My Social Link

Sunday, May 30, 2010

4 jam di Kota Kinabalu

Salam satu agama satu akidah buat semua..

Hari ni 30 Mei 2010 tiba lagi aku di K.Kinabalu, bukan untuk bercuti sekalipun sekarang musim cuti sekolah tapi untuk mengiringi peserta MTQ sekolah ke kebangsaan yang akan berlangsung di UMT nanti. Tapi aku hanya mengiringi Nur Farahin setakat di K.Kinabalu sahaja, untuk destinasi KL dan Terengganu akan diurus oleh Us. Rafi dan Ust. Asmawati.

Penerbangan dari L.Datu jam 8.20 pagi. Kami bertolak dari rumah seawal jam 7 untuk bersarapan dan mencari parking yang sesuai. Adapun pelajar ku ni tak tahupun yang aku iringnya hingga ke KK, saja je. Sampai di KK 15 minit awal disebabkan cuaca amat baik. Di aiport KK sedang menanti us.Bob untuk urusan seterusnya. Bukan sahaja kami yang ditunggu, peserta dari Tawau dan Sandakan juga.

Sambil menunggu peserta dari Sandakan, terjumpa la pula Nur Fadhilah Lahaning dan Ahmad Fitri keluar dari balai berlepas yang akan ke KL-JPN jam 10 nanti. So sembangla kejap. Bila peserta dari Sandakan sampai sekali tengok macam kenal je.. rupanya bekas student SMS juga, tapi sebulan je la di SMS then balik ke Bukit Garam. Namanya Nursakina Arip kalau tidak silap. Sempatlah aku mengajarnya masa di 4M.

Us. Rafi macam pening mengurus dokumen-dokumen peserta, tambah pulak ada beberapa orang lagi yang belum sampai. Memang kelam kabut lagi apabila seorang peserta tiada borang kebenaran ibu bapa untuk menyertai pertandingan.

Jam 11.10 dorang semua masuk balai berlepas termasuk akupun, tapi destinasi berbeza... aku pulang semula ke Lahad Datu.. jam 1.20 nanti. Nak dijadikan cerita akupun mengiringilah jugak masuk ke balai berlepas.. yang ke KL pintu A4 aku pintu A2. Sangkaanku masuk je pintu mana-mana nanti masa di bawah boleh ke sana sini jugak seperti sebelum ini. Namun kali ini lain bila dah masuk pintu untuk berlepas tak boleh lagi berjalan sana sini.. pi tandas pun minta kebenaran then kena masuk dari awal balik.. checking... huh huh

Dipendekkan cerita tak sempatlah aku bagi kata-kata semangat untuk peserta ku.. sebabnya berlainan pintu balai berlepas ... takpe nanti sms je lah.. sekarang ni aku di luar balai ketibaan menikmati nasi udang asam manis. Mak oi RM12.90 sepinggan, rasanya taklah hebat sangat.. berganda-ganda sedap kalau isteri aku masak. Bedal jugak la lapar punya pasal..

Ni sat gi nak solat.. pastu masuk balai berlepas balik... k nak habiskan nasi dulu.. air bekal mineral je... save budget.. wassalam

Saturday, May 22, 2010

Demam Peperiksaan

Demam peperiksaan kembali lagi setelah berpenat lelah dengan pelbagai aktiviti-aktiviti sekolah. Bermula 13 Mei 2010 bermulalah Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 hinggan 26 Mei nanti. Manakala bagi tingkatan 1,2 dan 3 ianya bermula 17 hingga 25 Mei 2010.

Bersedia atau tidak, takwim sekolah wajib diikuti oleh semua pelajar dan guru. Bagi setengah pelajar mungkin peperiksaan kali ini dijadikan sebagai medan untuk membalas dendam atau menebus kekecewaan dalam Ujian Februari dan Ujian Pertengahan Penggal sebelum ini. Ada juga di kalangan mereka yang ingin menjadikan peperiksaan ini untuk membaiki kedudukan dan gred purata mereka walaupun telah cemerlang sebelum ini. Di sebalik itu ada juga pelajar yang langsung tiada mengharapkan apa-apa dalam peperiksaan kali ini, sekadar bergantung kepada nasib dan takdir. Pendek kata golongan ini macam langsung tiada semangat untuk bersaing sesama rakan untuk menguasai ilmu pengetahuan.

Ayuh bagunlah wahai anak-anak didikku, celikkan mata seluasnya lihatlah sekarang sudah hampir pertengahan tahun. Kalau masih dibuai mimpi dan mengigau setiap hari bagaimana dapat untuk menyedari realiti. Bagi calon PMR dan SPM tahun ni, masa yang tinggal bagaikan sekelip mata. Kadang-kadang kita terleka kerana banyakknya aktiviti kurang bermakna berdiari dalam kepala. Ayuh bangun, jangan kau tidur masa exam tu, jawab betul-betul dengan yakin dan jangan dipedulikan kawan sebelah yang berdengkur...Ayuh bangkitlah ... tebuslah kekecewaan dalam ujian-ujian sebelum ini. Buangkan sifat malas, dengki, khianat yang bersarang dalam hati.

