My Social Link

Tuesday, July 7, 2009

Kejohanan Sukan Sekolah 2009

Sejak semalam..kejohanan sukan sekolah telahpun bermula. Menyaksikan rumah Barium, Kromium, Magnesium dan Helium berentap menunjukkan kehebatan masing-masing merebut siapakah juara sukan tahun ini. Beberapa tahun sebelum ini macam tidak digugat Kromiun dinobatkan juara sukan. Namun tahun ini belum pasti siapa juara... adakah Kromium mahu kekalkan kejuaraan tersebut.. atau mungkin terkena sengatan jengking berbisa dari Barium, atau semburan naga Magnesium, atau cakaran helang Helium.

Biarlah padang SMSLD menjadi saksi semua itu. Yang penting persiapan rumah2 sudah mantap menyerlah hanya menunggu wisel pemula acara. Ex students di luar sana datanglah memberi sokongan kepada pasukan anda...

Jangan lupa undi juara sukan di sebelah

1 comment:

aisyah_hanin said...

salam..
ustaz, pesan ngn adeq2 Barium, jgn sia2kn kala jgking yg kami pertahankn dlu..hihi