My Social Link

Friday, November 16, 2012

Sedikit Tips Menjawab P.Islam SPM



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Sedikit panduan umum untuk para pelajar SPM menjawab soalan Pendidikan Islam Isnin nanti.  Harapanya ia berguna sebagai tips terakhir bagi menghasilkan jawapan yang berkualiti.

Tips ini telah dibincangkan dalam program bengkel dan teknik menjawab di beberapa buah sekolah menengah daerah Lahad Datu dan Kunak. KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD

Thursday, November 15, 2012

Ramalan Pendidikan Islam SPM 2012

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

     Apa khabar semua.. setelah sekian lama berkecamuk dengan percaturan urusan harian sukar nak meluangkan detik melakar ayat dalam blog ini. Sememanngnya pasti ramai rakan-rakan, pelajar-pelajar terutama dari Daerah Lahad Datu ini menantikan update dari blog ini samaada mencari soalan-soalan percubaan negeri mahupun soalan ramalan Pendidikan Islam untuk tahun ini. Ribuan kemaafan saya pohonkan kerana memang tiada kesempatan untuk blog ini.

   19 November 2012 ini.. akan bermula sambungan peperiksaan SPM yang terhenti lebih seminggu, harapnya para pelajar terutamanya dari SMSLD masih bersemangat dan bersedia untuk meneruskannya. Pada hari ini (19.11.12) adalah peperiksaan bagi mata pelajaran P.Islam. Guru-guru dan para ustaz ustazah sememangnya berdebar memantikan bagaimana bentuk soalan yang akan dijawab oleh pelajar mereka. Sebagai sedikit bahan perkongsian untuk pelajar dan rakan-rakan di luar sana di sini saya akan serta beberapa bahan atau dapatan yang boleh digunakan sebagai panduan merancang soalan ramalan P.Islam SPM tahun ni. Sememangnya bahan tersebut adalah lebih kepada tajuk-tajuk fokus yang didapati dari soalan-soalan percubaan SPM 10 negeri termasuk daripada SBP dan MARA.  Link bahan tersebut akan saya letakka dalam blog ini di panel sebelah kanan atau klik di sini.

    Para guru dan pelajar sekalian; lebih tumpukan kepada soalan dari kertas 2 untuk mendapatkan markah yang tinggi, berbanding kertas 1 yang banyak terikat dengan fakta. Tanpa melupakan kertas 1, kertas 2 sememangnya dari bahagian tilawah dan hadis kefahaman memberikan markah yang banyak dalam kertas 2. 5 tajuk dari tilawah kefahaman dan 3 hadis kefahaman akan ditanya dalam soalan tersebut yang kesemuanya berjumlah 68 markah. Selebihnya 32 markah dari bahagian Hafazan (12m), jawi (10m) dan tajwid (10). Antara tajuk fokus dari tilawah kefahaman tahun 2012 ini ialah : 

 1. Rasul Penyampai Wahyu
 2. Aqidah Teras Kehidupan
 3. Kemuliaan Al-Quran
 4. Batas-batas Pergaulan
 5. Peribadi Mukmin
 6. Nabi Muhammad Utusan Allah

Untuk hadis kefahaman hanya ada 4 tajuk sahaja jadi para pelajar wajib menguasai kesemua topik tersebut.

     Tajuk fokus kertas 1 terutama pada Bahagian B memang sedikit sukar kerana perbincangannya terlalu luas dan susah dijangka. Namun ada beberapa tajuk popular yang difokuskan setiap negeri yang saya cuba cungkilkan dari soalan-soalan percubaan, antaranya ;

Bahagian Aqidah : 1. Murtad, khurafat, makan harta anak yatim dan menderhaka ibu bapa
                            2. Kemanisan Iman
                            3. Tuntutan Taubat
                            4. ASWJ dan Ajaran Taslim

Bahagian Sirah  :   1. Dasar pentadbiran khulafa arrashidin, polisi saidina usman
                            2. Umaiyah : Umar abdul Aziz
                            3. Perkembangan Ketenteraan Abbasiah
                            4. Kegemilangan dan Kejatuhan Umaiyah dan Abbasiah
                            5. Imam Ahmad bin Hanbal
                            6. Imam Al-Bukhari
                            7. Imam Al-Ghazali
                            8. Ibnu Sina
                            9. Sayyid Jamaluddin Al-Afghani
                           10. HAMKA

Bahagian Ibadat : 1. Sembelihan, Korban dan Aqiqah
                           2. Haji unit 1 dan 2
                           3. Kaifiat perkahwinan ; walimatul urus
                           4. Tanggungjawab suami isteri
                           5. Masalah dalam rumahtangga : talak, iddah, khulu`, zihar dan li'an.

Bahagian Adab :  1. Adab Di Tempat Rekreasi
                           2. Adab Berhias Diri
                           3. Aqal Cahaya Kehidupan
                           4. Adab Bersama Pemimpin
                           5. Adab Memberi dan Menerima Hadiah serta sedekah

itu sahaja... pesanan untuk semua, ramalan tajuk di atas itu tiada kena mengena dengan soalan bocor dan sebagainya, sebagai guru biasa saya cuba untuk meletakkan fokus tajuk yang perlu ditekankan sedikit berbanding tajuk-tajuk yang lain, ini sekadar ramalan yang belum tentu mengena nasihat saya focus for all topics. Jangan lupa juga dengan tajuk Nasihat Luqamnul Hakim, Tajwib Bab waqaf, tarqiq da tafkhim dan fawatihu Suwar...selamat mencuba dan menjawab.

Buat student SMSLD... pastikan kita kembalikan ranking P.Islam no.1 peringkat sekolah-sekolah SBP seperti tahun 2010 dengan gred purata 0.32, atau paling kurang pun dengan gred purata 0.25 banding 0.42 tahun lalu.. saya doakan yang terbaik untuk kamu semua.. Jangan Lupa 2 kelas final touch lagi..esok dan lusa malam.. kita habis habisan..... Amin