My Social Link

Sunday, November 13, 2016

15 Nov - Peperiksaan P.Islam SPM 2016

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

Di saat jari ini menaip hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk calon-calon SPM menduduki peepriksaan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Dup dap dup dap .... debaran dirasakan diriku untuk menanti 15 haribulan nanti. Adakah strategi dan usaha yang dilakukan selama ini dapat menggembirakan pelajar pada hari tersebut?.. Adakah soalan yang dilatihtubikan selama ini akan bertemu dengan mereka?, Adakah teknik-teknik menjawab yang diajarkan kepada pelajar dapat ditulis sebaiknya semasa peperiksaan? dan... Adakah mereka mampu melakar sejarah pertama di sekolah ini sebagai mata pelajaran pertama mendapat semua A sebagaimana telahku lakarkan di sekolah lama selama 8 tahun berturut-turut.

Allah SWT Maha Berkuasa, padaNyalah segala-galanya. Kita hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukan. Harapnya segala usaha yang dilakukan selama ini dapat memberikan kejayaan yang sepatutnya kepada mereka. Mudah-mudahan soalan yang ditanya nanti adalah soalan yang biasa dijawab oleh mereka. Berikan kesihatan kepada mereka dengan kesihatan yang baik, kekuatan minda untuk berfikir dengan baik, keyakinan yang tinggi menjawab pelbagai jawapan dan pengetahuan yang luas dalam setiap persoalan. 

Bagi calon-calon SPM di luar sana juga didoakan yang terbaik untuk anda semua, khususnya pelajar sekolah yang pernah dilawati untuk berceramah iaitu di SM Sains Kota Tinggi, SM Sains Perempuan Seremban, SBPI Gombak, Sekolah Sains Sultan Alam Shah dan tidak lupa sekolah lama SM Sains Lahad Datu serta pelajar-pelajar maya daripada pelbagai negeri yang pernah menghubungi saya melalui Telegram atau WhatsApp. Good Luck semua. 

PAI SPM SEHEBAT 2016 100% A INSYAALLAH

  









No comments: