My Social Link

Wednesday, March 6, 2013

MODUL TILAWAH FORM 3 DAN 5 SEMPENA CUTI LABIAN TER'SULU'

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Kepada para pelajar SEMSALD yang sedang bercuti sekarang tu jangan lalaikan diri dengan pelbagai perkara. Biarpun berhidangkan facebook berlaukkan twitter tapi ibadat korang semua jangan lupa. Yang wajib tetap wajib. Kalau di asrama korang semua boleh menjaganya dengan baik ibadat solat terutamanya mengapa tidak di rumah, begitu juga dengan amalan membaca Al-Quran setiap kali lepas maghrib berjemaah. Itu kekuatan kita ummat Islam.

Baiklah..direct to the point.. tengah berperang sekarang ni..berperang dengan selsema lah.. he he. Bagi para pelajar tingkatan 3 dan 5 muslim jangan lupa muat turun sedikit modul tilawah untuk dibuat sepanjang cuti yang entah sampai bila ni. Ini bukan bebanan ye tapi hadiah dan bekalan untuk kamu semua yang antaranya sudah dimabukkan dengan facebook menjadi reporter tak bertauliah especially pasal 'Opss Sulu atau Opss Daulat'.. kalau betul takpe jugak ini pulak khabar angin yang masing-masing nak tunjuk hero keyboard berlumba men'post'kan maklumat terkini..kononnya.

Sesudah selesai modul tu bolehlah dihantar kepada guru P.I yang mengajar dalam kelas nanti.. Boleh rujuk buku teks dan buku rujukan. Semoga cuti berganti ini bermanfaat untuk semua. 

wassalam.. p/s;  klik pada page DOWLOAD di atas untuk muatturun modul.

No comments: