My Social Link

Sunday, October 24, 2010

KHAS CALON SPM P.ISLAM 2010

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

KHUSUSNYA UNTUK CALON-CALON SPM 2010 YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN P.ISLAM TERUTAMA DARI SMSLD, SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH SEKITAR L.D DAN SESIAPA SAHAJA INDIVIDU ATAU SEKOLAH YANG MELAWATI BLOG INI -  TAJUK-TAJUK JANGKAAN DAN ANALISIS SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI 2010 BAGI MATA PELAJARAN P.ISLAM AKAN SAYA SIARKAN DALAM BLOG INI DALAM TEMPIH SEMINGGU DUA LAGI. BAHAN YANG DIMUAT TURUN ADALAH SECARA PERCUMA DAN RINGANLAH JARI MENULIS TERIMA KASIH PADA RUANGAN CHAT SAYA DI BLOG INI JUGA.

PESANAN SAYA, JANGAN HANYA BERGANTUNG KEPADA TAJUK-TAJUK JANGKAAN SEMATA-MATA. TUMPUKAN JUGA TAJUK2 YANG LAIN.

Solat Hajat & Restu Ilmu serta Jamuan Aidilfitri.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية
Debaran semakin kencang bagi calon-calon PMR yang akan mula bertarung pada 5.10.2010 nanti, manakala bagi calon SPM 23 Novermber 2010 bukanlah satu tarikh yang terlalu santai bagi mereka untuk tidak turut merasakan debaran. Pejam celik pejam celik saat dan minit berlalu pantas tanpa menyedarkan mereka. Pada tarikh itu, kelas ataupun dewan menjadi saksi bagaimana hebatnya pertarungan calon kali ini yang menggunakan pelbagai jenis senjata maknawi. Ilmu sebagai peluru, tangan sebagai senjata dan otak penentu sasaran. Kena atau tidak, tepat atau tersasar kini terpulang pada calon2 yang sudah lama bertapa di gua kecekalan, kesabaran dan pengorbanan. Penat jerih memerah otak, pedih kulit menahan sebat bersebab, badan berkeringat memusing bangunan dengan wajah yang tebal menanggung malu...semuanya itu latihan terancang dan tidak terancang untuk membuktikan calon2 ini benar-benar jaguh yang sedia berentap.

Sebagai usaha susulan kesungguhan pelajar memancing kecemerlangan PMR dan SPM, pihak sekolah dengan kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin pada 2 Oktober baru-baru ini. Kehadiran ibu bapa amatlah di luar jangkaan lebih ramai berbanding majlis ini pada tahun-tahun sebelum ini. Seawal jam 8.00 pagi pelajar-pelajar dan guru-guru menunggu kehadiran ibu tetamu dan ibu bapa yang datang dari Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Semporna dan Kota Kinabalu. Pengorbanan ibu bapa yang datang khususnya dari jauh memberi harapan dan semangat yang tinggi kepada anak-anak mereka untuk berjaya dalam peperiksaan.
Jam 11.00 pagi kehadiran ibubapa sudah memenuhi ruang utama solat di Masjid Nurul Iman ini. Tahun ini sedikit kelainan telah dibuat. Kebiasaannya majlis ini bermula pada waktu pagi, tapi kali ini dibuat selepas solat Zohor berjemaah. Ini sebenarnya untuk memberi peluang kepada ibu bapa yang datang dari jauh dalam keadaan selesa. Seusai bang Zohor En. Ahmad Mat Ali selaku PK HEM dan Penyelaras program ini menyampaikan sedikit kata-kata aluan dan seterusnya mejemput aku untuk mengimamkan solat Zohor seterusnya soloat hajat. Setelah itu majlis diteruskan lagi dengan bacaan Yasin yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Shahizam. Perjalanan akitiviti lancar sebagaimana yang dirancang.

Program seterusnya ialah Majlis Restu Ilmu pelajar PMR dan SPM yang berlangsung di dewan besar sekolah, Dewan Sri Bayu. Dimulakan dengan ucapan Pengetua dan YDP PIBG. Acara seterusnya ialah majlis bersalam-salaman dan mohon restu serta kemaafan antara calon-calon PMR dan SPM serta ibu bapa mereka dengan guru-guru serta ahli jawatankusa PIBG sekolah. Sesi bermaafan ini menyaksikan linangan-liangan air mata pelajar memohon kemaafan dengan guru, turut merasa kesedihan ialah ibu bapa mereka yang sama menitiskan air mata. Diharapkan linangan jernih air mata ini adalah tulus ikhlas dari hati sanubari pelajar dan sangat mengharapkan agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang berlalu. Suasana ini bertambah sedih apabila lagu-lagu keibubapaan dan rintihan seorang anak dikumdangkan di dalam dewan ini.

