Syukur alhamdulillah, penat jerih usaha guru-guru SMSLD merangsang usaha anak-anak didik tingkatan 3 membuahkan hasil yang amat membanggakan dalam keputusan PMR 2010. Keputusan yang diumumkan 23 Disember baru-baru ini telah meletakkan nama SMSLD ini sebaris dengan nama sekolah-sekolah hebat SBP yang lain.
Dengan gred purata 1.08sekaligus meletakkan nama sekolah sebagai sekolah terbaik PMR 2010 negeri Sabah dan juga zon SQL. Secara peribadinya saya menerima sms2 tahniah daripada rakan-rakan di BSBPSK. Terima kasih untuk semua khususnya mantan pengetua Hj. Eko Sukohidayat Sunarto dan barisan pentadbiran yang lain.
Salam Tahniah