My Social Link

Tuesday, May 6, 2014

Selamat Menempuhi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Buat para pelajar yang dikasihi, semua guru dan warga SEMSALD mendoakan agar anda semua dapat menjawab peperiksaan pertengahan tahun ini dengan jayanya. Semasa berdoa pohonlah keredhaan dan keberkatan ilmu daripada Allah dan bukan memohon kejayaan semua A semata-mata. Sesugguhnya orang yang berjaya dalam erti sebenar adalah orang yang mendapat keredhaan Allah dalam ilmunya. Inilah kejayaan hakiki yang membawa ke akhirat. Namun bagi orang yang mendapat kejayaan tanpa redha Allah cukup sekadar di dunia sahaja. Bahkan akan menemui kegagalan dan kegelisahan. Selamat Maju Jaya. عيكم باتوفيق والنجاح 

Program Gempur Tajwid 2014

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Pelajar mencari contoh hukum tajwid
       Musim peperiksaan menjelang lagi, para pelajar SEMSALD menjadi pelajar yang paling sibuk di sekolah ini, membawa segala nota dan bahan bacaan kemana sahaja, waktu untuk 'stay up' di asrama  pun dimanfaatkan sepenuhnya oleh mereka. Sebagai seorang guru saya juga mengambil peluang untuk memberi persediaan secukupnya kepada pelajar terutamanya untuk menghadapi peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Islam.

    Tanggal 3.5.14 satu program telah dijalankan untuk para pelajar tingkatan 5. Program 'Gempur Tajwid' merupakan satu program yang amat ditunggu - tunggu oleh para pelajar, sekaligus dapat menambah penguasaan dan pengukuhan mereka dalam bab tajwid setelah mencapai keputusan yang kurang memuaskan dalam Ujian Februari dan Ujian Pertengahan Penggal 1.

        Pada malam tersebut saya lebih memfokuskan kepada hukum-hukum tajwid yang asas iaitu, Nun Mati dan Tanwin, Mim Mati, Qolqolah, Alif Lam, dan Mad-mad. Alhamdulillah para pelajar menunjukkan respon dan minat yang baik semasa penerangan tentang sesuatu hukum yang diselangi contoh bacaan yang betul oleh guru dan dikuti oleh bacaan pelajar. Secara umumnya para pelajar memang telah menguasai hukum-hukum tajwid tersebut berdasarkan pembelajaran mereka sebelum ini namun ianya jarang diaplikasikan dalam bacaan mereka menyebabkan pelajar teragak-agak dan keliru untuk menentukan sesuautu hukum dan membacanya dengan betul.   Saya berharap para pelajar ini dapat menguasai hukum-hukum tajwid dengan baik dan bersedia untuk menempuh peperiksaan Pendidikan Islam hari Selasa 6.5.14 nanti.  Di akhir program para pelajar dihidangkan dengan pelbagai lagu nasyid dan qasidah serta bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang menggunapakai hukum tajwid yang betul. InsyaAllah program ini akan sentiasa diadakan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian agar penguasaan hukum tajwid dalam kalangan pelajar sentiasa pada tahap yang terbaik . Program seterusnya nanti ialah pada 7.5.14 iaitu gempur Jawi untuk para pelajar tingkatan 3 pula. InsyaAllah. Para pelajar yang ingin mendapatkan bahan Tajwid tersebut boleh download di sini.