Kesinambungan program ini ialah jamuan hari raya untuk semua tetamu yang hadir, khususnya ibu bapa pelajar. Menu hidangan jamuan ini dimasak secara gotong royong oleh guru-guru dan beberapa ajk PIBG dan ketua chefnya Us. Puzi. Nasi beriani dan kurma ayam yang dimasak cukup untuk santapan semua tetamu yang hadir termasuk beberapa orang pelajar yang terlibat secara langsung. Selesai jamuan ini selesailah semua acara yang dirancang pada hari tersebut.

Moralitinya program ini ialah dapat mengeratkan hubungan yang kukuh antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan ajk-ajk PIBG, di samping dapat memberi keyakinan dan semangat yang tidak luntur untuk pelajar mencapai kejayaan dalam peperiksaan nanti. Diharapkan pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya apa yang tersurat dan tersirat daripada program yang dirancang dengan teliti ini. Juga diharapkan program-program seperti ini khususnya jamuan Aidil Fitri dapat diteruskan untuk kali ke 3 dan seterusnya pada tahun depan dan tahun-tahun akan datang.

Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Sunday, October 3, 2010

Amali Sembelihan kali ke-4

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

1.10.10 melakarkan satu sejarah dalam pengalaman hidup pelajar-pelajar tingkatan 4. Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini program amali sembelihan telah diatur dengan sebaik mungkin. Kali ini us. Shahizam sebagai penyelaras kepada program ini menggantikan us. Samsuddin yang telah berpindah ke PPD sebagai Ketua Unit P.Islam Daerah L.Datu.

Sebagaimana tahun sebelum ini, Panitia Pendidikan Islam SMSLD sekali lagi mendapatkan kerjasama yang sepenuhnya daripada Hafiz Farm bermula dari pembekalan ayam mentah (120 ekor), penyediaan tempat penyembelihan dan bantuan pemprosesan ayam. Aktiviti penyembelihan ini berjalan dengan lancar dan teratur. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan untuk memudahkan giliran penyembelihan dan dipantau oleh guru-guru Pendidikan Islam.

Sembelihan contoh diadakan dahulu dan penerangan kepada pelajar tentang cara memegang dan menyembelih ayam dengan betul. Seorang demi seorang pelajar mengambil giliran untuk menyembelih, ada yang menanti bagaikan tidak sabar dan ada yang menanti penuh dengan ketakutan terutamanya pelajar perempuan. Macam-macam reaksi dan gelagat pelajar-pelajar sebelum, semasa dan selepas menyembelih ayam ini. Ada yang memejamkan mata, ada yang hampir muntah melihat darah ayam, ada yang terlebih yakin dan ada yang betul-betul tidak yakin hinggakan pisau langsung tidak mengena urat merikh dan urat halqum. Akibatnya beberapa ekor ayam yang terputus kepala dan 4 ekor ayam yang tidak sah kerana menyembelih dua kali.

Program kali ini bagi aku sebagai KP P.Islam adalah berjaya berbanding tahun-tahun sebelum ini. Semua pelajar muslim berpeluang untuk menyembelih tanpa seorangpun yang 'escape'. Pada awalnya ada beberapa orang pelajar yang datang minta di'excuse'kan kononya mabuk darah, kesiankan binatang dan macam-macam alasan lagi. Atas dasar memberi pengalaman dalam syariat Islam ini aku paksa semua pelajar turut serta menyembelih. Program yang bermula seawal jam 2 ini berakhir jam 5 petang. Proses memotong ayam dilakukan dengan terancang dan sesegera yang mungkin untuk mengelak ke waktu malam seperti tahun 2009.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Hafiz Farm, Megaridwan, guru-guru SMSLD khususnya ahli panitia P.Islam atas kejayaan amali sembelihan kali ke-4 ini. Kepada pelajar-pelajar syabas dan tahniah kerana dapat menyembelih ayam dengan sempurna. Moga amali ini dapat diteruskan oleh pelajar dalam kehidupan harian... beli ayam hidup di pasar sembelihla di rumah, tunjukkan keyakinan ini kepada ibubapa anda.

sekian..