My Social Link

Saturday, March 26, 2011

Tahniah MTQ Daerah L.Datu

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

24.3.11 berlangsungnya Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Daerah L.Datu di Kolej Kini Felda Sahabat. Peserta Zon Segama khususnya acara menengah semuanya didominasi oleh pelajar SMSLD kecuali syarahan perempuan (SMK Segama)

Dalam pertandingan tersebut semua acara menengah dirangkul oleh zon Segama kecuali tilawah perempuan. Butirannya seperti berikut;-
- Hafazan L - Johan - Mohd Fiqri Zhafran Mohd Rawi
- Hafazan P - Johan - Nilie Syamila Muhammad Isa
- Tilawah L - Johan  - Ataul Wadud Abdillah
- Tilawah P - Ketiga - Nurul Farhana Ali Mardan
- Syarahan L - Johan - Mohd Nizam Uti
- Syarahan P - Johan - Nirwana (SMK Segama)
- Nasyid - Johan

Tahniah diucapkan semoga MTQ peringkat tenggara yang akan berlangsung di Kunak nanti juga mendapat Johan dan seterusnya layak ke peringkat negeri Sabah yang akan berlangsung di Daerah Ranau. Bagi acara hafazan dan tilawah sedikit perubahan telah dibuat iaitu syarahan dan tilawah secara spontan. 

Sekian..teruskan latihan

Wednesday, March 23, 2011

Syukur Alhamdulillah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Kembaliku melakar idea dan rasa dalam ruangan yang menjadi capaian seluruh dunia. Hari ini 23.3.2011 adalah satu tarikh yang amat bermakna terutamanya bagi calon SPM 2010 yang bagaikan tidak sabar selama ini untuk melihat slip keputusan mereka. Gurupun turut merasakan debaran melihat percaturan idea dan usaha sepanjang satu tahun mengerah tenaga untuk melihat anak didiknya berjaya. Aku pun turut dalam suasana debaran yang bagai tiada hentinya. Apapun aku kena redha apa jua keputusan sebab kita dah usaha dan buat yang terbaik untuk pelajar.

Bila melihat analisis yang aku sendiri buat.. syukur alhamduillah untuk tahun keempat P.Islam masih lagi semua A dengan 79 A+, 27 A dab 4 A-.. dengan  gred purata 0.318 sekali melepasi targetku 0.36 dan meningkat 50.7% gps dari tahun lepas... Terima kasih kepada partner baruku Us. Shahizam yang pada awalnya amat takut nak tahu keputusan P.Islam..maklumlah pertama kali ajar SPM katanya..I.Allah tahun ini dan seterusnya kita bergandingan lagi untuk lebih cemerlang.. tidak lupa kepada rakan-rakan ahli panitia P.Islam, sokongan pentadbir dan rakan2 guru dan juga rakan2 internet yang selalu berkongsi maklumat dan soalan.

Dan yang paling saya hargai adalah pelajar-pelajar SPM 2010 yang memberikan saya yang terbaik dalam sejarah pencapaian P.Islam SPM... untuk kalian inilah hasil BERDIRI DI LUAR KELAS, SAIE KELILING SEKOLAH, JALAN ITIK BERJEMAAH DAN PUKULAN ROTAN DI BETIS DAN TAPAK TANGAN..  terima kasih.. dan doakanlah adik2 anda nanti lebih cemerlang..

alhamdulillah.. wassalam 

Monday, March 7, 2011

MAKLUMAN PENTING MTQ ZON SEGAMA 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

- SILA DOWNLOAD TENTATIF PERJALANAN PROGRAM DI PANEL SEBELAH KANAN.
- SILA BAWA BERSAMA DOKUMEN PENDAFTARAN PESERTA BERSAMA TEKS   
   BERCERITA, TEKS SYARAHAN DAN LIRIK NASYID.
- TAKLIMAT HAKIM TEPAT JAM 7.30 DAN ACARA BERMULA 8.15 PAGI.
- ACARA PENUTUPAN TEPAT JAM 11.30 OLEH PPD.
- JAMUAN RINGAN UNTUK JEMAAH HAKIM SAHAJA DISEDIAKAN PADA JAM 10.00 
   PAGI.
- URUSAN MAKAN MINUM PERSERTA DAN GURU PENGIRING TIDAK DISEDIAKAN.