My Social Link

Saturday, October 6, 2012

Sedikit Ramalan P.I PMR 2012

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته- كل وقت وانتم بخير وعافية

    Pertama sekali ribuan kemaafan saya pohonkan kerana agak lama tidak mengemaskini blog ini yang mungkin menjadi rujukan pelbagai pihak, terutamanya bahan-bahan yang untuk peperiksaan PMR dan SPM bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

    Selasa ini 9 Oktober 2012.. akan bermula PMR dengan Bahasa Melayu menjadi hidangan pertama. Hidangan keduala yang menjadi pertaruhanku, biarpun di sekolah aku tidak mengajar Pendidikan Islam tingkatan 3, namun atas selaku Ketua Panitia semuanya aku rasa bertanggungjawab memastikan prestasi mata pelajaran utamaku ini berada pada tahap yang memuaskan bahkan lebih baik dari yang sebelumnya.

   Bukan tujuan untuk berbangga tapi sekadar renungan dan semangat menceritakan kembali sejarah pencapai Pendidikan Islam PMR SMSLD ini pada tahun 2007. Kali pertama bagi sekolah ini Pendidikan Islam PMR mencatat keputusan 100% A, gembiranya tidak terkata menumpang usaha yang dilaksanakan bekas GPI Us. Mohd Akbaruddin Othman dan bekas KPPI Ustazah Norrahila Mohd Salleh. 

     Tahun seterusnya kami mendambakan kejayaan yang sama untuk kekal 100% dalam mata pelajaran ini, namun sehingga 2011 kami sekadar hampir mencapainya biarpun usaha yang diterjemahkan bekali ganda dari tahun-tahun sebelum ini, cuma takdir tidak mengizinkan. Tahun 2012 sepastinya mengharapkan sejarah 2007 berulang kembali.. calon serami 88 orang diharapkan yang terbaik buat mereka mencatat A dalam Pendidikan Islam.  

     Bagi merealisasikan hasrat itu satu perbincangan soalan ramalan berdasarkan soalan-soalan percubaan negeri-negeri 2012 telah diadakan malam tadi (6 Oktober 2012). Sebagai langkah Final Touch dari Panitia Pendidikan Islam untuk calon PMR tahun ini semua guru GPI sekolah ini bersama-sama para pelajar selama 2 jam di dewan makan sekolah untuk membantu pelajar secara heart to heart. 

    Alhamdulillah para pelajar memberi respon yang baik, dan komitmen guru-guru memang saya hargai setinggi-tingginya dan terima kasih sekalipun mereka pada awalnya ada urusan-urusan peribadi yang tidak kurang penting, namun demi kejayaan pelajar mereka sanggup turun membantu.

     Bagi rakan diluar sana.. di panel sebelah kanan blog saya ini akan saya letakkan koleksi soalan trial Pendidikan PMR 2012 dan tajuk-tajuk ramalan untuk manfaat anak-anak didik kita. Mudah-mudahan semuanya beroleh kejayaan.. Amin..

BAHAN UNTUK SPM AKAN MENYUSUL..

No comments: