Monday, April 18, 2011

MTQ Zon Tenggara 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Alkisah 12 April yang lalu berlangsungnya  MTQ peringkat zon Tenggara yang melibat peserta daripada Daerah Lahad Datu, Tawau, Semporna dan Kunak. Pertandingan yang berlangsung di SMK Kunak Jaya, Kunak ini melibatkan juga penyertaan dari SMSLD yang mewakili Lahad Datu dalam acara Hafazan Menengah (L/P), Syarahan (L), Tilawah (L) dan Nasyid.

Saingan peserta dalam setiap acara memang tidak dinafikan terutamanya daripada Daerah Tawau. Ramai guru-guru mereka yang pakar melatih peserta mereka agar johan tidak terlepas ke tangan daerah lain. Bagi perserta Lahad Datu khususnya dari SMSLD telah berusaha sedaya termampu untuk menyaingi cabaran tersebut secara sihat khususnya dalam acara hafazan lelaki dan perempuan. Bagi acara ini daerah Lahad Datu telah dilihat sebagai bukan calang-calang penyertaan kerana selama 2 tahun berturut-turut peserta hafazan perempuan dari SMSLD telah terpilih untuk ke peringkat negeri Sabah dan seterusnya ke peringkat kebangsaan, iaitu pada tahun 2009 dan 2010 di samping tahun 2007 sebagai peserta simpanan.

Turut menjadi perhatian aku juga ialah penyertaan tilawah al-quran. Pertama kali tahun ini pelajar tingkatan 1 dilatih untuk mempelajari ilmu-ilmu tarannum dan tajwid berdasarkan kemampuanku yang tidak pernah belajar tarannum secara formal selain mendengar daripada kaset atau internet. Sebenarnya aku ingin juga mempelajari ilmu tarannum ini tapi.. memandangkan masa yang terhad di samping ketiadaan pakar dalam ilmu tarannum dalam daerah ini aku hanya cuba-cuba sendiri.. dari segi suara aku memang kurang sesuai untuk mempelajari tarannum namun kerana minat aku cuba jugalah belajar dan mengajar peserta tersebut.

Setelah selesai pertandingan maka diumumkanlah keputusannya. Ternyata pencapaian tahun ini kurang memberangsangkan biarpun terdapat juga wakil ke peringkat  negeri seperti tahun lepas. Bagi peserta LD dari sekolah ini pencapaian terbaik hanya dalam acara Syarahan iaitu tempat kedua. Bagi acara selebihnya hanyalah tempat ketiga termasuklah acara hafazan. Namun aku bersyukur kerana biarpun mereka tidak terpilih sebagai johan dan layak ke peringkat negeri tetapi kesungguhan mereka untuk menjadi johan tidak dinafikan dengan latihan-latihan yang putus-putus. Tambahan pula penyertaan mereka semuanya adalah kali pertama dan tempat ketiga adalah suatu yang memang terbaik.  Berbanding peserta daerah lain yang kebanyakannya pernah beberapa kali mengikuti MTQ sebelum ini. Ini seperti Rashid Candra dan Ahmad Sirajudin (Tawau), Rahmah Nurlaila dan AmersyahJehan (Semporna). Dan begitu juga dengan peserta hafazan perempuan menengah dari semporna yang merupakan kakak kepada salah seorang peserta hafazan smsld ini (Nilie Syamila Mohd Isa), pernah 2 kali tewas di peringkat tenggara ini dengan NurHaedah Buwathy (2009) dan Nur Farahin Abd Razak (2010).

Semuanya itu iktibar dan semangat untuk perserta menambah keyakinan serta usaha mereka untuk tahun hadapan dan seterusnya dapat mewakili tenggara dan seterusnya kebangsaan. Insyallah mudah-mudahan..

Syabas dan tahniah.

No comments:

Memori