 terasa macam malas pulak. He he tapi semua yang diikuti I.Allah dengan niat yang ikhlas..kalau tak ikhlas nanti tak berkat.

Buat pelajar2 yang dapat masuk U tu.. saya ucapkan tahniahla kerana anda semua boleh mengupgradekan ilmu yang ada ke peringkat seterusnya. Bukan senang nak masuk U tu. so nanti campus life lagi mencabar dan penggodaan iman, ilmu, amal akan berlaku dan tetap berlaku. Jadi pandai2lah korang lawan benda2 yang tak pekdah tu yang boleh menghancurkan impian korang. Asas dan akar sudahpun diajar di sekolah dulu, sekarang inilah masa yang sebenar untuk mempraktikkan sepenuhnya ilmu agama yang dipelajari itu.

Dulu korang masbuk aku belasah dengan rotan, paling minimumpun tekan tubi 50 kali depan aspura yang lain.. itu yang masbuk..kalau escape lagila bertambah dia punya ganjaran. Dulu korang tak buat keje sekolah (tak hafal hafazan contohnya) aku kasi berdiri depan pintu sampai habis masa P.I, ataupun kena tawaf dan saie keliling bangunan untuk tunjuk muka hensem korang pada pelajar lain. Dulu korang nak SPM menangis2 salam dengan guru2 mintak ampun mintak maaf..sebak sedih teresak2 depan guru sampai tak boleh bercakap pun ada.. semua nak mintak restu ilmu guru agar berjaya dalam SPM.

Tapi kini... korang tiada istilah waden, guru lagi di sana. Tiada lecturer nak kejut korang bangun subuh atau denda bagi mereka yang masbuk atau escape sembahyang, tiada lecturer yang suruh korang keliling kampus bertawaf gara2 tak siap assignment atau lewat hantar tugasan, kat sana juga mana ada program restu ilmu sebelum korang nak exam.. semuanya berubah kan... jadi jangan nakal2 dan malas2 kat U.. jadilah baik2 dan rajin2 untuk segalanya..

ha bagi mereka yang tak dapat sambung mana2 tu atau tak dapat masuk U jangan berputus asa ya.. mungkin bukan rezeki kita lagi. I.Allah rezeki manusia semuanya ada cuma tak tau je bila giliran kita. yang penting korang kena terus berusaha dan terus berusaha, dan jangan lupa cek juga diri kita kot2 ader silap di mana di sebalik usaha tersebut.. mana tahu asyik usaha..usaha..usaha rupanya sembahyangnya tidak pula.. na'uzubillah.. korang semua confirm solat tak tinggal kan ? kan ?..

k lah..ngantuk sudah mata ni..rileks dulu la... wassalam