My Social Link

Tuesday, September 15, 2009

Malam Khatam Al-Quran dan Penutupan Ihya' Ramadhan 09







Syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya Malam Khatam al-Quran dan Penutupan Ihya' Ramadhan 2009 (Kali ke-6)malam tadi (14 Sept 2009) berjalan lancar dan sempurna.

Di kesempatan ini, Panitia Pendidikan Islam SMSLD ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada ahli jawatankuasa kerja Ihya' Ramadhan 2009 yang sanggup dan ikhlas memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan program Khatam Al-Quran dan Penutupan IHRAM 2009.

Juga terima kasih tidak terhingga kepada warga SMSLD, PIBG, Agensi-agensi dan syarikat swasta sekitar Lahad Datu yang sudi menghulurkan wang sumbangan aidilfitri untuk disampaikan kepada pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah ini. Sesungguhnya keikhlasan sumbangan yang diberikan itulah saham sebenar seorang muslim yang akan diberi ganjaran oleh Allah di akhirat kelak, biarpun nilainya tidak seberapa namun ketulusan hati yang memberi itu adalah yang utama.

Antara pengisian program tersebut ialah bacaan al-Quran oleh Johan MTQ 2009 peringkat sekolah, persembahan khas bacaan Hafazan oleh wakil sabah 2007 dan 2009, penyampaian hadiah MTQ sekolah, persembahan nasyid sekolah (shoutul hikam, bacaan khatam al-Quran dan penyampaian angpau raya kepada 115 pelajar terpilih.

No comments: