My Social Link

Sunday, October 3, 2010

Amali Sembelihan kali ke-4

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

1.10.10 melakarkan satu sejarah dalam pengalaman hidup pelajar-pelajar tingkatan 4. Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini program amali sembelihan telah diatur dengan sebaik mungkin. Kali ini us. Shahizam sebagai penyelaras kepada program ini menggantikan us. Samsuddin yang telah berpindah ke PPD sebagai Ketua Unit P.Islam Daerah L.Datu.

Sebagaimana tahun sebelum ini, Panitia Pendidikan Islam SMSLD sekali lagi mendapatkan kerjasama yang sepenuhnya daripada Hafiz Farm bermula dari pembekalan ayam mentah (120 ekor), penyediaan tempat penyembelihan dan bantuan pemprosesan ayam. Aktiviti penyembelihan ini berjalan dengan lancar dan teratur. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan untuk memudahkan giliran penyembelihan dan dipantau oleh guru-guru Pendidikan Islam.

Sembelihan contoh diadakan dahulu dan penerangan kepada pelajar tentang cara memegang dan menyembelih ayam dengan betul. Seorang demi seorang pelajar mengambil giliran untuk menyembelih, ada yang menanti bagaikan tidak sabar dan ada yang menanti penuh dengan ketakutan terutamanya pelajar perempuan. Macam-macam reaksi dan gelagat pelajar-pelajar sebelum, semasa dan selepas menyembelih ayam ini. Ada yang memejamkan mata, ada yang hampir muntah melihat darah ayam, ada yang terlebih yakin dan ada yang betul-betul tidak yakin hinggakan pisau langsung tidak mengena urat merikh dan urat halqum. Akibatnya beberapa ekor ayam yang terputus kepala dan 4 ekor ayam yang tidak sah kerana menyembelih dua kali.

Program kali ini bagi aku sebagai KP P.Islam adalah berjaya berbanding tahun-tahun sebelum ini. Semua pelajar muslim berpeluang untuk menyembelih tanpa seorangpun yang 'escape'. Pada awalnya ada beberapa orang pelajar yang datang minta di'excuse'kan kononya mabuk darah, kesiankan binatang dan macam-macam alasan lagi. Atas dasar memberi pengalaman dalam syariat Islam ini aku paksa semua pelajar turut serta menyembelih. Program yang bermula seawal jam 2 ini berakhir jam 5 petang. Proses memotong ayam dilakukan dengan terancang dan sesegera yang mungkin untuk mengelak ke waktu malam seperti tahun 2009.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Hafiz Farm, Megaridwan, guru-guru SMSLD khususnya ahli panitia P.Islam atas kejayaan amali sembelihan kali ke-4 ini. Kepada pelajar-pelajar syabas dan tahniah kerana dapat menyembelih ayam dengan sempurna. Moga amali ini dapat diteruskan oleh pelajar dalam kehidupan harian... beli ayam hidup di pasar sembelihla di rumah, tunjukkan keyakinan ini kepada ibubapa anda.

sekian..

No comments: