My Social Link

Sunday, April 18, 2010

Naib Johan MTQ Zon Tenggara






Syukur alhamdulillah pada 17 April 2010 semalam Daerah Lahad Datu diisytiharkan Naib Johan Keseluruhan MTQSS Zon Tenggara yang disertai bersama Daerah Tawau, Kunak dan tuan rumah Semporna. Johan sebagaimana yang dijangka ialah Daerah Tawau yang menampilkan ramai peserta-peserta yang hebat yang pernah ke peringkat negeri Sabah tahun 2009.

Semangat untuk menang memang sentiasa ada dalam diri peserta-peserta L.Datu biarpun tahu adanya johan-johan menunggu dari Daerah Tawau. Malam sebelum pertandingan memang latihan diadakan tanpa mengira waktu. Kesungguhan pelajar dan kegigihan ustaz-ustaz melatih pelajar mengikut kepakaran masing-masing langsung tidak mempedulikan jam yang sudah 12.30 malam. Terutamanya acara tilawah dan hafazan.

Penat lelah kami berhasil apabila selepas pertandingan timbalan ketua jemaah hakim mengumumkan L.Datu mememangi 3 emas, 4 perak dan 4 gangsa.

Johan (Tilawah Rendah L - Ahamd Badrul Mohd Rasid SK Amalania)
Johan (Tilawah Rendah P - Siti Aisyah Buwathy SK L.Datu 2)
Johan (Hafazaan Menengah P - Nur Farahin Ab. Razak SM Sains L.Datu)
Naib Johan (Tilawah Menengah L - Muhammad Auzai Asmat SM Sains L.Datu)
Naib Johan (Tilawah Menengah P - Nurhatikha Mohd Yunus SM Sains L.Datu)
Naib Johan (Syarahan Agama L - Muhd Norhasan Thani SM Sains L.Datu)
Naib Johan (Hafazan Menengah L - Luqmanul Hakim Zaharullah SM Sains L.Datu)
Ketiga (Bercerita P - Nor Sakinan Marorang SK L.Datu 2)
Ketiga (Bercerita L - Muhd Rusyaidi Joseph SK. Jeroco)
Ketiga (Hafazan Rendah L - Ibnu Hisyam Mohd Jailani SK L.Datu 2)
Ketiga (Hafazan Rendah P - Nurul Arinah Awfiyah Sjaharuddin SK. St. Dominic0

Tahniah diucapkan buat semua peserta yang berjaya dan juga kepada guru-guru pengiring merangkap jurulatih ; Ustaz Mohd Fairus Ismail. Ustaz Nik Mohd Sofri, Ustaz Ridza Abdu, Ustaz Fakhrul Anuar, Ustaz Shahizam, Ustaz Nazri, Ustazah S Rafidah, Ustazah Latifah Adam, Ustazah Siti Rahayu dan tidak lupa kepada Hj Abdul Hj Using wakil PPD Daerah L.Datu selaku Timbalan ketua kontinjen..

Dari Pengurus Kontinjen MTSS Daerah L.Datu 2010