My Social Link

Wednesday, July 15, 2009

SUKAN dan TEST

Cerita sukan sudahpun berlalu bagi tahun 2009. Menyaksikan Barium sebagai juara, diikuti Kromium, Helium dan Magnesium. Setelah beberapa tahun mengidamkan juara akhirnya Barium mengotakan semangat yang Bisa Berbisa. Ternyata sengatannya tahun ini melemahkan rumah2 yang lain.

Sekarang cerita akademik pula... sejak semalam hingga esok Ujian Julai pula yang terpaksa dihadapi oleh pelajar2 smsld. Ntah boleh jawab ke tidak..alkmaklum baru saja habis sukan. Jangan fikiran masih ditengah padang sudahlah.

Berdasarkan pemerhatian semasa.. kualiti jawapan pelajar pada tahap sederhana, dan sedikit menampakkan ketidaksediaan untuk menghadapi ujian. Nak tunggu hingga betul2 bersedia... sampai bila ya?... mcm selalu tak bersedia je..

Anyway mudah2an keputusan korang semua amat2 membanggakan... selamat berjaya..

Tuesday, July 7, 2009

Kejohanan Sukan Sekolah 2009

Sejak semalam..kejohanan sukan sekolah telahpun bermula. Menyaksikan rumah Barium, Kromium, Magnesium dan Helium berentap menunjukkan kehebatan masing-masing merebut siapakah juara sukan tahun ini. Beberapa tahun sebelum ini macam tidak digugat Kromiun dinobatkan juara sukan. Namun tahun ini belum pasti siapa juara... adakah Kromium mahu kekalkan kejuaraan tersebut.. atau mungkin terkena sengatan jengking berbisa dari Barium, atau semburan naga Magnesium, atau cakaran helang Helium.

Biarlah padang SMSLD menjadi saksi semua itu. Yang penting persiapan rumah2 sudah mantap menyerlah hanya menunggu wisel pemula acara. Ex students di luar sana datanglah memberi sokongan kepada pasukan anda...

Jangan lupa undi juara sukan di sebelah

Sunday, July 5, 2009

Kelas Al-Quran 2 Mutiara

Alkisah malam ni 5.7.09 berlangsungnya kelas Al-Quran kali ketiga. Hangin dibuatnya bila sampai jam 8.30 malam belum ada pelajar yang menunggu dalam kelas. 2 aspura datang jumpa aku bagitau ada aspura lain yang tak mahu turun. Dalam hati siap diorang nanti aku demerit berganda2 ganda2.. baru padan muka.

Aspuri pula sorang pun tak nampak batang hidung.. mesti mahu mengelak denda tak hafal hafazan tu.. siap korang aku demerit jugak berganda2... baru padan muka.. jam 8.45 malam barulah diorang tu semua terhegeh2 datang melenggang ke kelas senyum2 kambing macam kerang busuk... muka bersalah la tu.... actually aspuri katanya ada meeting tergempar di asrama.

jadi akhirnya kelas berlangsung jua sekalipun 5 orang tak past bacaan hafazan.. aku tunggu minggu depan.. jangan harap nak escape yer..lubang cacing aku cari.

ok... nak sambung kelas ni...diorang tak sabar dah nak kena denda tu... wassalam

TEKNIK MENJAWAB P.ISLAM PMR SPM


Berita baik untuk calon2 PMR dan SPM SMSLD. Seperti tahun2 sebelumnnya Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dan Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan ceramah teknik menjawab soalan Pendidikan Islam bagi calon PMR dan SPM 2009.

Tarikh yang dicadangkan ialah pada 19-21 Julai 2009 ni. Penceramah didatangkan khas dari semenanjung (Kuala Lumpur). Diharap para pelajar sekalian tidak mensia2kan peluang ini untuk bertanyakan tips2 penulisan jawapan yang berkesan atau kaedah2 menjawab yang lain kepada penceramah. InsyaAllah pengalaman2 dan ilmu2 yang dimilikki oleh penceramah akan dikongsi dengan pelajar2 sekalian.

Ingat ! ! harapan kita tahun ini mengejar semaksimum A yang ada, terutamanya bagi SPM.. pastikan tahun ni kita memperolehi 98 1A kesemuanya. Jangan biarkan satupun tercicir.. you can do it.

UJIAN PAFA

Wahai putera puteriku calon SPM 2009 di bumi SMSLD. Jangan lupa ujian PAFA wajib dijalankan. Sila berjumpa dengan saya selewat2nya 31 Julai ni. Lepas tu memang aku tak layan dah..Ingat kalau tak buat Ujian ni slip SPM tak cantik.. UJIAN PAFA GAGAL.. itulah ayat yang ada pada korang nanti kalau tak buat.

Mana2 pelajar yang dah hilang buku PAFA tu, pandai2lah beli atau bagi jer saya belikan dengan harga RM3 sebuah. Jangan kirim airu liur sahaja. Janganlah takut hadapi ujian ni..senang bai tu.. perkara2 asas dalam kehidupan saja. Bagi yang pernah azan di masjid tu memang confirm saya tak test dah, tapi yang belum pernah lagi wajib azan di masjid sekurang2nya sekali pada waktu subuh.

Datanglah cepat untuk ujian ini sebelum subuh Ogos 2009.. saya tunggu ! ! wassalam