Bila kita berjaya tiada sebab guru bertanya kenapa. Tapi kalau gagal seribu satu alasan sudah direka bersedia dijawab bila guru atau bapa bertanya. Itulah manusia..

Selamat Berjaya ... مع التوفيق والنجاح

Friday, May 7, 2010

MTQ Negeri Sabah 2010


Assalamualaikum semua... fuhhh !! lama jugaklah tak update blog ni. Terlalu sibuk dengan urusan-urusan sekolah yang kadang-kadang bagai tidak cukup masa dibuatnya.

Semalam 6.5.10 penulis bersama 2 orang sahabat dari Pejabat Pelajaran Daerah L.Datu (Us. Abu Samah) dan SMK Tungku (Us. Nazri) memulakan perjalanan ke Kota Kinabalu tepat jam 3.10 petang. Bagi penulis memang sudah lama tidak ke KK menggunakan jalan darat sudah pasti terbayangkan kepenatan dan jauhnya destinasi itu. Berbekalkan semangat MTQ yang tinggi semua rasa itu ditolak tepi sekalipun keadaan jalan membantut kelancaran perjalanan kami.

4 orang peserta dari Lahad Datu dalam Majlis Tadarus Al-Quran peringkat Negeri Sabah merupakan penyebab mengapa kami menuju ke KK. Dengan harapan ada kejayaan yang bakal dibawa pulang nanti. Kami ke sana bukannya sebagai guru pengiring tapi sebagai wakil khas dari PPDLD yang diatur oleh pemangku K.Unit P.Islam PPDLD Ustaz Abu Samah.

Jam 11 malam kami sampai di KK dan terus menyewa di Winner Hotel.. memang kepenatan, lepas kemas2 dan urus diri..semua terbungkam berbungkus hinggalah subuh esoknya. Pelajar kami yang mengikuti rombongan PPD Semporna sampai satu jam lebih awal dan menginap di SMKA Inanam.

Keesokan harinya 7 Mei 2010.. seawal pagi kami bangun mengurus diri, sarapan dan terus ke penginapan pelajar untuk sesi latihan, taklimat dan membawa seorang peserta kami (Siti Aisyah Buwathy) ke klinik kerana demam selsema. Latihan diuruskan oleh penulis sendiri bersama Ustaz Nazri untuk acara hafazan. Malamnya sesi latihan diteruskan sekadar termampu. Bagi perserta hafazan ini pastinya menjadi ‘ayam tambatan’ penulis kerana potensinya ada peluang untuk ke peringkat yang lebih tinggi. Saingan bagi acara hafazan menengah perempuan ini ialah dari Kota Belud.. Shahirah yang pernah mewakili Sabah tahun 2009 ke peringkat kebangsaan. Bagi sesi latihan tilawah rendah perempuan tidak dapat dijalankan dengan baik kerana pesertanya masih kurang sihat.

8 Mei 2009 – Pertandingan MTQ Negeri Sabah bermula seawal jam 8 pagi. Penumpuanku semestinya pada acara hafazan menengah perempuan yang mendapat giliran ke 12. Sementara itu sempat jugaklah dibuat latihan terakhir sebelum giliran dipanggil. Meneliti dan menghayati bacaan keseluruhan peserta dari awal sudah memberi keputusan awal bagi diri penulis untuk peserta harapan ini. Secara terperinci diperhatikan setiap bacaan kalimah-kalimah, tajwid, makhraj yang dibaca oleh Nur Farahin… Alhamdulillah semua soalan dapat dijawab dengan baik tanpa sebarang teguran, kini terserah kepada kebijaksanaan dan ketelitian para hakim menilai bacaannya. Bagi diriku biarpun dia sedikit gugup dan gementar mengalunkan ayat-ayat namun hati tetap puas dengan persembahannya… dia sudah buat yang terbaik sebagaimana penulis melatihnya sekadar yang termampu sekadar ilmu yang ada. Dalam hati biarpun tiada tempat dalam senarai pemenang namun hati tetap puas, padahal dalam hati sudah menilai sendiri yang peserta ini boleh jadi naib johan.

Tepat jam 8.45 malam keputusan diumumkan.. ternyata penilaianku tepat.. sekadar di tempat kedua.. syukurlah. Markah perbezaan hanyalah 3 mata berbanding johan. Bila ditanya rakan-rakan hakim.. puncanya ada kelemahan pada waqaf dan ibtida’ serta makhraj-makhraj huruf. Apa apa pun tahniah dan syabas NUR FARAHIN ABD RAZAK sebagai Naib Johan dan layak ke MTQ Kebangsaan sekalipun sebagai peserta simpanan. Bukan mudah untuk menempuhi laluan hingga ke peringkat ini lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali menyertainya.

MTQ Kebangsaan nanti akan berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu dari 31 hingga 3 Jun nanti. Sekiranya berpeluang diminta bersedia menggantikan Johan buatlah dan bacalah dengan penuh yakin… wassalam