My Social Link

Monday, June 14, 2010

Maksud Sebenar Kufur Nikmat dan Syarat Sah Sembelihan

Untuk pelajar SPM, berikut merupakan pembetulan 2 fakta penting yang wajib diketahui oleh semua guru dan calon-calon SPM - diambil dari web KPM

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar Berita Harian bertarikh 5 Februari 2010 (BUKU TEKS AGAMA KELIRUKAN PELAJAR) oleh wartawan Suraya Roslan.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berterima kasih kepada penulis dan juga kepada Encik Nokman Zakaria, Terengganu kerana keprihatinan beliau terhadap perkembangan dalam dunia pendidikan.

ULASAN BAHAGIAN BUKU TEKS

Bahagian Buku Teks (BBT), KPM mengambil maklum atas aduan yang telah timbulkan. BBT telah pun meneliti buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 (Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan 2002) dan BBT mengakui bahawa terdapat kesalahan fakta di dalam buku tersebut.

Bahagian ini memohon maaf kerana terdapat kesalahan fakta yang disebabkan kecuaian manusia. Bahagian ini akan membuat tindakan seterusnya untuk membetulkan maklumat di dalam buku tersebut.

Ulasan bagi isu yang dikemukakan adalah seperti berikut:

ISU 1: Halaman 75

KUFUR NIKMAT – mengingkari khalik atau Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk yang diciptanya.

PENJELASAN BAHAGIAN BUKU TEKS
Penjelasan maksud kufur nikmat dalam buku teks tersebut mengelirukan, maksud yang lebih tepat adalah:

Istilah kufur nikmat digunakan kepada orang yang tidak mensyukuri nikmat Allah yang sepatutnya digunakan untuk mentaati Allah namun digunakan nikmat tersebut untuk melakukan dosa dan maksiat.



ISU 2: Halaman 134

SYARAT SAH PENYEMBELIHAN.
1. Islam
2. Tidak dalam ihram haji atau umrah.

PENJELASAN BAHAGIAN BUKU TEKS
Fakta yang betul untuk syarat sah penyembelihan hanya Islam (No.1), Syarat kedua tidak termasuk dalam syarat penyembelihan. Syarat kedua hendaklah dibatalkan.


Secara kesimpulannya Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 4masih sah digunakan oleh murid-murid Tingkatan 4 dengan sedikit pembetulan.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

No comments: