Sunday, April 26, 2009

MTQ Negeri Sabah 2009






Pada 20.4.2009 berlangsungnya pertandingan MTQ peringkat negeri Sabah di SMK Gunsanad 2 Keningau. Rombongan kami dari Zon Tenggara yang terdiri daripada Daerah Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu tiba di SM Teknik Keningau lebih kurang jam 9 malam pada 18.4.2009. Kami merupakan kontinjen pertama yang sampai di penginapan sana dengan menaiki 2 bas dan 3 kereta sebagai pengiring.

Perjalanan yang agak jauh dan memenatkan tenaga itu sungguh memberikan pengalaman kepadaku yang belum lagi sampai di bumi Keningau itu. Dalam perjalan bas yang kami naiki pancit tayarnya menyebabkan perjalanan terlewat beberapa ketika. Bersama-sama denganku di dalam bas ialah 15 pelajar SK Lahad Datu II yang turut bertanding dalam acara Kompang dan Selawat.

19.4.09 adalah untuk kami berehat dan membuat latihan penghabisan. Aku ditugaskan melatih pelajar hafazan menengah lelaki dan perempuan. Sepastinya aku meletakkan harapan yang tinggi dalam acara ini untuk mendapat sekurang-kurangnya Naib Johan, terutamanya bagi budak aku sendiri yang dilatih dari tingkatan 1, hafazan perempuan. Beberapa tahun sebelum ini bila ke peringkat negeri aku tidak pernah mengiringinya disebabkan masalah-masalah tertentu. Namun kali ini aku nekad untuk mengiringinya ke peringkat negeri memandangkan dia sudahpun tingkatan 5, pasri sesuatu yang terbaik akan diperolehinya.

20.4.09 pertandingan bermula serentak jam 8.00 pagi. Aku bersama 2 peserta hafazan menengah seawal jam 7.40 di bilik pertandingan. Kebiasaannya aku sebagai Fatih dalam bidang hafazan ini sejak dari tahun 2002 samada peringkat zon, daerah atau bahagian. Tapi tidak pula di peringkat negeri. Bila time budak aku memang berdebar rasanya meneliti setiap kalimah bacaannya. Alhamdulillah bagi aku semua berjalan lancar tetapi bergantung pula kepada kebijaksanaan hakim.

Malamnya terus diadakan Majlis Penutupan yang sepatutnya diadakan keesokkan hari. Mungkin disebabkan masalah-masalah tertentu. Bila Ketua Jemaah Hakim mengambil tempat di atas pentas telingaku sunyi dari sebarang bunyi kecuali menanti pemgumuman keputusan yang sememangnya dinanti. Alhamdulillah mungkin inilah rezeki Nurhaedah menjadi johan negeri Sabah ketegori perempuan tahun 2009, sekaligus layak ke peringkat kebangsaan nanti. Akupun tumpang gembira dan terharu la jugak. Tahniah buat Nurhaedah Buwathy.

Gambar-gambar MTQ Negeri Sabah 2009

Memori