My Social Link

Tuesday, October 6, 2015

MODUL X A-PLUS SPM SBP 2015 (PENDIDIKAN ISLAM)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Alhamdulillah 28 Sept hingga 1 Oktober baru - baru ini telah berlangsungnya program X A-Plus SPM Sekolah Berasrama Penuh di Puteri Resort Air Keroh, Melaka. Program yang kali kedua diadakan itu dihadiri oleh 200 pelajar SPM terpilih daripada sekolah SBP seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Bagi kali kedua juga lah ana diamanahkan untuk menggubal modul dan penceramah program tersebut bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

Pelajar yang terpilih adalah pelajar yang disasarkan mendapat semua A+ dalam semua mata pelajaran. Dan pemilihannya adalah berdasarkan pencapaian Peperiksaan Percubaan SPM peringkat SBP.

Bersama ini dimuatnaik bahan modul dan skema yang digunakan dalam program tersebut sebagai perkongsian kepada rakan - rakan guru dan pelajar di luar sana. Modul ini dibuat hanya untuk bahagian Tilawah Kefahaman, Hadis Kefahaman, Aqidah dan Ibadat sahaja, iaitu bahagian - bahagian utama dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.
 Tajuk yang terdapat di dalam modul tersebut merupakan tajuk - tajuk yang telah dianalisis sebagai tajuk penting untuk SPM tahun ini. Diharapkan modul ini dapat membantu anak - anak calon SPM 2015. InsyaAllah A+ dalam tangan anda. 

Muatturun Modul klik sini
Muatturun Skema klik sini