السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية
Sebagai usaha susulan kesungguhan pelajar memancing kecemerlangan PMR dan SPM, pihak sekolah dengan kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yasin pada 2 Oktober baru-baru ini. Kehadiran ibu bapa amatlah di luar jangkaan lebih ramai berbanding majlis ini pada tahun-tahun sebelum ini. Seawal jam 8.00 pagi pelajar-pelajar dan guru-guru menunggu kehadiran ibu tetamu dan ibu bapa yang datang dari Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Semporna dan Kota Kinabalu. Pengorbanan ibu bapa yang datang khususnya dari jauh memberi harapan dan semangat yang tinggi kepada anak-anak mereka untuk berjaya dalam peperiksaan.
Program seterusnya ialah Majlis Restu Ilmu pelajar PMR dan SPM yang berlangsung di dewan besar sekolah, Dewan Sri Bayu. Dimulakan dengan ucapan Pengetua dan YDP PIBG. Acara seterusnya ialah majlis bersalam-salaman dan mohon restu serta kemaafan antara calon-calon PMR dan SPM serta ibu bapa mereka dengan guru-guru serta ahli jawatankusa PIBG sekolah. Sesi bermaafan ini menyaksikan linangan-liangan air mata pelajar memohon kemaafan dengan guru, turut merasa kesedihan ialah ibu bapa mereka yang sama menitiskan air mata. Diharapkan linangan jernih air mata ini adalah tulus ikhlas dari hati sanubari pelajar dan sangat mengharapkan agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang berlalu. Suasana ini bertambah sedih apabila lagu-lagu keibubapaan dan rintihan seorang anak dikumdangkan di dalam dewan ini.
Kesinambungan program ini ialah jamuan hari raya untuk semua tetamu yang hadir, khususnya ibu bapa pelajar. Menu hidangan jamuan ini dimasak secara gotong royong oleh guru-guru dan beberapa ajk PIBG dan ketua chefnya Us. Puzi. Nasi beriani dan kurma ayam yang dimasak cukup untuk santapan semua tetamu yang hadir termasuk beberapa orang pelajar yang terlibat secara langsung. Selesai jamuan ini selesailah semua acara yang dirancang pada hari tersebut.
Moralitinya program ini ialah dapat mengeratkan hubungan yang kukuh antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan ajk-ajk PIBG, di samping dapat memberi keyakinan dan semangat yang tidak luntur untuk pelajar mencapai kejayaan dalam peperiksaan nanti. Diharapkan pelajar dapat memanfaatkan sepenuhnya apa yang tersurat dan tersirat daripada program yang dirancang dengan teliti ini. Juga diharapkan program-program seperti ini khususnya jamuan Aidil Fitri dapat diteruskan untuk kali ke 3 dan seterusnya pada tahun depan dan tahun-tahun akan datang.
Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat.
No comments:
Post a Comment