My Social Link

Wednesday, July 9, 2014

Selamat Tinggal Lahad Datu...SEMSALD di Hatiku

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Syukur alhamdulillah .. setelah beberapa bulan berhempas pulas ... merayu sana sini untuk proses pindah akhirnya pertengahan Jun membawa berita gembira. Semasa di dalam majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang SBP di Hotel New York JB..terima satu whatsapp daripada seorang pegawai SBP mengkhabarkan berita perpindahanku yang akan diluluskan seawal Julai 2014. Syukur padaMu Allah akhirnya munajat kepadaMu doaku sekeluarga dimustajabkan.

Pelbagai keperitan dilalui sepajang tempoh kelulusan perpindahan itu, namun aku terimanya sebagai satu ujian dan hikmah untuk lebih mendekatkan diri ini kepada pencipta alam semesta Yang Maha mengetahui isi hati hambanya. Iktibar daripada itu banyak yang boleh aku nukilkan terutama mengenai kerenah manusia yang bijak dan lembut hati menabur janji sedangkan hakikatnya tidak sama bagai yang dikata. Namun biarla ia menjadi kenangan terindah dalam hidupku untuk mematangkan diri dan menghadapi hari-hari yang penuh dugaan ini

Selamat tinggal Lahad Datu ... satu ungkapan yang penuh erti dalam sejarah hidupku. Tidak sebagaimana guru lain yang berpindah yang hanya berkhidmat 3 hingga 5 tahun sahaja. Delima dalam perasaan antara gembira akan bersama keluarga semula dan sedih meninggalkan SM Sains Lahad Datu. Hampir 14 tahun berbakti di sebuah sekolah yang dahulunya menjadi sebutan kerana tiada air..tercorot dalam PMR dan SPM dan kini menjadi sebutan kerana cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk peperiksaan PMR dan SPM hinggakan dianugerahkan sebagai sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan. 

Diri ini menjadi saksi jatuh bangunnya sekolah ini...menjadi saksi perpindahan guru-guru saban tahun sejak 2001 sambil hati kecil berkata..bilakah giliranku pula untuk berpindah... menjadi saksi hadirnya guru-guru baru yang dahagakan pengalaman menjadi guru.. dan pelbagai lagi saksi yang tidak mampu dinukilkan di sini. Namun disebalik persaksian itu banyak kenangan manis dan pengalaman yang diperoleh sepanjang berbakti di sana antaranya; 

1) 8 tahun menjadi warden asrama
2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2004
3) Anugerah Guru Inovatif Daerah 2008
4) Anugerah Khas PPD 2011
5) Panel Penggubal Soalan SPM SBP 2005 - 2010
6) Penceramah Teknik Menjawab SPM P.Islam 2005 - 2014
7) Jurulatih Hafazan MTQ Sabah 2009
8) Hakim Hafazan MTQ Negeri Sabah 2014
9) Hakim Hafazan MTQ Kebangsaan 2014
10) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013
11) Panel Penggubal Soalan Hafazan MTQ Negeri Sabah 2014 
12) Guru Cemerlang Pendidikan Islam 2009 - Sekarang
13) Penceramah Jemputan KAFA - JAKIM 2010 - 2012
14) Tutor Sambilan OUM Sabah Cawangan Lahad Datu.
15) Anugerah Emas SPM P.Islam 100% A 2007 - SBP Kebangsaan
16) Anugerah Emas SPM P.Islam 100% A 2008 - SBP Kebangsaan
17) Anugerah Emas SPM P.Islam 100% A 2009 - SBP Kebangsaan
18) Anugerah Emas SPM P.Islam 100% A 2010 - SBP Kebangsaan
19) Anugerah Emas SPM P.Islam 100% A 2011 - SBP Kebangsaan
20) Anugerah Emas SPM P.Islam 100% A 2012 - SBP Kebangsaan
21) Anugerah Emas SPM P.Islam 100% A 2013 - SBP Kebangsaan
22) Jurulatih Hafazan (Nurhaedah Buwathy) 2007 - Kebangsaan
23) Jurulatih Hafazan (Nurhaedah Buwathy) 2009 - Kebangsaan
24) Jurulatih Hafazan (Nurfarahin Ab. Razak) 2010 - Kebangsaan
25) Jurulatih Hafazan (Nilie Syamila Md. Isa) 2012 - Kebangsaan

dan banyak lagi kenangan-kenangan yang amat menggamit perasaan yang membuatkan aku menangis semasa ucapan akhir perpindahan. Lenangan air mata yang berterusan membayangkan betapa sayangnya diri ini pada Sekolah Menengah Sains Lahad Datu ini. Di sebalik yang manis terselit pelbagai kenangan pahit khususnya buat kami sekeluarga antaranya terlibat dengan kebakaran kereta pada 12 Jun 2011 di Kg. Paris 3... sungguh menakutkan dan menyedihkan kami pada waktu itu. 

Kesimpulannya kehidupan kami sekeluarga di Lahad Datu amat memberi sejuta kenangan khususnya perkembangan profesion sebagai seorang guru. Begitu juga dengan anak-anak..mereka sudah selesa dengan cara mereka dan persekolahan yang banyak merangkul pelbagai anugerah buat mereka. Tetapi tidak bagi isteriku..biarpun menjadi Guru Besar di sebuah sekolah agama di Lahad Datu namun tiada jaminan kerja untuk terus berkhidmat dengan jawatan tersebut yang dibayar sedikit elaun dan berdasarkan kontrak tahunan. Memikirkan kehidupan masa hadapan kami di tambah pula dengan bilangan ahli keluarga yang semakin bertambah maka satu penghijrahan dan pengorbanan perlu kami lakukan. Dengan rezeki dan izin Allah isteri mendapat tawaran kerja tetap sebagai Penolong Pegawai Agama dan perlu berpindah ke semenanjung ...Dengan rasa berat hati dan sayang pada keadaan sekarang aku korbankan dan izinkan isteri dan anak-anak terlebih dahulu meninggalkan bumi di bawah bayu ini... BERSAMBUNG