My Social Link

Monday, November 22, 2010

STUDY ANALISIS INI ?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

SALAM SEMUA

Akhirnya ada juga kesempatan untuk saya mengupdate blog yang hampir sebulan ditinggalkan ini. Sibuk memang terlalu sibuk dengan pelbagai urusan-urusan peribadi dan kerjaya. Fokus utama tulisan kali ini ialah semestinya mengenai tajuk-tajuk jangkaan P.Islam SPM yang pelajar hadapi 30 November nanti.

Ribuan kemaafaan saya pohonkan kepada rakan-rakan guru, pelajar-pelajar dan pengunjung blog ini yang menghubungi saya secara personal untuk mendapatkan bahan-bahan jangkaan PI SPM ini. Dan baru kali ini saya berkesempatan untuk memuatnaikkannya.

Bahan yang saya uploadkan ini adalah hasil analisis dan pengamatan saya sebagai guru P.Islam SPM hampir 10 tahun bersama dengan pelajar tahun ini. Awal-awal saya nafikan segala bahan yang terkandung dalam tajuk jangkaan ini tiada kaitan secara langsung dengan soalan sebenar nanti. Sekiranya ada yang sama itu hanya secara kebetulan sahaja.

ANALISIS KERTAS 2

Secara umumnya mengetahui dalam kertas 2 ini hanya  bahagian TILAWAH KEFAHAMAN (TK), HADIS KEFAHAMAN (HK), KEMAHIRAN JAWI, HAFAZAN DAN ILMU TAJWID sahaja yang disoal dalam kertas ini. Pelajar boleh mengaut markah dengan banyak dalam kertas 2 ini terutamanya dalam bahagian TK, HK dan Hafazan. Bagi soalan TK (dari soalan 1 - 5) hanya 5 tajuk yang akan ditanya daripada 13 tajuk kesemuanya. Berdasarkan analisis soalan sebenar tahun-tahun sebelum ini hanya 2 tahun berlaku pengulangan dari tajuk yang sama iaitu tajuk Ciri-ciri Mukmin Berjaya (2004 & 2005) dan Nasihat Luqman Al-Hakim (2008 & 2009). Selain daripada itu tajuk-tajuk yang keluar adalah tidak sama dari tahun sebelumnya. Andaian yang mudah ialah mana tajuk yang keluar SPM tahun lepas mungkin tidak lagi keluar untuk tahun ini. Apapun ini hanya anggapan saya, namun yang sebenar tertakluk kepada kepakaran dan kebijaksanaan para penggubal menyusun atur soalan tersebut.

Berbalik kepada jangkaan tahun ini, daripada 13 tajuk TK hanya 8 tajuk yang boleh ditekankan sedikit. Tajuk-tajuk ini telah dibandingkan dengan soalan percubaan semua negeri tahun ini kecuali Melaka dan Sarawak dan ternyata hasilnya sebagaimana yang saya jangkakan. Terdapat beberapa tajuk popular dalam soalan-soalan percubaan tersebut. Analisis tersebut boleh download di sini atau di sebelah kanan blog ini. Lihatlah tajuk mana yang paling kerap ditanya.

Bagi soalan HK harapnya pelajar belajar dan fahami keempat-empat tajuk hadis tersebut dengan baik biarpun hadis yang ditanya hanyalah 3 sahaja.  InsyaAllah sekiranya banyak latih tubi yang dibuat untuk bahagian hadis ini semasa exam sebenar nanti tiada masalah. 

Bahagian Hafazan pula memang terlalu mudah. 4 tahun kebelakangan ini soalan bahagian ini hanya diminta susunkan ayat dan isi tempat kosong berdasarkan pilihan jawapan sahaja. Pelajar boleh mendapat markah penuh (12 markah) asalkan dihafal semua 6 potongan ayat hafazan sekalipun tidak lancar. Perlu diingat juga tahun ini mungkin ada lagi cara soalan yang baru atau dikeluarkan kembali bentuk soalan yang lama iaitu MEMBARISKAN AYAT DAN MENGISI TEMPAT KOSONG TANPA PILIHAN JAWAPAN. Dalam kebanyakan soalan percubaan tahun ini hanya MARA yang mengeluarkan kembali soalan membariksan ayat.

Bahagian Tajwid susah untuk dibuat kesimpulan kadang senang kadang sederhana. Namun tidak pernah lagi dianggap susah. Beberapa tahun kebelakangan ini soalan tajwidpun ada pilihan jawapan yang diberi pelajar hanya pilih dan tulis pada kertas jawapan sahaja. Namun perlu berhati-hati kemungkinan bentuk-bentuk soalan tajwid yang baru seperti TANDA-TANDA BACAAN atau mencari hukum-hukum secara rawak berdasarkan hukum NUN atau MIM mati sebagai soalan tahun 2008.

BERSAMBUNG...

No comments: