My Social Link

Tuesday, June 15, 2010

Analisis Terkini Mid Year 2010 P.Islam


Alhamdulillah semalam baru selesai menanda kertas P.Islam untuk exam Mid Year 2010 bagi kelas 5D, 5M dan 5Z. Banyak kupasan dan teguran yang bakal pelajar dengari nanti dalam kelas. Ternyata dari 71 pelajar yang saya ajar dari 3 kelas ini tiada seorang pun yang mendapat A+ yakni dengan markah 90 keatas. Soalan yang diberi adalah pada aras senang sebenarnya.

Saya tunjukkan jadual analisis ketiga-tiga kelas tersebut tanpa ada niat untuk menjatuhkan aib atau menaikkan nama mana-mana kelas. Apa yang penting semua pelajar harus mengambil iktibar dari peperiksaan pertengahan tahun ini, bukan untuk mata pelajaran P.Islam bahkan mata pelajaran yang lain juga.

Daripada hasil analisis secara terperinci yang akan ditunjukkan di dalam kelas nanti saya dapat mengenalpasti beberapa pelajar yang lemah bahagian-bahagian tertentu, dan tidak kurang juga ada pelajar yang mahir bahkan bagus dari pelbagai segi dalam menjawab soalan peperiksaan standard kualiti SPM. Ada yang baik dan bagus dari segi tulisan yang selesa dan senang dibaca, pengolahan dan penghuraian jawapan yang matang sesuai dengan kehendak kata tugas, mahir dalam mengenalpasti hukum-hukum tajwid dan mahir dalam menguasai penulisan jawi. Kesemua pelajar tersebut telah disenarai pendek untuk membantu saya menambahkan pemahaman pelajar-pelajar yang lain.

Tahniah bagi yang dapat A- dan A, dan usaha lagi bagi yang selain itu.. next exam is 'Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2010"... harap bersedia awal

No comments: