My Social Link

Thursday, November 25, 2010

Selamat Berjuang Anak Didikku - SPM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

23 November 2010 satu tarikh dan waktu yang lama dinanti-nantikan penuh debaran oleh pelajar kelahiran tahun 1993 ini untuk berhadapan dengan peperiksaan SPM, peperiksaan yang dianggap lebih penting berbanding yang lain. Gurupun sama turut menanti-nantikan waktu ini lebih-lebih lagi diriku ini. Tarikh 23 ini adalah ulangtahun kelahiranku yang 32 (makin tua sudah rupanya).

5 tahun pelajar SPM 2010 di SMSLD ini pelbagai pahit maung, suka duka sedih gembira dan sebagainya berusaha mengumpul ilmu yang cukup untuk berhadapan dengan peperiksaan yang besar ini.  Begitu juga dengan para guru yang tidak henti-henti merancang sesuatu yang terbaik untuk anak didiknya, siang dan malam, pagi dan petang bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang guru yang memang mencabar lebih-lebih bertugas di sekolah berasrama penuh ini. 

Guru tidak mengira berapa kali kelas tambahan yang dibuatnya untuk pelajar dan berapa kos menyediakan bahan itu dan ini untuk mereka, tetapi guru akan mengira berapa ramai pelajarnya yang cemerlang dan terbaik dalam peperiksaan SPM ini tanpa mengharapkan satu sen pun daripada mereka. 

Buat anak-anak didik calon SPM SMSLD 2010 buatlah yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda agar perancangan masa hadapan yang masih jauh dapat ditempuhi dengan penuh kesenangan. Sesungguhnya telah menggunung usaha yang sama-sama kita lakukan dan melaut strategi yang kita rancangkan. Kini dakila ia renangilah ia dengan penuh keyakinan, ketenangan dan penuh pengharapan daripada Allah agar kejayaan yang diimpikan menjadi kenyataan. 

Berdoa dan bertawakklah kepadaNya, Kami turut mendoakan kejayaan anda semua..
Good Luck, Semoga Berjaya dan مع التوفيق والنجاح 
والسلام   

1 comment:

mohd irmawan sah hj idris said...

terima kasih ustaz sbb da byk didik kmi,,abis suda pjuangan kmi utk spm,,,kini kmi akan mnjejakkn kaki ke satu tahap yg baru dan asing bwat kami semua,,sya xkn pernah lupa sgala jasa ustaz,,,barakallahufikum ustaz,,