My Social Link

Monday, October 10, 2011

Refleksi Soalan PMR P.Islam 2011 dan Persiapan SPM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

   Syukur alhamdulillah kupanjatkan kepada Allah yang Esa, baru2 ni soalan sebenar PMR Pendidikan Islam banyak juga memuatkan soalan-soalan percubaan negeri dan tajuk2 yang dibincangkan. Pendek kata tajuk2 penting yang tekankan banyak yang keluar dan ini sekaligus memberikan senyuman teramat lebar kepada pelajar-pelajarku apabila keluar dewan 4.35 petang minggu lepas.
    
   Senyum tu senyum jugaklah tapi adakah mereka menjawab dengan baik sebagaimana yang telah diterangkan dalam kelas dan bengkel-bengkel sebelum ini. Aku tidaklah bertanyakan sedetailnya itu takut nanti dorang salah jawab ke apa ke nanti hilang pula moodnya untuk belajar subjek seterusnya. Tapi berdasarkan respon umum daripada calon2 semua inyaAllah mereka boleh mendapat markah yang baik nanti. itulah yang diharapkan.

   Sekarang ini tengah rancak pula aku merangkakan bagaimana la pula nak buat persiapan untuk menghadapi SPM khususnya subjek Pendidikan Islam. Gerak gempur fasa 1 sudah aku jalankan dan esok i.Allah gerak genpur yang kedua pula. Minggu depan pula insyaAllah soalan-soalan percubaan negeri2 akan dibukukan untuk dibuat bersama2 dengan pelajar. Selain itu kami juga mengkaji tajuk2 yang popular yang ditanya dalam soalan2 percubaan negeri tersebut. Hasil analisis nanti insyaAllah akan dikongsi juga dengan rakan-rakan yang lain dan boleh didownload secara percuma. Begitu juga dengan tips2 yang mungkin boleh membantu sedikit sebanyak murid untuk menjawab soalan dengan baik dan berkualiti.

  Bagi siapa yang nak download soalan percubaan SPM 2011 bagi Pendidikan Islam boleh lihat sebelah kanan blog ini. Tapi tidak semua negeri yang ada kerana saya belum lagi memperolehi soalan negeri Kelantan, Kuala Lumpur, Sarawak, Penang dan Mara. Jadi sesiapa yang ada soalan2 negeri tersebut bolehla kiranya kita berkongsi ye.. he he buat amal jariah la sikit.. ni email saya kalau nak hantar soalan erry55@hotmail.com. Terima kasih banyak bagi yang berniat untuk berkongsi. Ok wassalam

No comments: