My Social Link

Friday, October 14, 2011

Sila Bayar Untuk Dowwnload Soalan

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Naa..siapa yang mendownload soalan daripada blog saya ini sila buat pembayaran ye. Ingat free ke.. He he jangan salah faham semua .. bukan nak ambik untung atas angin ye sebenarnya nak minta anda semua bayar soalan tersebut dengan ucapan terima kasih je. 
Pada ruangan chat sebelah kanan blog ni, minta tuan puan tuliskan nama anda dan mesejla / taipla ucapan terima kasih ye.. adat menerima mesti bersyukur dan berterima kasih. Mudah-mudahan soalan tersebut mampu memanfaatkan anak2 didik kita sebagai persiapan menghadapai 21 Nov nanti..paper P.Islam.

Selamat mendownload dan melatih tubi anak2 didik.  salam..

Tuesday, October 11, 2011

Soalan Trial P.Islam 2011 Terkini

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Salam penuh barakah semua.. hari ni alhamdulillah dapat lagi saya memuatnaikkan soalan percubaan tahun ni, yang terkini adalah kertas 1 negeri Selangor dan soalan MARA yang memang anda semua tidak jumpa dalam internet.

Terima kasih tidak terhingga kepada rakan2 yang menyumbang dari Pontian dan Rawang, mudah2an usaha ini dapat membantu anak didik kita mencapai kejayaan yang keputusan yang terbaik dalam SPM khususnya matapelajaran Pendidikan Islam. Terima kasih daun keladi

Monday, October 10, 2011

Refleksi Soalan PMR P.Islam 2011 dan Persiapan SPM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

   Syukur alhamdulillah kupanjatkan kepada Allah yang Esa, baru2 ni soalan sebenar PMR Pendidikan Islam banyak juga memuatkan soalan-soalan percubaan negeri dan tajuk2 yang dibincangkan. Pendek kata tajuk2 penting yang tekankan banyak yang keluar dan ini sekaligus memberikan senyuman teramat lebar kepada pelajar-pelajarku apabila keluar dewan 4.35 petang minggu lepas.
    
   Senyum tu senyum jugaklah tapi adakah mereka menjawab dengan baik sebagaimana yang telah diterangkan dalam kelas dan bengkel-bengkel sebelum ini. Aku tidaklah bertanyakan sedetailnya itu takut nanti dorang salah jawab ke apa ke nanti hilang pula moodnya untuk belajar subjek seterusnya. Tapi berdasarkan respon umum daripada calon2 semua inyaAllah mereka boleh mendapat markah yang baik nanti. itulah yang diharapkan.

   Sekarang ini tengah rancak pula aku merangkakan bagaimana la pula nak buat persiapan untuk menghadapi SPM khususnya subjek Pendidikan Islam. Gerak gempur fasa 1 sudah aku jalankan dan esok i.Allah gerak genpur yang kedua pula. Minggu depan pula insyaAllah soalan-soalan percubaan negeri2 akan dibukukan untuk dibuat bersama2 dengan pelajar. Selain itu kami juga mengkaji tajuk2 yang popular yang ditanya dalam soalan2 percubaan negeri tersebut. Hasil analisis nanti insyaAllah akan dikongsi juga dengan rakan-rakan yang lain dan boleh didownload secara percuma. Begitu juga dengan tips2 yang mungkin boleh membantu sedikit sebanyak murid untuk menjawab soalan dengan baik dan berkualiti.

  Bagi siapa yang nak download soalan percubaan SPM 2011 bagi Pendidikan Islam boleh lihat sebelah kanan blog ini. Tapi tidak semua negeri yang ada kerana saya belum lagi memperolehi soalan negeri Kelantan, Kuala Lumpur, Sarawak, Penang dan Mara. Jadi sesiapa yang ada soalan2 negeri tersebut bolehla kiranya kita berkongsi ye.. he he buat amal jariah la sikit.. ni email saya kalau nak hantar soalan erry55@hotmail.com. Terima kasih banyak bagi yang berniat untuk berkongsi. Ok wassalam

Sunday, October 2, 2011

Tajuk Penting P.Islam PMR 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

salam rakan2 dan teman serta anak2 didik. Memang agak terlewat untuk sebenarnya untuk saya berkongsi tajuk2 penting P.Islam yang dijangkakan ada dalam soalan sebenar Selasa nanti. Tajuk2 yang akan dikongsi nanti tiada kaitan dengan mana2 sumber kerana ianya dibuat oleh saya sendiri dan anak2 didik PMR SM Sains Lahad Datu. Analisis yang kami buat simple sahaja dengan mengumpulkan beberapa soalan percubaan setiap negeri dan kami mengkaji satu persatu soalan.

Adalah diharapkan tajuk2 tersebut bukanlah tepat 100% tapi tidak mustahil ada masuk sekurang2nya 2 3 tajuk yang dijangkakan. Suka saya ingatkan semua sekiranya tajuk tersebut tidak sama dengan paper Selasa nanti jangan persalahkan saya ye... ini jangkaan sahaja.

Ok.. kalau nak download klik di sini TAJUK PENTING P.ISLAM PMR 2011 ..

OK SELAMAT BERJAYA, WASSALAM