My Social Link

Friday, February 19, 2010

Rumusan Ujian Feb. P.Islam 2010

Sepanjang cuti Tahun Baru Cina ni penulis hanya habiskan masa untuk 'marking' kertas Ujian Februari 2010 yang berakhir 9.2.10 baru ni. Tujuan penulisan ini untuk merumuskan kesalahan-kesalahan yang murid-murid tingkatan 5 lakukan semasa menjawab soalan ujian tersebut. Antara perkara yang dapat dikesan dan dirumuskan sebagaimana berikut;-
1- Murid tidak menulis pendahuluan jawapan.
2- Jawapan yang diberikan terlalu umum dan tidak spesifik kepada kehendak soalan seperti
jawapan 'dapat pahala'.
3- Terlalu banyak jawapan yang mempunyai maksud yang sama dalam satu-satu soalan.
4- Terlalu lemah dalam penguasaan hukum tajwid.
5- Murid gagal mengingati fakta-fakta seperti Jenis-Jenis Kafir dengan baik.
6- Tulisan tidak kemas, kecil dan sukar untuk dibaca.

Ujian Februari ini adalah ujian pertama bagi murid-murid di tingkatan 5 tahun ini. Harapnya mereka dapat mengambil iktibar dari apa yang telah dirumuskan ini agar ujian atau peperiksaan akan datang dapat dijawab dengan baik seterusnya mendapat markah yang membanggakan.