My Social Link

Thursday, November 25, 2010

Selamat Berjuang Anak Didikku - SPM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

23 November 2010 satu tarikh dan waktu yang lama dinanti-nantikan penuh debaran oleh pelajar kelahiran tahun 1993 ini untuk berhadapan dengan peperiksaan SPM, peperiksaan yang dianggap lebih penting berbanding yang lain. Gurupun sama turut menanti-nantikan waktu ini lebih-lebih lagi diriku ini. Tarikh 23 ini adalah ulangtahun kelahiranku yang 32 (makin tua sudah rupanya).

5 tahun pelajar SPM 2010 di SMSLD ini pelbagai pahit maung, suka duka sedih gembira dan sebagainya berusaha mengumpul ilmu yang cukup untuk berhadapan dengan peperiksaan yang besar ini.  Begitu juga dengan para guru yang tidak henti-henti merancang sesuatu yang terbaik untuk anak didiknya, siang dan malam, pagi dan petang bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru yang memang mencabar lebih-lebih bertugas di sekolah berasrama penuh ini. 

Guru tidak mengira berapa kali kelas tambahan yang dibuatnya untuk pelajar dan berapa kos menyediakan bahan itu dan ini untuk mereka, tetapi guru akan mengira berapa ramai pelajarnya yang cemerlang dan terbaik dalam peperiksaan SPM ini tanpa mengharapkan satu sen pun daripada mereka. 

Buat anak-anak didik calon SPM SMSLD 2010 buatlah yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda agar perancangan masa hadapan yang masih jauh dapat ditempuhi dengan penuh kesenangan. Sesungguhnya telah menggunung usaha yang sama-sama kita lakukan dan melaut strategi yang kita rancangkan. Kini dakila ia renangilah ia dengan penuh keyakinan, ketenangan dan penuh pengharapan daripada Allah agar kejayaan yang diimpikan menjadi kenyataan. 

Berdoa dan bertawakklah kepadaNya, Kami turut mendoakan kejayaan anda semua..
Good Luck, Semoga Berjaya dan مع التوفيق والنجاح 
والسلام   

Tuesday, November 23, 2010

STUDY ANALISIS INI - PART 2

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

ANALISIS KERTAS 1

Dalam bahagian ini memang amat sukar untuk dijangkakan tajuk yang akan keluar. Namun apa yang termampu saya lampirkan disini ialah tajuk-tajuk popular yang kerap ditanya dalam soalan percubaan negeri-negeri. Harapnya ia banyak membantu para pelajar dalam mempersiapkan diri menghadapi soalan sebenar nanti. Tajuk- tajuk tersebut adalah sebagaimana berikut ; DOWNLOAD


TAJUK-TAJUK POPULAR
KERTAS 1 (BAH.B)  P.ISLAM SPM 2010


Antara tajuk-tajuk yang popular (kerap keluar) hasil analisis soalan-soalan percubaan P.Islam SPM negeri-negeri 2010 ialah sebagaimana berikut ;

Bab Aqidah

1.      Ahli sunnah waljamaah (ASWJ), bandingan pandangan dan syiah-syiah
2.      Syirik, murtad, sihir, derhaka kepada ibu bapa, mencuri dan makan harta anak yatim
3.      Ajaran-ajaran sesat – bandingan iktikad, ciri-ciri, kesan dan cara elak
4.      Kemanisan iman

Bab Ibadah

1.      Sembelihan, korban dan aqiqah – pengertian, bandingan, syarat sah dll.
2.      Hak hadhanah dan anak angkat – syarat-syarat, gugur hak dll.
3.      Haji – dam, miqat, tahallul
4.      Isu rumahtangga – talak, rujuk, lian, nusyuz dan zihar.
5.      Tanggungjawab suami, isteri dan bersama.

Bab Adab

1.      Menjaga alam sekitar – pencemaran
2.      Dengan Rasulullah
3.      Ziarahi jenazah
4.      Musafir
5.      Hias diri
6.      Amar maruf nahi mungkar
7.      Hadiah dan sedekah

Bab Tamadun

1.      Ketenteraan zaman arrasyidin, umaiyah dan abbasiah – perbezaan, strategi perang.
2.      Faktor kegemilangan dan kejatuhan umaiyah dan abbasiah
3.      Khulafa arrasyidin – cara pelantikan, dasar pmerintahan, akibat membelakangi, polisi khalifah (usman dll).
4.      Kerajaaan umaiyah – ekonomi (pertanian dan perdagangan) dan umar abd aziz.
5.      Kerajaan abbasiyah – pendidikan, ekonomi, sains dan teknologi serta pembaharuan dalam ketenteraan.

Bab Tokoh

1.      Imam malik
2.      Ibnu khaldun
3.      HAMKA
4.      Imam Al-Ghazali
5.      Sayyid Jamaludin Al-Afghani
6.      Muhammad Abduh


NOTA :
PERKATAAN YANG BERWARNA TEBAL = PALING KERAP DITANYA

TAJUK-TAJUK DI ATAS HANYALAH JANGKAAN SAYA SAHAJA YANG MUNGKIN ADA MUNGKIN TIDAK DALAM SOALAN SEBENAR NANTI. 

