My Social Link

Tuesday, May 8, 2012

ULANGKAJI SAMBIL BER'FACEBOOK'

لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

"kita berkenalan dalam muka buka...." itulah permulaan lagu yang dialunkan oleh artis youtube Najwa Latif. betapa berpengaruhnya facebook dalam dunia hari ini amat sinonim dengan dunia remaja yang masih di bangku persekolahan. Atas dasar kecenderungan remaja terhadap facebook ini maka satu inisiatif cuba saya wujudkan iaitu ulangkaji mata pelajaran menggunakan facebook.

PELAKSANAAN;

1.Masa dan tarikh : Setiap kali cuti persekolahan, tarikh dan masa ditetapkan sebelum cuti atas persetujuan 
                               ramai pelajar. (1 jam sahaja)
2.Sasaran             : Pelajar tingkatan 4 dan 5 SMSLD yang mempunyai akaun facebook
3.Guru Terlibat     : Ustaz Yusri Yusoff dan Ustazah Suriana Sidik
4.Fokus Ulangkaji: Tajuk-tajuk penting tingkatan 4 dan 5 (sukatan SPM)
5.Kaedah U.Kaji :  Guru menyatakan 1 isu terhadap sesuautu topik dan dijawab beramai-ramai oleh pelajar
                              Sekiranya jawapan tepat dan tiada soalan berbangkit maka isu kedua dikemukakan.

                              Isu = Soalan-soalan yang dibincangkan segera
                              Tugasan = Soalan yang perlu dijawab dan dihantar ke email guru
6.Alamat FB        : PICEM SMSLD

DIHARAPKAN INOVASI INI MENDAPAT SOKONGAN DARI PELBAGAI PIHAK

No comments: