My Social Link

Friday, November 8, 2013

Analisis Soalan Percubaan Pendidikan Islam SPM 2013

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Harap semua pengunjung blog ini dalam keadaan sihat hendaknya khususnya para calon SPM 2013 yang sedang menempuh peperiksaan yang dinanti-nantikan. Tahun ini entah kerana apa saya disibukkan hinggakan blog ini tiada kesempatan untuk dikemaskini.

20 hb November ni.. tarikh peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Menjadi kebiasaan saban tahun saya akan kongsikan dengan rakan-rakan guru dan calon SPM semua tentang topik-topik yang perlu diberi perhatian lebih daripada yang lain. Ini bukanlah tajuk ramalan tapi hasil analisis soalan-soalan percubaan setiap negeri yang saya perolehi dikaji bersama-sama pelajar SM Sains Lahad Datu. Hasil analisis tersebut maka terbitlah beberapa tajuk yang perlu ditekankan. Untuk melihat hasil tersebut boleh klik disini atau pada ruangan download. Selamat mengulangkaji semua.