
Soalan percubaan SPM yang berjaya saya dapatkan ialah semua negeri kecuali Johor, P.Pinang, Sarawak, Selangor dan Kuala Lumpur. Kebanyaan soalan2 adalah selaras setiap negeri kecuali beberapa negeri yang hanya selaras untuk daerah atau beberapa buah sekolah sahaja. Disertakan juga soalan SBP dan MRSM yang sentiasa menjadi rujukan untuk setiap peperiksaan.
Saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada rakan2, pelajar dan pihak2 tertentu yang memberikan saya soalan2 percubaan ini untuk sama2 dikongsi dalam laman internet ini. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk semua.
InsyaAllah dalam tempoh masa terdekat juga saya akan kongsikan hasil analisis tajuk2 dan topik2 yang menjadi tumpuan dalam setiap percubaan negeri2 tersebut. Ianya amat membantu guru dan pelajar untuk merancang strategi persiapan 14 November 2017 nanti --- hari peperiksaan Pendidikan Islam SPM 2017.
Terima kasih atas kunjungan anda dalam blog saya ini, dan selamat memuatturun untuk dimanfaatkan sebaiknya.
Assalamualaikum