My Social Link

Monday, February 28, 2011

MTQ Zon Segama 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Salam tirai 2011 buat semua. Kali ini baru berpeluang menjengah blog yang sekian lama tidak dikemaskini. Coretan kali ini khususnya mengenai MTQ Zon Segama yang menjadikan SM Sains Lahad Datu sebagai tuan rumah pada 8 Mac 2011. Sebanyak 8 sekolah rendah dan 3 sekolah menengah dalam pelbagai acara akan menyaksikan siapakah yang terhebat untuk mewakili zon ke peringkat daerah 24 Mac nanti.

Selaku tuan rumah dan setiausaha pertandingan peringkat zon tersebut saya menjadikan blog ini sebagai perantara atau penghubung untuk rakan-rakan ahli jawatankuasa dan para ustaz-ustazah mencari, mengetahui dan mendapatkan maklumat berkenaan dengan pertandingan MTQ Zon Segama ini.

Para ustaz-ustazah boleh mendowloand bahan-bahan seperti borang penyertaan (kecuali nasyid kerana telah dibekalkan oleh PPD ke sekolah masing-masing), contoh sijil peserta, senarai ahli jawatankuasa, senarai nama hakim dan pelbagai lagi yang akan dikemaskini dari masa ke semasa.

Rujuk panel sebelah kanan blog saya untuk tujuan memuatturun bahan-bahan / maklumat MTQ Zon Segama,

Terima kasih.. sekiranya ada persoalan hantarkan email kepada erry55@hotmail.com atau dikyie55@yahoo.com.my

No comments: