My Social Link

Friday, April 11, 2014

Alhamdulillah P.I SPM 2013 - Siapa di sebalik Kejayaan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Syukur alhamdulillah untuk tahun ke 7 berturut-turut P.Islam SPM SM Sains Lahad Datu masih lagi mengekalkan 100%A dalam keputusan yang diumumkan baru-baru ini. Guru mana yang tidak gembira apabila melihat anak didik mereka senyum tanda kepuasan pencapaian dalam matapelajaran teras ini.

Namun dalam menghayati konsep syukur ini, saya perlu melihatnya dalam dimensi yang berbeza apabila pengekalan semua pelajar mendapat A ini sebenarnya tidaklah menunjukkan peningkatan yang membanggakan. Dengan hanya kenaikan 0.01 mata dari 0.60 dalam SPM 2012 belum cukup untuk  saya menyatakan rasa puas apatahlagi jauh tersasar daripada sasaran sebenar.

Berikut merupakan sejarah pencapaian 100% A P.Islam SPM SM Sains Lahad  Datu sejak tahun 2007 :

1. Tahun 2007 - GP 1.095 - Ranking ke 10 daripada 51 buah sekolah berasrama penuh
2. Tahun 2008 - GP 1.138 - Ranking ke  6  daripada 51 buah sekolah berasrama penuh 
3. Tahun 2009 - GP 0.653 - Ranking ke 12 daripada 51 buah sekolah berasrama penuh
4. Tahun 2010 - GP 0.318 - Ranking ke   1 daripada 54 buah sekolah berasrama penuh
5. Tahun 2011 - GP 0.424 - Ranking ke  4  daripada 55 buah sekolah berasrama penuh
6. Tahun 2012 - GP 0.424 - Ranking ke  7  daripada 57 buah sekolah berasrama penuh
7. Tahun 2013 - GP 0.596 - Ranking ke  7  daripada 60 buah sekolah berasrama penuh

Pencapaian yang dikecapi ini memberikan kepuasan tersendiri bagi diri saya biarpun flow pencapaian gred tidak stabil setiap tahun. Terima kasih tidak terhingga kepada isteri tersayangku yang sentiasa memberi sokongan moral dan semangat sepanjang usaha mencipta kejayaan itu. Dia tidak pernah mengeluh biarpun menjaga 3 orang anak sendirian di rumah apabila saya ada kelas malam di sekolah. Amat saya hargai pengorbananya .. dan setiap kali keputusan SPM diumumkan dialah insan pertama yang saya ucapkan terima kasih dan kongsikan kejayaan hingga mengalirkan airmata kepuasan setelah berusaha serta sokongan padu daripada isteri tercinta.

Buat pembaca di luar sana khususnya para suami .. hargailah isteri kita yang sentiasa menyokong kerjaya kita. Bila mana kita hendak berkursus dialah yang paling sibuk mengemas pakaian suami ke dalam bagasi sambil bertanya "abang nak pakai slack berapa helai..kemeja berapa helai..nanti sampai hotel terus hang kemeja tu dalam almari". Bila mana kita belum makan lagi dialah yang paling marah, katanya "buat kerja tu sampai takde masa makan ke..?". Bila mana kita lambat tidur buat kerja dialah yang paling bising.."abang ni tiap2 malam tidur lewat..tak penting kesihatan ke?"... dan banyaklah lagi bebelan isteri yang kadang-kadang para suami tak pernah menghargainya, sedangkan bebelan dan leteran para isteri itu adalah 'caring and concern' darinya kepada suami.

Tahun 2014 ini sukar untuk diafsirkan dalam mencari semangat dalam berkerja. Apa yang bermain di fikiran hanya satu penghijrahan mencari kesempurnaan.  Bukan kerana benci sekolah ini.. bukan kerana LD adanya PATI keturunan Kiram.. bukan kerana dah hampir 14 tahun berkhidmat di sini... dan bukan kerana lainnya yang tidak seronok di sini TAPI kerana di Lahad Datu ini tiada isteri dan tiada anak-anak. Mereka sudah berhijrah...dan hijrah mereka memerlukan saya sebagai suami dan bapa kepada 4 orang anak. Sukar mereka di Johor sana dan lemah saya di Lahad Datu sini.

Amat diharapkan bermula Jun 2014 ini dapat bertugas di sekolah yang baru yang merapatkan kembali hubungan kekeluargaan kami sekeluarga dengan pelaksanaan tanggungjawab dan amanah yang sepatutnya. Bersabarlah wahai isteri dan anak-anakku.. doakan abang dapat berhijrah ke Batu Pahat juga..
Wallahu a'lam.