LIHAT JUGA TAJUK TUDINGAN KERTAS 1 NEGERI JOHOR DI SINI

AMARAN KERAS : JANGAN HANYA BERGANTUNG KEPADA TAJUK-TAJUK DI ATAS SAHAJA TANPA MELIHAT KEPADA KESELURUHAN TAJUK YANG LAIN.

Monday, November 22, 2010

STUDY ANALISIS INI ?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

SALAM SEMUA

Akhirnya ada juga kesempatan untuk saya mengupdate blog yang hampir sebulan ditinggalkan ini. Sibuk memang terlalu sibuk dengan pelbagai urusan-urusan peribadi dan kerjaya. Fokus utama tulisan kali ini ialah semestinya mengenai tajuk-tajuk jangkaan P.Islam SPM yang pelajar hadapi 30 November nanti.

Ribuan kemaafaan saya pohonkan kepada rakan-rakan guru, pelajar-pelajar dan pengunjung blog ini yang menghubungi saya secara personal untuk mendapatkan bahan-bahan jangkaan PI SPM ini. Dan baru kali ini saya berkesempatan untuk memuatnaikkannya.

Bahan yang saya uploadkan ini adalah hasil analisis dan pengamatan saya sebagai guru P.Islam SPM hampir 10 tahun bersama dengan pelajar tahun ini. Awal-awal saya nafikan segala bahan yang terkandung dalam tajuk jangkaan ini tiada kaitan secara langsung dengan soalan sebenar nanti. Sekiranya ada yang sama itu hanya secara kebetulan sahaja.

ANALISIS KERTAS 2

Secara umumnya mengetahui dalam kertas 2 ini hanya  bahagian TILAWAH KEFAHAMAN (TK), HADIS KEFAHAMAN (HK), KEMAHIRAN JAWI, HAFAZAN DAN ILMU TAJWID sahaja yang disoal dalam kertas ini. Pelajar boleh mengaut markah dengan banyak dalam kertas 2 ini terutamanya dalam bahagian TK, HK dan Hafazan. Bagi soalan TK (dari soalan 1 - 5) hanya 5 tajuk yang akan ditanya daripada 13 tajuk kesemuanya. Berdasarkan analisis soalan sebenar tahun-tahun sebelum ini hanya 2 tahun berlaku pengulangan dari tajuk yang sama iaitu tajuk Ciri-ciri Mukmin Berjaya (2004 & 2005) dan Nasihat Luqman Al-Hakim (2008 & 2009). Selain daripada itu tajuk-tajuk yang keluar adalah tidak sama dari tahun sebelumnya. Andaian yang mudah ialah mana tajuk yang keluar SPM tahun lepas mungkin tidak lagi keluar untuk tahun ini. Apapun ini hanya anggapan saya, namun yang sebenar tertakluk kepada kepakaran dan kebijaksanaan para penggubal menyusun atur soalan tersebut.

Berbalik kepada jangkaan tahun ini, daripada 13 tajuk TK hanya 8 tajuk yang boleh ditekankan sedikit. Tajuk-tajuk ini telah dibandingkan dengan soalan percubaan semua negeri tahun ini kecuali Melaka dan Sarawak dan ternyata hasilnya sebagaimana yang saya jangkakan. Terdapat beberapa tajuk popular dalam soalan-soalan percubaan tersebut. Analisis tersebut boleh download di sini atau di sebelah kanan blog ini. Lihatlah tajuk mana yang paling kerap ditanya.

Bagi soalan HK harapnya pelajar belajar dan fahami keempat-empat tajuk hadis tersebut dengan baik biarpun hadis yang ditanya hanyalah 3 sahaja.  InsyaAllah sekiranya banyak latih tubi yang dibuat untuk bahagian hadis ini semasa exam sebenar nanti tiada masalah. 

Bahagian Hafazan pula memang terlalu mudah. 4 tahun kebelakangan ini soalan bahagian ini hanya diminta susunkan ayat dan isi tempat kosong berdasarkan pilihan jawapan sahaja. Pelajar boleh mendapat markah penuh (12 markah) asalkan dihafal semua 6 potongan ayat hafazan sekalipun tidak lancar. Perlu diingat juga tahun ini mungkin ada lagi cara soalan yang baru atau dikeluarkan kembali bentuk soalan yang lama iaitu MEMBARISKAN AYAT DAN MENGISI TEMPAT KOSONG TANPA PILIHAN JAWAPAN. Dalam kebanyakan soalan percubaan tahun ini hanya MARA yang mengeluarkan kembali soalan membariksan ayat.

Bahagian Tajwid susah untuk dibuat kesimpulan kadang senang kadang sederhana. Namun tidak pernah lagi dianggap susah. Beberapa tahun kebelakangan ini soalan tajwidpun ada pilihan jawapan yang diberi pelajar hanya pilih dan tulis pada kertas jawapan sahaja. Namun perlu berhati-hati kemungkinan bentuk-bentuk soalan tajwid yang baru seperti TANDA-TANDA BACAAN atau mencari hukum-hukum secara rawak berdasarkan hukum NUN atau MIM mati sebagai soalan tahun 2008.

BERSAMBUNG...