My Social Link

Sunday, August 30, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Setelah sekian lama menyepi, alhamdulillah saat ini aku berkesempatan menyoret kata-kata dalam blog ini. Hari ni sudah 9 hari kita di bulan Ramadhan. Adakah selama tempoh itu sudah banyak amal ibadat yang telah dilakukan, yang mungkin lebih banyak dari bulan2 biasa.

Pada hakikatnya ramadhan bukan saja bulan yang mewajibkan umat Islam berpuasa, semata-mata berlapar menahan lapar dan dahaga. Banyak hikmah yang tersirat di sebalik berpuasa di bulan ini, bulan yang telah Allah nyatakan padanya ada lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan.

Pada bulan yang mulia ini kita lihat banyaknya amalan2 sedekah dilakukan oleh umat Islam sama ada ke rumah anak yatim, golongan fakir miskin atau golongan2 yang memerlukan bantuan. Kenapa kurangnya amalan tersebut pada bulan2 yang lain?. Ini kerana mereka mengejar fadhilat ramadhan yang berlipat kali ganda yang dijanjikan oleh Allah SWT disamping menunaikan zakat fitrah yang wajib.

Perlu diperbetulkan di sini niat kita dalam memberi sedekah kepada orang lain bukan semata2 inginkan fadhilat atau pahala dari Allah bahkan yang lebih utama ialah untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Teringat pula dalam bait2 doa tokoh sufi Rabiatul Adawiah "Ya Allah ya tuhanku sekiranya aku beibadat ini semata2 inginkan syurga kau maka kau haramkanlah aku daripada memasukinya, Ya Allah ya tuhanku sekiranya aku beribadat semata2 takutkan neraka kau maka kau campaklah aku ke dalamnya, Ya Allah ya tuhanku sekiranya aku beribadat ini semata2 mengharapkan keredhaan Kau makan janganlah engkau menghalanku daripada menemui kau kelak"

Sedekah ini juga bukan semata2 untuk mendapatkan nama, atau untuk muncul di kaca tv dan media agar semua orang tahu yang kita ini warak dan suka memberi sedekah kepada orang susah.

Ramadhan adalah satu madrasah (sekolah) yang mengajar kita memperbanyakkan perhambaan kita kepada Allah melalui ibadat2 wajib mahupun sunat. Justeru amal ibadat yang dikerjakan pada bulan ramadhan adalah sebagai latihan kepada orang Islam agar amal2 tersebut diteruskan juga pada bulan2 yang lain.

marilah sama2 kita pertingkatkan ibadat dalam bulan puasa ini yang masih berbaki 20 hari.