Saturday, June 28, 2014

Bengkel Profesionalisme Guru Pendidikan Islam

  
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية 

Syukur Alhamdulillah hari ini 28 Jun 2014 saya berpeluang mengikuti Bengkel Profesionalise Guru Pendidikan Islam (SPM) yang diadakan di Auditorium Kg. Hj Khamis. Bengkel yang lebih menumpukan kepada Pendidikan Islam SPM itu ada satu programa yang ditunggu-tungu oleh saya dan semua guru Pendidikan Islam di Daerah Lahad Datu ini. Apa tidaknya perkongsian ilmu mengenai skema pemarkahan SPM ini amat jarang dan sudah lama tidak diadakan di daerah ini.

Bengkel yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam PPD Lahad Datu ini menampilkan penceramah yang tidak asing lagi di Sabah ini khususnya Daerah Tawau, Lahad Datu dan Semporna iaitu ustaz Hj. Abdul Hamit Mohammadin. Beliau amat berpengalaman dalam penandaan kertas 2 Pendidikan Islam ini pernah mengajar di SBP Lahad Datu (SMS Lahad Datu) suatu masa dahulu dan sekarang bertugas di SMK Pasir Putih sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Islam DG48 dan juga pemeriksa kertas soalan.

Perkongsian ilmu oleh penceramah tersebut banyak memberikan input kepada kami para guru Pendidikan Islam daerah ini. Selain menambahkan dan mengukuhkan pengetahuan yang sedia ada. Antara perkara baru yang baru kami ketahui daripada sessi ini ialah ;

     1)  Pemarkahan soalan hafazan berbentuk susunan : markah diberi berdasarkan ayat yang
          mengikut  susunan yang betul sekalipun permulaannya salah.
     2)  Pemarkahan soalan pengertian atau definisi : ada markah separuh sekiranya jawapan yang
          diberi tidak lengkap.
     3)  Ada beberapa markah bonus dalam soalam hafazan dan tajwid : kaedah terakhir sekiranya
          pelajar betul-betul tidak menguasai kedua-dua bahagian tersebut.

Penceramah juga ada menekankan perkara yang boleh pelajar amalkan semasa menjawab soalan secara sistematik dan dapat membantu pemeriksa menanda jawapan dengan baik, antaranya ialah;

   1)   Membuat 3 kolum sebelah kiri sebelum memulakan jawapan untuk menulis nombor soalan
         secara jelas, mengelak tertinggalnya soalan yang wajib dijawab.
   2)   Menulis markah di setiap hujung jawapan.

Harapnya perkongsian ilmu daripada ustaz yang berpengalaman tersebut memberi manfaat seaiknya kepada saya dan rakan-rakan serta  boleh diimplementasikan di dalam kelas bersama pelajar. 
 

No comments:

Memori