My Social Link

Saturday, December 25, 2010

PMR 2010 : SMSLD TERBAIK SQL

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Syukur alhamdulillah, penat jerih usaha guru-guru SMSLD merangsang usaha anak-anak didik tingkatan 3 membuahkan hasil yang amat membanggakan dalam keputusan PMR 2010. Keputusan yang diumumkan 23 Disember baru-baru ini telah meletakkan nama SMSLD ini sebaris dengan nama sekolah-sekolah hebat SBP yang lain.

Biarpun tidak mendapat keseluruhan A, namun pencapaian 70.5% yang memperoleh keseluruhan A bagi semua mata pelajaran telah memecahkan rekod PMR SMSLD selama ini sejak penubuhan sekolah. Dari segi pencapaian mata pelajaran, 4 subjek iaitu Matematik, Pendidikan Islam, Sejarah dan Bahasa Inggeris meningkat manakala selebihnya terdapat sedikit penurunan. Antara subjek terbaik ialah Matematik dengan 100% dan Pendidikan Islam 97.8% A dengan 2 orang mendapat gred B.

Dengan gred purata 1.08sekaligus meletakkan nama sekolah sebagai sekolah terbaik PMR 2010 negeri Sabah dan juga zon SQL. Secara peribadinya saya menerima sms2 tahniah daripada rakan-rakan di BSBPSK. Terima kasih untuk semua khususnya mantan pengetua Hj. Eko Sukohidayat Sunarto dan barisan pentadbiran yang lain.

Salam Tahniah